Keputusan PRU13
telahpun diketahui. Saya tidak dapat menganalisis satu persatu. Seperti yang
saya simpulkan minggu lalu, keputusannya tidak memihak kepada Islam dan umatnya.
Kita asyik meraikan orang lain. Kita asyik bergaduh, sebelum, semasa dan
selepas pilihan raya. Seolah-olah tidak ada kerja lain. Keadaan terus
merugikan. Orang lain mengaut keuntungan dari kelemahan kita.
Semua orang buat
tidak betul, kita sahaja yang betul. Lebih meloyakan apabila masing-masing
begitu ghairah untuk menang menuju Putrajaya. Akhirnya, dengan kuasa Tuhan,
Putrajaya telah pun ada penghuninya. Terimalah dengan lapang dada. Tunggu lagi
5 tahun, lagipun bukan lama. Kenapa perlu buat kecoh, demonstrasi sana sini.
Cuba ditakdirkan, PR yang menang, Apakah mereka akan melakukan perkara yang
sama?
Paling penting, apa
yang kita dapat belajar selepas PRU13? Orang yang minda kecil sahaja yang suka
menyalah orang lain. Orang berminda besar mesti mencari jawapan kenapa tsunami
itu berlaku dan memikir cara untuk mengatasinya. Apatah lagi jika bergelar
negarawan.
Pertama, UMNO BN yang
berjaya menerajui kerajaan mesti sedar diri dan buat muhasabah diri. Perlu
membuat post mortem dan over haul secara besar-besaran jika
ingin terus berkuasa. Jangan terlalu mencari kesalahan atau aib orang lain.
Tinjau-tinjau juga aib diri sendiri.
Cari calon terbaik
yang benar-benar winnable candidate
untuk bertanding dalam PRU14. Mulakan dari sekarang. Bermula dari cawangan,
bahagian, hinggalah ke pusat. Tidak ada masalah akhlak, rasuah, wanita, kroni dan
sebagainya.
Ini termasuk
perlantikan jawatan kabinet. Lantik menteri dan orang sekeliling kalangan yang
benar-benar bersih. Bukan apa, kadangkala menteri tidak sombong, yang berlagak
tak tentu pasal adalah orang-orang di sekeliling menteri. Itulah yang
merosakkan nama menteri.
Jika tidak bersih
sepenuhnya, biar nampak bersih. Maklumlah, kadang kala berlaku pertembungan
antara quwwah dan amanah. Keluarga pemimpin tersebut juga tidak terlepas.
Paling baik biarlah isterinya menutup aurat, kerana orang melihat apa yang kita
buat, bukan apa yang kita cakap. Jika tidak percayapun bertudung itu wajib,
sekurang-kurangnya berpakaian sopanlah. Lebih molek lagi, jangan terlalu
mendedah perhiasan badan.
Kedua, UMNO BN mesti
melatih ahli mengutamakan rakyat. Pemimpin mesti berterima kasih kepada rakyat,
bukan menyuruh rakyat berterima kepada pemimpin. Tagline 1Malaysia, rakyat didahuluikan, pencapaian diutamakan mesti
direalisasikan. Jika mereka terus berlagak dengan kereta mewah dan lain-lain
yang mewah, tunggulah kehancurannya.
Ketiga, Sabah dan
Sarawak mesti diutamakan. Kedua-dua negeri ini adalah penyelamat kepada UMNO
BN, lebih dari fix deposit. Jangan
ketepikan mereka sama sekali. Jika Semenanjung membangun, begitulah Sabah dan
Sarawak. Kita tidak mahu dengar masih ada yang tidak ada air dan api serta
kemudahan jalan raya. Wujudkan satu kementerian khas untuk Sabah dan Sarawak. Kecilkan
fungsi kementerian yang bertindan lapis. Selesaikan masalah tanah adat dan
lain-lain perkara berkaitan dengan bumiputera di sana.
Ramaikan ahli
kabinet dan penjawat awam berjawatan di peringkat pusat. Bumiputera Sabah dan
Sarawak bukan mahukan setiap etnik diwakili seperti apa yang berlaku di
Semenanjung, bagai nak kiamat dibuatnya jika tidak terpilih. Bumiputera Sabah
dan Sarawak hanya mahu melihat mereka ada wakil sahaja, walaupun kalangan etnik
mereka yang lain.
Keempat, UMNO BN
mesti cenderung kepada Islam, seperti yang dikehendaki oleh PAS untuk memikat
hati Melayu yang pro Islam. Jika tidak dapatpun melaksanakan undang-undang
Islam secara keseluruhan, sekurang-kurangnya ada kecenderungan ke arah itu.
Jangan ambil lewa sahaja. Sikap kurang ajar MCA dan parti komponen yang lain
(jika ada) terhadap Islam, hendaklah ditegur dan ditutup mulutnya cepat-cepat.
Mereka mesti sedar
diri dan tahu asal-usul negara ini. Bukan Melayu mesti disedarkan antara
menyindir PAS dengan agama Islam. PAS adalah parti, Islam adalah agama. Banyak
perkara yang dibawa oleh PAS berkaitan perkara asas Islam. Jangan ditolak atau dihina, hanya kerana
datang daripada PAS. Lihat apa yang betul, apa yang salah, bukan menuding jari
melihat siapa betul, siapa salah. Jangan tolak kebaikan walaupun datang
daripada musuh. Begitu juga PAS dan parti lain.
Jangan tolak UMNO
kerana namanya UMNO. Jika UMNO betul, sokong. Jika tidak, lawan. Saya tidak
kata, apa yang UMNO buat, semuanya betul. Tetapi jangan mengkafirkan UMNO,
kerana UMNO tidak mengkafirkan PAS. Lihat UMNO sebagai parti seagama. Kita
mesti pandai juga berstrategi seperti orang lain. Ditakdirkan PR berjaya
menguasai Putrajaya, saya tidak pasti kedudukan PAS dalam kerajaan ketika itu. UMNO
dan PAS belajarlah bekerjasama. PAS sudah berkata, jika UMNO mahukan Islam, PAS
akan dibubarkan.
Kelima, teruskan
program transformasi seperti GTP, NKRA, KPI dan lain-lain lagi. Jika ada yang
melibatkan projek dan tender, lakukan dengan telus. Ketepikan kroni dan rasuah.
Rujuk perlembagaan dalam soal pembahagian hak kepada bumi dan non-bumi.
Akhirnya, program ke
arah penyatuan nasional seperti yang diwar-warkan Perdana Menteri. Lakukan
sekarang. Kita tidak boleh tolak bukan Melayu kerana mereka sudah menjadi
sebahagian daripada kita. Sama ada berlaku atau tidak tsunami Cina, itu sudah tidak
penting. Kita perlu bergerak ke hadapan. Jangan lihat Cina sebagai musuh,
kecuali benar-benar mereka musuh.
Sekarang, saya pula mengulas. Sedikit pasal jawatan dalam Kabinet.
Selain PM dan TPM, jawatan Menteri Dalam Negeri boleh dikira jawatan yang sensitif. Sensitifnya sebab portfolionya melibatkan keselamtan dan keamanan orang ramai. Portfolio ini ada pengaruh pada polis.
Ambil iktibar daripada kes-kes lalu...macam isu pencerobohan di Lahad Datu. Menteri Dalam Negeri ini kena cepat-cepat bendung sebarang isu panas. Kena tegas. Sebab apa saya harap sangat daripada Menteri Dalam Negeri ini? Sebab saya anak polis. Anak kepada anggota polis yang dimasukkan dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Selain itu, kita juga kena ceburkan diri dalam satu bidang yang orang kita lemah...
yakni hartanah.
Selain itu, kita juga kena ceburkan diri dalam satu bidang yang orang kita lemah...
yakni hartanah.
No comments:
Post a Comment