*Kata kunci: Kassim Ahmad, pemikiran, liberalisme, anti-hadis, pentas.
Ceramah oleh Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Naib Presiden 2 ISMA.
Showing posts with label Tazkirah/ceramah. Show all posts

06 March 2014
06 November 2013
07 October 2013
26 May 2013
RAMADHAN is near!
Berlalulah sudah PRU, dua bulan berkempen.
Tiba Ramadhan kita jayakan dengan rasa gembira.
Asssalamualaikum, para pembaca.
Bagi orang selain Muslimin dan muslimat, apalah yang meriah sangat pada berlapar dan mendahagakan diri di
waktu siang? Kita bersungguh mematuhi suruhan Allah. Tidak bagi kita umat Islam.
Ramadhan itu bermakna sangat...Sangat-sangat.
Bermakna yang macam mana?
Aspek sejarah: Perang Badar, Nuzul Quran.
Aspek ibadah: Pahala digandakan,
Aspek lain: Ramai saudara baru baut deklarasi syahadah pada bulan itu. Sepanjang saya di Sabah, bilangan itu tampak sekali.
Jadi anda masih mahu dengar lagi saya berceloteh panjang?
Tidak mengapa, saya pun akan berhenti di sini.
Dan kita dengar mutiara hikmah dalam video tazkirah Ramadhan.
28 January 2013
22 November 2012
C.A.N.T.I.K
Saya sudah terjemah beberapa artikel dari portal SuhaibWebb.com ke Bahasa Melayu. Dan kali ini saya terjemah dan buat peringkasan dari artikel dalam Beauty Series ke bentuk komik. Dua terjemahan, Bahasa Melayu dan visual. Wahai muslimat, mari kita fikirkan.
05 November 2012
Perspektif Islam dan Budaya Barat pada Keremajaan
Walaupun sudah tahu bahawa kecantikan fizikal hanyalah satu aspek daripada diri kita, namun itulah yang selalu dicanang dengan melampau-lampau, dalam media; bahawa itu sahajalah fokus kita dan cara kita menilai diri dan orang lain. Dan inilah yang menggerakkan industri fasyen dan kecantikan menjadi bidang perniagaan yang untung berjuta-juta, melalui iklan kecantikan dapat dimiliki apabila kita membelinya.
28 June 2012
STINGINESS OF JEALOUSY (Terjemahan)
Selepas beberapa kali menelaah artikel di laman SuhaibWebb.com.
Saya terus merencanakan sesuatu yang kecil sahaja usahanya...membuat terjemahan bebas kepada artikel-artikel yang menarik. Di samping itu menambah baik kefahaman saya kepada Bahasa Inggeris dan memperelokkan gaya bahasa saya agar maksud asal artikel tidak tersasar jauh.
Sebelum anda (tidak semua) berfikiran negatif, tidaklah saya menterjemah tulisan ini kerana nak memandai-mandai tunjuk pandai. Ish, TIDAK. Bukan juga kerana yakin dan tsabit bahawa pengunjung blog ini tidak faham sepatah haram pun ayat-ayat English. Saya percaya semuanya pandai. Jika tidak pandai, pastinya blog ini penuh dengan komen yang sarat maki-hamun dan kata nista. Yang itu saya bersyukur, meski pun blog ini sepi dengan komen, yang bagusnya tiada komen mencarut di sini. Eh, kita di mana tadi?
Ya, ya...tujuan saya melakukan terjemahan. Untuk menambahkan bahan ilmu dalam Bahasa Melayu. Mudah bukan? Setakat yang saya tahu sewaktu di IPTA dahulu, tulisan akademik dalam Bahasa Melayu amat...amat sedikit. Bahkan ahli akademik pun sudah terlalu selesa menulis jurnal dalam Bahasa Inggeris. Jadi penggunaan Bahasa Melayu dalam penyampaian ilmu tidak berkembang...langsung.
Ah, cakap banyak pula. Jadi ini saya siapkan sebuah artikel terjemahan yang agak berguna. MARI KITA MULAKAN.
Folder
muhasabah,
Tarbiyah,
tasawuf,
Tazkirah/ceramah,
tentang islam
25 June 2012
BEAUTY AND BODY IMAGE (terjemahan)
Assalamualaikum. Rasanya macam sudah lama tidak kemas kini blog ini. Maka kali ini saya cuba lakukan satu perkara yang amatlah sukar dibuat; MENTERJEMAH artikel. Sewaktu saya memegang amanah sebagai Ketua Lajnah Publisiti dan Media dahulu, saya ada lakukan dua kali kerja menterjemah. Pertama, artikel perihal Malcolm X. Kedua, artikel pengislaman Jeffery Lang, pakar matematik Amerika yang ateis menjadi Muslim sejati.
Ini kali ketiga saya membuat kerja terjemahan sendiri. Walaupun tidak sebaik tenaga penterjemah dari Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), ada banyak perkara penting yang boleh dikutip daripada artikel ini. Sebarang maklum balas tentang kualiti artikel ini amat saya hargai. Jika anda tidak memberikan idea bernas (komen), rasanya kerja saya ini memang baguslah. (senyum..). Bacalah, dengan nama Tuhan yang menciptakan...

Cinta,
muhasabah,
pendidikan,
Tazkirah/ceramah,
tentang islam
18 June 2012
The concept behind the comic: HIkayat Tinju Khairy
Ramai kawan saya fikir saya membuat kerja tak berfaedah dengan melukis komik. Pandangan itu ada yang betulnya, tapi bukan pada saya, waima pelukis komik lain yang jujur berkarya dengan nilai-nilai yang baik. Contohnya MFR, yang memulakan inisiatif mengumpulkan banyak-banyak tajuk komik dalam satu laman sesawang. Sampai hasil kerja saya pun dimasukkannya. Terima kasih,ya. Untuk tengok komik saya dan komik orang lain, boleh klik sini http://komikdakwah.blogspot.com/
Baik, kembali pada bicara awal tadi. Kerja berkomik memang tidak berfaedah jika anda tidak ada mesej untuk disampaikan pada pembaca di luar sana. Sekarang ini pun, berapa ramai remaja yang berbakat melukis sesuatu yang tidak ada kaitan dengan mereka. Mereka melukis watak yang namanya Jepun, namun tinggal di Malaysia, anehnya pergi ke sekolah dengan skirt pendek, lepas itu ada pula pokok sakura di persekitaran. Tanda keliru hala tuju membuat komik agaknya. Rasanya, saya pun pernah melalui era itu...dan melepasi transisi ke arah hala tuju berkomik.

Akademik,
Kesatuan,
politik,
Tazkirah/ceramah,
ucapan
25 May 2011
ENGLISH_TOO GOOD TO BE TRUE
No new comic, just revisit one of my finest comic......on scam. Now Erin is going to speak English. Why, you ask? Because it's in English version. Please read this, guys.
02 April 2011
TOO Good TO Be TRue_Summary
Tak perlu tulisan artikel kali ni. Baca je komik ni untuk kisah Erin sebelum ni.
Lepas kira-kira 10 tahun benda ni senyap, dia akan muncul balik. Dengan teknologi sekarang dan yang lebih maju pada masa akan datang, skim macam ni akan lebih kerap muncul. Kau setuju? Aku dapat point ni dari Azizi Ali. Sebelum maruah kau tercedera, dan wang kau lesap dengan cara ditipu hidup-hidup, aku kongsi hint ni. Nau'zubillahi minzalik...
Folder
Tazkirah/ceramah,
Ummah
21 January 2011
PEDULISMA JAMIN MASA DEPAN GEMILANG
Petikan dari Malaysiakini
Surat oleh Mohd Firwan Norliza
15 Januari,2011
Gelombang kebangkitan golongan muda terhadap perkembangan negara dalam arena ekonomi, politik dan sosial mula tercetus semasa era reformasi pada tahun 1998.
Bermula era reformasi ini, masyarakat khususnya golongan anak muda mula celik dan sensitif dengan permasalahan dan isu-isu yang berlaku dalam negara.

Anak muda mula peduli dengan permasalahan negara dan mula merasakan mereka juga bertanggungjawab dan berperanan dalam memastikan kestabilan negara agar ianya terus dipertahankan.
Folder
politik,
Tazkirah/ceramah
28 December 2010
KARIER ANDA: POPULAR ATAU TIDAK
Alkisah, pada satu petang Azizul menuju Pustaka Aslam bersama kawan dia. Si kawan ini mahu novel Hilal Asyraf. Azizul pula, tiada agenda. Selain menemani kawan ini melakukan pembelian buku yang dicarinya.
Haa, Azizul pun terbelek sekejap buku NOTA JUTAWAN hasil tulisan Dr. Irfan Khairi. Buat sesiapa yang tidak tahu, atau tahu-tahu lupa, Dr. Irfan Khairi ini usahawan Internet yang dikira berjaya. Setiap halaman ada ilustrasi berwarna, dan kualiti kertasnya bagus. Azizul merasakan buku ini pun satu strategi pemasaran Dr. Irfan Khairi.

14 October 2010
LAGI PASAL FILEM MALAYSIA
Oleh Ku Seman Ku Hussain (Utusan Malaysia 7 Mac 2010)
Negara ini sudah mengangkat 10 sasterawan ke tahap tertinggi sebagai Sasterawan Negara. Mereka ternyata telah menghasilkan karya-karya sastera sama ada puisi, cerpen atau novel yang membawa pemikiran besar bangsanya.
Di mana karya-karya besar mereka tersimpan? Siapa pula yang memanfaatkan pemikiran-pemikiran tentang bangsa dalam karya-karya itu dalam kehidupan pada zaman yang serba moden ini? Kita boleh berbangga memiliki Sasterawan Negara Usman Awang misalnya yang banyak meniupkan kritikan sosial menerusi puisi-puisinya, begitu juga Sasterawan Negara A. Samad Said yang menghasilkan beberapa novel termasuk Hujan Pagi.
Sasterawan Negara Shahnon Ahmad mengungkapkan kemanusiaan dan kemiskinan zaman kanak-kanak dalam Ranjau Sepanjang Jalan. Begitu juga Sasterawan Negara ke-10 Anwar Ridhuan yang menghasilkan Naratif Oghonsoto. Semua ini karya-karya sastera yang besar dengan pemikiran hebat. Ini belum lagi sasterawan-sasterawan lain yang banyak menyumbangkan pemikiran dalam kesusasteraan.
Kehebatan kesusasteraan kita seharusnya menjadi alat untuk mengubah pemikiran kecil rakyat kepada pemikiran yang besar dan hebat. Sastera perlu dihidupkan oleh semua orang pada semua zaman dan semua keadaan. Bangsa-bangsa yang dianggap hebat dan besar di dunia bukanlah semata-mata kerana penguasaan teknologi. Mereka hebat kerana akar tradisi dan kesusasteraan sentiasa hidup dalam kehidupan seharian.
Kehebatan karya-karya sastera kelihatan tidak seimbang dengan rendah dan kecilnya pemikiran dalam arena perfileman tempatan. Dengan sekian banyak filem-filem buruk yang berlegar di pawagam ketika ini, adakah mereka tidak memanfaatkan pemikiran dalam kesusasteraan atau sememangnya sastera dan filem tidak boleh diselarikan? Maaf cakap, filem-filem kita secara umumnya sangat buruk.
Maksud buruk di sini kalau dibandingkan dengan sebahagian besar karya-karya yang dihasilkan dalam arena sastera. Terlalu jauh kalau hendak dibandingkan dengan karya Sasterawan Negara, tetapi karya penulis biasa pun tidak mampu ditanding oleh filem tempatan. Seharusnya kesusasteraan yang hebat menyumbang kepada karya filem yang juga hebat. Ini disebabkan pembikin filem tidak akan mengaku sebagai pembikin filem kalau tidak mengkhatami sekian banyak karya sastera bangsanya, sebelum melangkah sastera antarabangsa.
Berapa orang pengarah filem terutama yang membuat filem popular membaca karya Sasterawan Negara? Kalau mereka mengutip pemikiran besar dalam karya-karya sastera yang hebat, mereka tentu tidak tergamak menghasilkan filem-filem yang seburuk kita saksikan di pawagam. Kesusasteraan itu dalamnya sarat dengan pemikiran bangsa. Maka kalau kita menjauhkan diri dengan kesusasteraan, kita juga menjauhkan diri dengan jendela yang membawa kita mengenali bangsa sendiri. Akibat tidak kenal bangsa, jadilah seperti sekarang.
Mungkin ada kalangan pembikin filem kita yang belum tahu bahawa Stanley Kubrick mencipta imej-imej visual luar biasa dalam filem 2001-Space Oddysey kerana dia menyelami karya-karya fiksyen Arthur C. Clarke. Begitu juga dengan kelahiran filem fiksyen sains Star Wars oleh George Lucas. Karya-karya sains fiksyen Lucas banyak dipengaruhi oleh karya-karya sastera bercorak fiksyen sains yang dibacanya. Star Wars dan beberapa filem selepas itu memang dianggap filem berteknologi tinggi. Tetapi apalah maknanya teknologi kalau tidak dimanfaatkan secara betul. Sasteralah yang menjadikan Lucas begitu imaginatif, suatu yang semacam tidak berlaku kepada pembikin-pembikin filem kita.
Malah karya-karya fiksyen sains seperti yang dihasilkan oleh penulis seperti William Gibson banyak membentuk filem-filem fiksyen sains yang hebat. Teknologi tidak akan membawa filem kita ke mana-mana kalau daya imaginatif tidak berakar umbi daripada teras pemikiran bangsa. Teknologi boleh dibeli tetapi pemikiran sesuatu bangsa hanya ada dalam karya-karya sastera. Kalau ada pembikin filem menjaja teknologi tetapi tidak kenal sastera Melayu, pemikiran Melayu, karya filemnya hanya besar bagai belon. Kosong.
Pembikin filem kita sewajarnya jangan bodoh sombong menolak sastera atau tidak mendampingi sastera. Mereka perlu melihat bagaimana imaginasi novelis J.R.R. Tolkiens dalam novel klasik Lord of the Rings. Pengarah filem Lord of The Ring, Peter Jackson menjadikan novel itu sebagai inspirasi kemudian menzahirkan imaginasi kepada visual menerusi teknologi imej penjanaan komputer (CGI).
Negara-negara yang terkenal dengan kemajuan teknologi seperti Jepun, Korea, Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Eropah lainnya, di sebalik kemajuan mereka adalah memanfaatkan karya-karya seni dan sastera. Negara-negara ini kalau kita telusuri lebih jauh sebenarnya mempunyai akan tradisi dan kesusasteraan yang cukup kuat. Maka tidak hairanlah kalau pengkritik teori Marxist tersohor, Christopher Claudwell percaya seni dan sastera mempunyai pengaruh yang kuat terhadap ekonomi sekalipun bukan produk ekonomi.
Suatu yang nyata sekarang adalah dunia perfileman kita gagal mengangkat kekuatan imaginasi dan kreativiti karya sastera tempatan. Ini kerana kita mempunyai karya-karya sastera yang hebat tetapi pada masa yang sama kita juga menjadi pengeluar filem-filem "Melayu" yang buruk dan tidak menggambarkan pemikiran bangsanya.
Adakah semua ini berlaku menunjukkan kegiatan kesusasteraan tidak cukup digerakkan untuk sampai kepada pembikin- pembikin filem? Mereka tidak perlu mengadaptasi karya sastera tetapi berfikiran hebat macam sasterawan. Kalau ada inisiatif untuk mengadaptasi memang suatu yang sangat bagus seperti yang dilakukan oleh U-Wei Haji Saari menerusi filem Jogho dari novel Juara karya Sasterawan Negara S. Othman Kelantan. Kini U-Wei dalam pembikinan filem Hanyut adaptasi novel Almayer's Folly karya Joseph Conrad.
Lihatlah, ketika pembikin filem kita sibuk dengan filem-filem tentang mat rempit, pembikin-pembikin filem di Indonesia tidak terputus dengan ikatan pemikiran dalam kesusasteraan. Filem Ada Apa Dengan Cinta misalnya membawa kembali generasi baru mendekati sastera dan mengenali sasterawan besar Chairil Anwar. Pembikin filem Indonesia juga mengadaptasi novel Laskar Pelangi. Pembikin filem kita tidak habis-habis dengan "idealisme sempit" mat rempit mereka. Sepatutnya mereka perlu merasa malu sebelum dimalukan.

05 October 2010
Cebisan HAKIKAT PERKAHWINAN

Komik warna penuh sekali lagi.Maafkan saya andai ada point salah dalam cerita ini. Ini bukan takat perspektif saya, tapi hasil bacaan kolektif, dan diluahkan melalui pandangan Eri dalam kisah ni. Jika salah, tolong tegur, ya.
Folder
cerita,
Cinta,
Tazkirah/ceramah
22 August 2010
THE VERY SAME PATTERN HUMAN BEINGS FOLLOW.
Filem The Matrix arahan adik beradik Wachowski (salah eja) telah membawa inovasi kepada visual perfileman...Ingat babak bullet time, babak Neo mengelak peluru daripada Agent? Ya...hanya itu sahaja yang menjadikan filem itu seronok ditonton (oleh saya).
Namun selepas meneliti beberapa dialog, dialog ini yang paling saya ingat hampir kesemuanya. Perbualan Agent Smith dan Morpheus ketika dalam tahanan.
I'd like to share a revelation I've had during my time here. It came to me when I tried to classify your species. I realized that you're not actually mammals. Every mammal on this planet instinctively develops a natural equilibrium with their surrounding environment, but you humans do not. You move to an area, and you multiply, and you multiply, until every natural resource is consumed. The only way you can survive is to spread to another area. There is another organism on this planet that follows the same pattern. Do you know what it is? A virus. Human beings are a disease, a cancer of this planet. You are a plague, and we … are the cure.
Ya, manusia mempunyai potensi yang membinasa. Membinasa alam, membinasa makhluk Allah yang lain, dan membinasa tamadun sendiri. Ibnu Khaldun pernah menekankan aspek akhlak dalam tamadun. Musnahnya tamadun bukan kerana bencana alam tetapi kerana rosak moral. Tamadun Rom adalah contoh yang paling jelas.ALLAH juga ketika mula mencipta Adam, para malaikat khuatir akan bangsa yang akan berbuat kerosakan. Namun ALLAH lebih mengetahui.
Di sebalik potensi memusnah itu, manusia juga memiliki potensi hebat dalam pembangunan dan kasih sayang. Ya, kasih sayang yang kita inginkan. Ibu mengandungkan anaknya dengan kasih sayang, Bapa membesarkan anak dengan kasih sayang. Apa namanya itu? Kita adalah makhluk yang diberi hak untuk memilih. Kita boleh sahaja menjejak langkah virus, merosakkan tempat tumpang. Kita juga boleh mengikut corak antibodi, melindung tempat tinggal.
Filem trilogi The Matrix jelas memaparkan tema kebebasan. Namun kebebasan itu hendaklah ada terasnya. Terasnya adalah kepercayaan kepada Allah jua. Semoga kebebasan yang kita miliki ini dipandu oleh akidah kita yang murni. Jangan ikut jejak langkah Agent Smith. Dia mengatakan yang ironi, menghukum manusia sebagai virus planet, sedang dirinya berganda dalam sistem The Matrix dan melumpuhkannya (dalam The Matrix Reloaded). Moderate kata orang dalam berkata-kata,adalah peringatan kepada diri sendiri juga. Wallahualam.
(nota: Saya di sini sekali lagi adalah zizularts)

09 December 2009
PendaKwah mesti kenal MUSUH!!
Mungkin kita perasan atau sengaja tak perasan.
kenapa kadang2 ruh Islam dalam diri kita ada pasang surutnya..
Kenapa dakwah kita tidak sampai?
Kenapa dakwah kita tak sekencang puting beliung dan tak pernah berhenti?
Kadang2 kita sendiri tertipu dengan sekeliling kita iaitu “musuh kita” yang tak pernah berhenti sentiasa menghasut kita, menjatuhkan kita dan dialah penyebab utama melambatkan dakwah kita.
Mereka ini tak macam Superman atau Power Rangers, bila ada yang yang menentang baru nak bertukar ‘jadi’ superhero. Mereka sentiasa ‘menjadi’ diri mereka. Mereka itulah syaitan laknatullah dan nafsu diri kita. Benarlah kata Rasulullah s.a.w.
SIAPA SYAITAN?

Seorang lelaki Tanya kepada Hasa Al-Basri, “Wahai Abu Sa’id, adakah syaitan itu tidur?” . Hassan Al-Basri pun menjawab sambil tersenyum “Kalaulah syaitan itu tidur nescaya kita boleh berehat”
Pintu syaitan?
Marah, tergesa2, dengki, kedekut, takabbur dan buruk sangka. Pendakwah harus berwaspada tentang penyakit ini, sekali dia berjangkit dalam diri kita mungkin penyakit ini menjadi barah dalam imej seorang pendakwah.
Tetapi jika akhlak buruk ini masih segar dalam diri pendakwah, pendakwah mestilah memperbayak muhasabah, beristighfar, berdoa agar sifat2 buruk ini hilang dan baca balik buku2 yang di talaqi dengan murabbinya dulu…
JIKA SYAITAN PUN DIGARI DALAM BULAN RAMADHAN, KENAPA KITA PUNYA AMALAN MASIH SUAM-SUAM KUKU???
NAFSU, MUSUH DALAM SELIMUT….
Kata- kata Nabi Yusuf dirakamkan dalam Al-Quran
Kalau ia tidak dikengkang dengan lingkaran taqwa dan agama, diperkukuh dengan tarhib dan targhib nescaya ia boleh menumpaskan dan menewaskan tuannya.
Zikrullah, Muraqabah dan Mujahadah melawan nafsu seperti puasa, kurang tidur boleh mengurangkan tuntutan nafsu.
BENDA NI BASIC SANGATLAH!!
Yes, benda ni memang basic, mungkin orang yang ditarbiah dan sampai ke tahap tinggi dan habis buku berjilid-jilid tak nak fikir dan baca bab ini, mungkin dia kata benda ni remeh sangat.
Memang remeh tapi momentumnya besar. Tapi halangan inilah patut dilepasi dahulu sebelum kita terjun ke medan dakwah yang cabarannya lagi hebat.
Jika bisikan syaitan dan hawa nasfu ini awal-awal sudah kita tewas, apatah lagi kita nak tarbiah orang lain, sebab itu kita mensti kenal factor yang melambatkan dakwah kita.
Kita tak kan mampu dirikan tiang, pasang atap mahupun aksesori lain, jika tak bina foundationnya. Nak tarbiah orang, nak pergi dakwah pada masyarakat, nak bangunkan daulah, kena lawan nafsu dalam diri dulu. Benda yang besar bermula dalam diri kita dulu, kalau kita tewas, macam mana nak bina daulah???
sebahagian dari daurah minggu lepas.

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud “Orang mukmin sentiasa di ambang 5 dugaan yang susah:-
1. Mu’min yang dengki padanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya
(Hadis ini ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dari hadith Anas dalam tajuk “Akhlak yang Luhur)
Tatkala Imam Hassan Al-Banna pun ada menyebut Jihad yang pertama dan kedua adalah Jihad melawan hawa nafsu dan Jihad melawan Syaitan. Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi pun sama menyebut dalam dalam buku Fiqh Awlawiyat.1. Mu’min yang dengki padanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya
(Hadis ini ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dari hadith Anas dalam tajuk “Akhlak yang Luhur)
SIAPA SYAITAN?
“Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka“.
(SURAH FAATHIR:6)
Allah s.w.t. telah pun perkenalkan syaitan sebagai musuh, kenapa kita masih berkawan dengan syaitan? Masih follow apa yang syaitan suruh?(SURAH FAATHIR:6)

Seorang lelaki Tanya kepada Hasa Al-Basri, “Wahai Abu Sa’id, adakah syaitan itu tidur?” . Hassan Al-Basri pun menjawab sambil tersenyum “Kalaulah syaitan itu tidur nescaya kita boleh berehat”
Pintu syaitan?
Marah, tergesa2, dengki, kedekut, takabbur dan buruk sangka. Pendakwah harus berwaspada tentang penyakit ini, sekali dia berjangkit dalam diri kita mungkin penyakit ini menjadi barah dalam imej seorang pendakwah.
Tetapi jika akhlak buruk ini masih segar dalam diri pendakwah, pendakwah mestilah memperbayak muhasabah, beristighfar, berdoa agar sifat2 buruk ini hilang dan baca balik buku2 yang di talaqi dengan murabbinya dulu…
JIKA SYAITAN PUN DIGARI DALAM BULAN RAMADHAN, KENAPA KITA PUNYA AMALAN MASIH SUAM-SUAM KUKU???
NAFSU, MUSUH DALAM SELIMUT….

Kata- kata Nabi Yusuf dirakamkan dalam Al-Quran
“ Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan) kerana nafsu sering menyuruh yang buruk, kecualai yang dirahmati Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun Lagi Maha Penyanyang”
(Surah Yusuf:53)
Nafsu sentiasa menyurh kepada keburukan, kejahatan dan ia lari dari fitrah. Lawan kepada kebaikan itulah nafsu.(Surah Yusuf:53)
Kalau ia tidak dikengkang dengan lingkaran taqwa dan agama, diperkukuh dengan tarhib dan targhib nescaya ia boleh menumpaskan dan menewaskan tuannya.
Zikrullah, Muraqabah dan Mujahadah melawan nafsu seperti puasa, kurang tidur boleh mengurangkan tuntutan nafsu.
BENDA NI BASIC SANGATLAH!!
Yes, benda ni memang basic, mungkin orang yang ditarbiah dan sampai ke tahap tinggi dan habis buku berjilid-jilid tak nak fikir dan baca bab ini, mungkin dia kata benda ni remeh sangat.
Memang remeh tapi momentumnya besar. Tapi halangan inilah patut dilepasi dahulu sebelum kita terjun ke medan dakwah yang cabarannya lagi hebat.
Jika bisikan syaitan dan hawa nasfu ini awal-awal sudah kita tewas, apatah lagi kita nak tarbiah orang lain, sebab itu kita mensti kenal factor yang melambatkan dakwah kita.
Kita tak kan mampu dirikan tiang, pasang atap mahupun aksesori lain, jika tak bina foundationnya. Nak tarbiah orang, nak pergi dakwah pada masyarakat, nak bangunkan daulah, kena lawan nafsu dalam diri dulu. Benda yang besar bermula dalam diri kita dulu, kalau kita tewas, macam mana nak bina daulah???
sebahagian dari daurah minggu lepas.
Folder
Tazkirah/ceramah
18 October 2009
PrOgraM RAya berSaMa KRIM JOHOR
Folder
Tazkirah/ceramah
31 August 2009
eRi TaLKinG aBOuT vEiL

(untuk lihat komik, sila klik pada gambar komik)
Analogi yang diguna Eri tadi bukan sebab di nak jaga rambut dari terkena lalat atau kotoran(sebab tak shampoo tau!), tapi maksud Eri dalam cerita tadi juga nak bagitau tentang ‘tubuh badan yang terdedah’ juga terdedah kepada ‘kejahatan mata yang memandang’.....
Semalam, biasanya kami bertadarus di surau petang2 macam tu tapi semalam kami membaca juga, membaca di 1Borneo...tengah2 kami sibuk baca buku, saya terpandang sorang perempuan bertudung makan, “budak ni tak puasa ker?, selamba jer makan!!”..
Eh, orang lain pun makan, tengok2 jam dah pukul 6.30ptg. patutlah, dah berbuka.hehe...kami pun baca doa sepantas mungkin dan makan ayam KFC yang ada di depan mata kami. Tak lama kami makan, masuk 2 orang perempuan dan sorang lelaki(muka memang bukan orang Malaysia, Azizul kata orang Turki kot).
Perbezaan pakain dua orang perempuan tu memang ketara. Satu bertutup habis, sorang lagi saya rasa pakai T-shirt pagoda lagi bagus dari dia pakai macam tu, terdedah habis!....(tak la saya pandang teliti sangat sampai tercekik tulang tapi itulah pandangan saya sekali imbas)
Kenapa kami seolah2 dikurung? Tak salahkan kami tunjuk anugerah yang Allah bagi?
Wah, pandainya bercakap..tapi pening juga nak jawab. Ramai perempuan sekarang dijadikan pelakon untuk tarikan filem, model2 iklan unuk lariskan produk, dan posing2 gambar yang menunjukkan bentuk tubuh badan, ini semua tak lain tak bukan nak pergunakan perempuan. Kenapa saya kata begitu??
Alangkah bagus rambut yang berseri, kecantikan tubuh badan, kehalusan kulit dan lain2 anugerah yang Allah bagi itu sepenuhnya disimpan dan diberi pada suami?? Alangkag bagus kesucian haga diri ini tidak diketahui orang lain dan diberi pada yang ikhlas mencintai bukan kerana body?? Takut2, habis madu sepah dibuang...Jadilah seperti umpama mutiara tersimpan didasar laut, sukar digapai dan susah nak dilihat di dasar tapi PERMINTAANYA BEGITU TINGGI DAN BERNILAII!.
Kenapai perlu tutup aurat? Pakai tudung?
Dari sudut sains, di dalam artikel The Science Behind the Veil di IslamOnline.net mengatakan, “40-60 peratus daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala justeru menutupnya terutamanya di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang”. Selain musim sejuk ia juga bermanfaat pada musim panas. V.G Rocine, seorang pakar otak, mengatakan fosforus otak menjadi cair pada suhu 108 darjah Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang berada di panas terik, dan ini akan menyebabkan fungsi otak kan menurun dan memberi kesan negatif.(Fakta diambil dari Buku Quran Saintifik: Dr.Danial Zainal Abidin) .
Zizul Arts&Putra_kahfi
Folder
Tazkirah/ceramah
Subscribe to:
Posts (Atom)