Ini kali ketiga saya membuat kerja terjemahan sendiri. Walaupun tidak sebaik tenaga penterjemah dari Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), ada banyak perkara penting yang boleh dikutip daripada artikel ini. Sebarang maklum balas tentang kualiti artikel ini amat saya hargai. Jika anda tidak memberikan idea bernas (komen), rasanya kerja saya ini memang baguslah. (senyum..). Bacalah, dengan nama Tuhan yang menciptakan...
Berdasarkan statistic Persatuan Pembedahan Plastik
Aestatik Amerika, rakyat Amerika membelanjakan hamper 10 bilion dollar US pada
lebih 9 juta prosedur kosmetik pada tahun 2011. Statistik ini menunjukkan
peningkatan mendadak sebanyak 197% daripada jumlah pembedahan kosmetik yang
dilakukan pada 2007. Antara sebab bagi perubahan secara pembedahan adalah untuk
membaiki kecacatan fizikal, namun kebanyakannya didorong oleh sebab kosmetik
semata-mata.
Pada masa industri kecantikan, fesyen dan hiburan
memberikan pulangan yang lumayan dalam meniagakan standard terbaru kecantikan dan rupa paras,
kita pula menjadi masyarakat yang semakin tidak cukup dengan apa yang ada pada
rupa paras kita. Kita menjadi semakin rendah diri, semakin tidak kena dan
semakin tidak cantik. Kenapa?
Ini kerana kita telah diprogramkan – secara terus atau
halus, bahawa kita masih lagi tidak cukup cantik, tidak cukup menarik, tidak
cukup langsing, dan kulit kita tidak cukup cerah dan licin. Kita sentiasa rasa
diri kita tidak cukup berharga, pudar, dan rosak. Juga sentiasa ada cara baru
dan standard baru unutk mencantikkan segala macam bermula kulit, rambut, bibir,
kuku, bahkan hamper seluruh inci tubuh kita – dan menjadi mustahil untuk kita
terus mengejar standard tersebut.
Bagaimana pula dengan Islam, agama yang syumul ini?
Islam menggalakkan kecantikan zahir, kebersihan, dan pakaian yang cantik. Kita
menjaga badan kita dengan baju yang elok dan mengekalkan kebersihan, kerana itu
yang Allah sukai. Kita juga berusaha sebaik mungkin untuk makan dengan sihat,
kekal cergas kerana tubuh itu anugerah daripada Allah, dan tubuh yang sihat
memberikan tenaga lebih untuk mengabdikan diri kepada Allah dan menyumbang
bakti kepada masyarakat. Semua perkara tadi adalah perkara terpuji, apabila
dilakukan dengan seeloknya. Apa yang ditekankan dalam penulisan ini ialah sisi
pandang kita pada fizikal tubuh kita; apa yang kita ada sejak lahir dan
perkembangannya disebabkan faktor genetik.
Amat mustahak di sini, bahawa Allah adalah Pencipta kita
– yang mereka rupa paras kita, mata, rambut, warna, dan bentuk. Di sisiNya,
kita adalah satu kejadian yang indah – mengatasi penilaian orang lain terhadap
kita. Sebagai mana dalam firmanNya yang bermaksud:
4. Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia
dalam bentuk yang sebaik-baiknya . (Surah At-Tiin: ayat 4)
Selama kamu hidup, Dia
melimpahkan kurnia nikmat yang indah kepada kamu; memberikan pengalaman untuk
inspirasi, untuk mengajar, untuk merasa gembira, untuk rasa terhubung dan kasih
kepadaNya dan pelbagai lagi. Dia memberikan kamu masa hidup di dunia untuk
pelaburan hidup yang lebih indah di akhirat sana, yang terkandung di dalamnya
rumah yang indah, teman yang cantik, sungai yang mengalir, dan nikmat lain yang
tidak terkata banyaknya. Sekarang, siapa lagi yang mampu menyinggung perasaan
kamu tentang nilai diri kamu selepas ini?
Di sebalik fatamorgana
perbezaan ciri fizikal, warna kulit, dan jenis pakaian, kita semua ada hati,
ada jiwa untuk mencari ketenangan dan hubungan dengan Maha Pencipta. Sebagai
mana disebut Ibnu Qayyim: Sesungguhnya,
dalam hati ada kegelapan yang tidak boleh hilang kecuali dengan akrab pada
Allah; dan dalam hati ini ada kesedihan yang tidak boleh hilang kecuali dengan
gembira mengenal Allah dan beriman padaNya; dan dalam hati ada kekosongan yang
tidak akan hilang kecuali dengan cinta kepadaNya dan kembali padaNya dan
mengingatiNya; jika seseorang itu diberi seluruh isi duni, ia tidak akan
menghilangkan kekosongan itu.
Maka banyak mana pun kita
mengubah kejadian fizikal kita, kekosongan dalam hati tidak akan hilang dan
kekosongan itu hanya untuk diisi Allah. Apabila kita turutkan nafsu dan
sentiasa mengubah kejadian diri, kita sudah mengongkong, juga merendahkan jiwa
kita dan semakin jauh daripada Allah. Apabila kita menghubungkan jiwa dan minda
kepada Al-Baqi, jiwa itu akan bebas dan lebih mudah mendekatiNya.
Dengan jiwa yang bebas,
kita dapat melihat hakikat sebenar; kecantikan zahir akan pudar, sedang
keindahan dan cahaya keimanan, peribadi dan tingkah laku membawa kita
ketenangan dan rasa indah dalam hubungan yang lebih kekal dengan Allah.
Rasulullah s.a.w berdoa; “Ya Allah, sebagai mana kau mengelokkan rupa parasku,
kau elokkan akhlakku.”
Karakter original daripada saya
untuk satu pertandingan reka karakter di Facebook
Jadinya, daripada terdesak
mendapatkan tubuh badan ideal yang akhirnya akan terkambus dalam tanah jua, ada
baiknya kita beralih kepada perkara yang utama? Lupakan rekonstruksi muka dan
menambah saiz payu dara, sewajarnya kita fokus kepada rekonstruksi iman dan
menambah nilai moral; daripada merungut tentang lapisan lemak dan operasi sedut
lemak, kita patut kurangkan rasa sombong, bongkak, dan marah daripada hati
kita. Daripada melakukan pembedahan
kelopak mata, ada baiknya kita menghadapkan muka dan hati kepada syariat Allah.
Perubahan inilah yang hasilnya paling indah, paling kekal dalam hidup ini dan kehidupan
seterusnya.
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada
agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang Telah menciptakan manusia menurut
fitrah itu. tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus;
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Surah Ar-Rum: 30)
No comments:
Post a Comment