Zaman pramerdeka, sebelum 31 Ogos 1957, terdapat pelbagai perkara
yang wujud, bergerak, dan bertembung dalam satu dinamika yang membentuk
satu arus yang dominan, iaitu arus keluar dari bawah pemerintahan dan
pentadbiran penjajah kolonial British, seterusnya membentuk pentadbiran
negara sendiri.
Antara komponen besar yang menjadi elemen asas dalam dinamika
pembentukan arus itu ialah komponen pemikiran dan rasional akal. Pada
hakikatnya ia adalah pencetus kepada komponen-komponen lain yang
berlegar di sekelilingnya seperti komponen perasaan atau sentimen, dan
juga komponen tindakbalas fizikal atau penentangan yang zahir.
Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts
18 August 2015
09 May 2015
(Jawi) Intisari Syarah Zara Faris_dapatan Pembina Talk Series...
Saya ada hadiri titik singgah pertama PEMBINA TALK SERIES....oleh sister Zara Huda Faris, pendebat dan penyelidik dari London MDI (Muslim Debate Initiative).
Dan satu point tu saya buat jadi dialog dalam komik ni.
Retikan diri dalam Tulisan Jawi.
Berita tentang PEMBINA TALK SERIES: baca di sini.
24 April 2015
FAKTA CONTENG dan DINOSAUR itu Bukan T-REX
Ku tahu pengetahuan awam pada dinosaur adalah sangat kuno. Banyak lagi dinosaur bidepal selain Tyranosaurus Rex. Albertosaurus, Gorgosaurus, Majungasaurus, Utahraptor, Diplodocus, Guan Long, dan Carnataurus (Carnos) Haryani sendiri.
INFOGRAPHIC: Water Management for Sustainable World
Right click and choose open in new tab for larger view.
This infographic can be divided into subtopic:
1) The water and society relationship
2) Expanding economy opportunities through water
3) Aquatic ecosystems are central to sustaining biodiversity and all forms of development.
Have a nice reading.
22 February 2015
BUKU BEST
Apabila seorang ahli politik tua nyanyuk, LIM KIT SIANG (memang nama sebenar) sibuk untuk menceritakan sejarah bangsa Melayu versi putar belit...Ketika itulah tampak betapa kita tak kenal sejarah bangsa sendiri. Bahkan buku teks sejarah masa kita sekolah pun dah sampaikan maklumat yang salah. Jadi...
Belilah buku ini. Beli cepat...Tajuk buku laris macam pisang goreng panas.
Yang disentuh dalam buku ini:
1) Asal bangsa Melayu
2) Aspek Bahasa Melayu
3) Unsur KeIndiaan dalam Tamadun Melayu
4) Keris dan falsafahnya
5) Senjata api dalam Tamadun Melayu
6) Temagi dan Temasik
7) Melayu bangsa pelayar agung
07 October 2014
AUTA Dua Puluh Sen: Seruan kepada JURUCAKAP KERAJAAN yang tak boleh pakai

NUCC atau lebih dikenali sebagai Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional adalah pembaziran.
PEMANDU dan TalentCorp yang dikepalai Idris Jala adalah pembaziran.
NGO naungan Dato' Seri Najib; Global Movement of Moderates (GMM) yang diketuai Saifuddin Abdullah yang liberal adalah pembaziran.

Mungkin ada yang tidak faham perkara ini. Kecuali memprotes kerajaan semata-mata.
Saya sertakan artikel dari laman Bangkit!info. Yang asal ada di sini.
"Jelas, mereka-mereka di pentadbiran atas negara tidak pernah
belajar. Terlalu berharap dan mengharap janji yang sudah pastinya dibuat untuk kepentingan
mereka yang membuat janji dan bukan kepentingan rakyat Malaysia.
Bukanlah sekali Malaysia ditipu oleh negara barat. Tetapi
Malaysia masih berdegil tidak mahu belajar. Dengan minda terkongkong dan
sentiasa menganggap endorsemen barat ialah sesuatu yang amat perlu bagi
sesebuah negara mencapai serta mengejar tahap negara maju, maka selamanyalah
kita akan tunduk kepada kehendak demi kehendak nafsu mereka ke atas negara
kita.
Kita hampir tunduk dalam semua segi. Bermacam tekanan telah
diberikan ke atas negara. Mereka yang memberikan tekanan menjanjikan bahawa
apabila Malaysia menurut kehendak mereka, baharulah mereka yakin untuk datang
ke sini berbondong-bondong untuk membantu Malaysia.
Kita percaya kepada janji-janji tersebut sehinggakan Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri kita terpaksa membuat ucapan seperti pengemis di
PBB mengungkit janji-janji yang pernah diberikan barat. Jadi kenapa mahu terus sibuk
berusaha ‘menarik keyakinan’ ketika mana janji-janji mereka itu sentiasa
dicapatikan? Tidakkah kepimpinan kita mahu belajar dari pengalaman?
Kami faham tentang rizab minyak yang mungkin tidak akan
dapat membantu negara mengawal kos bahan api untuk selama-lamanya. Kita
dimomokkan saban hari dengan jerangkung dalam almari tentang fakta Malaysia
bakal berubah sebagai nett importer bahanapi tidak lama lagi jika kita tidak
berhati-hati mengawal hasil kekayaan negara. Kami faham tentang semua ini.
Tetapi yang kami kurang faham ialah, bilamana pemerintah
bersungguh-sungguh mahukan rakyatnya mengikat perut demi kelangsungan survival
negara, tetapi kami melihat terlalu banyak pembaziran demi pembaziran tidak
perlu yang dibuat dan dilakukan oleh pemerintah itu sendiri.
Melayu mempunyai pepatah-pepatah lama yang amat bijaksana
jika kita memberikan perhatian untuk mendengar dan memikirkannya sejenak.
Ibarat ketam mengajak anaknya berjalan lurus. Guru kencing berdiri, anak murid
kencing berlari. Semuanya untuk mengajak umat Melayu pada satu ketika dulu
tentang etika kepimpinan melalui tauladan.
Belanjawan di Talentcorp sahaja boleh menampung kenaikan
subsidi 20 sen tersebut untuk 529,942 isirumah berpendapatan RM 3000 dan ke
bawah selama setahun. Menurut fauta* Ahmad Maslan, isirumah berpendapatan RM
3,000.00 dan ke bawah menggeluarkan perbelanjaan petrol secara purata RM 132
sebulan. Ia bersamaan dengan 62.9 liter sebulan ketika minyak RON95 berharga RM
2.10 seliter.
Menggunakan fauta Ahmad Maslan dan bentuk pengiraan yang
sama, sebanyak 186,741 isirumah berpendapatan RM 5000 dan ke atas dapat
ditampung subsidi RM 0.20 selama setahun. Menurut Ahmad Maslan, isirumah
berpendapatan RM 5,000.00 dan ke atas menggeluarkan perbelanjaan petrol secara
purata RM 375 sebulan. Ia bersamaan dengan 178.5 liter sebulan ketika minyak
RON95 berharga RM 2.10 seliter. Talentcorp pada tahun ini diberikan peruntukan RM 80 Juta atau lebih menurut Helen Ang.
Pembaziran penubuhan Global Movement of Moderates yang hanya
menjadi agen kepada suara kumpulan ekstremis liberal di dalam negara juga dapat
membantu menambah jumlah isi rumah yang yang terkesan dengan kenaikan kos
bahanapi dengan menyalurkan semua pembaziran yang diberikan kepada GMM kembali
kepada isirumah.
Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN/NUCC) juga
merupakan satu bentuk pembaziran di dalam pentadbiran Najib Tun Abd Razak. Ini
merupakan satu majlis tiada beban batu digalas kepimpinan negara. Tidak
menghasilkan apa-apa kebaikan melainkan hanya kerap menimbulkan rasa resah di
dalam masyarakat melalui wang cukai yang dibayar rakyat Malaysia kepada mereka.
Begitu banyak gajah putih rekaan pemerintah sehingga kita
tertanya-tanya apakah pemerintah ingin bersaing dengan Thailand untuk menjadi
negara yang terkenal dengan simbol gajah putih?
Itu semua tidak termasuk program-program tidak masuk akal
dan membazir yang banyak dilakukan pemerintah. Semua ini jika diperbaiki
terlebih dahulu, tentu sahaja akan membolehkan pihak pemerintah menyentuh
subsidi minyak ini dalam langkah-langkah yang terakhir.
Begitu banyak wang rakyat digunakan untuk menjala pihak-pihak
yang tidak berminat untuk pulang dan menyumbangkan khidmat kepada negara sebelum ini. Jika melihat cara
Talentcorp menggunakan peruntukan untuk menjala mereka-mereka ini, perkataan
jala itu tentu sahaja tidak sesuai. Ini sudah sampai tahap menggunakan pukat
harimau untuk mendapatkan hasil tangkapan seperti joran pucuk buluh.
Jika beginilah perjalanan kenderaan yang dinamakan Malaysia
itu, maka sudah tiba masanya pemandunya dipecat sebelum kita semua jatuh ke
dalam gaung yang dalam.
Sama-sama kita mengikat perut. Jangan kami yang kurus tapi lain pihak seperti Talentcorp, GMM dan sebagainya semakin memboyot."
*Fauta : Fauta ialah keadaan bilamana sesuatu pihak cuba meyakinkan pihak lain bahawa apa yang dibentangkannya ialah satu fakta. Tetapi dalam masa yang sama ramai pihak di luar sana menyakininya sebagai satu auta. Kita tidak tahu siapa yang benar. Maka kami masukkannya di bawah kategori Fauta. Fauta, perkataan baru dari Bangkit.info untuk memudahkan kita semua memahami sisi dunia ini.
KENAIKAN 20 SEN HARGA PETROL

Oleh Wan Ahmad Fayhsal, FELO HAKIM dan PUTRA BUSINESS SCHOOL
Artikel asal
Tahukah anda bahawa tamadun manusia yang wujud pada hari ini merupakan sebuah Tamadun Petroleum? Mungkin ramai yang tidak sedar betapa kebergantungan kita ataupun lebih tepat ‘ketagihan’ terhadap emas hitam ini, adalah amat dahsyat. Kita makan, tidur dan hidup dengan petroleum sepanjang masa ini. Mungkin ada yang bertanya apa kaitan dengan makanan bila kita membicarakan petroleum?
Walaubagaimanapun, fenomena ketagihan in adalah sesuatu yang baru dalam usia buat sesebuah tamadun. Kebangkitan ‘Tamadun Petroleum’ ini bertitik tolak daripada Revolusi Industri yang rakus di Britain kemudian merebak ke seluruh dunia melalui ekspedisi penjajahan oleh para Kapitalis Barat yang mana Tanah Melayu pada waktu itu menjadi salah satu mangsa kerakusan mereka. Hajat mereka bertandang ke kawasan yang kaya raya ini didokong dengan kuat oleh idealisme materialis yang terbuku dalam tamadun Barat yang sekular tersebut.
Selepas Merdeka, rata-rata Negara dunia ketiga masih perlu bergantung dengan bekas penjajah dalam usaha ‘membangunkan’ semula tanah air mereka. Ini menjadikan golongan elit yang rapat dengan para penjajah Barat disarung dengan baju pendidikan moden yang sarat dengan nilai-nilai materialistik. Maka tidak hairanlah pada hari ini kita dapat lihat begitu banyak ‘klon-klon’ Negara Barat yang megah membangun seperti Jepun, Singapura dan Hong Kong dituruti oleh golongan elit China dan India. Negara-negara yang diberi jolokan Harimau Asia ini merupakan sebahagian daripada ahli kelab Tamadun Petroleum, teramasuklah Malaysia yang dibangunkan oleh Tun Dr. Mahathir melalui Pensyarikatan Malaysia dan Dasar Pandang ke Timur yang berteraskan industri moden.
Kemakmuran, dan kemajuan yang dicanang hebat oleh para pemimpin negara Tamadun Petroleum in walaubagaimanapun mempunyai beberapa mitos yang terpaksa diheret sepanjang masa. Oleh itu lebih baik kita mengkaji mitos-mitos yang wujud ini secara kritikal bagi menyelamatkan anak bangsa kita dari tertipu dengan haruman wangi yang dibawa oleh gagasan pemikiran negara Tamadun Petroleum.
14 September 2014
TIANG SERI KEPADA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Gambar hiasan...Lukisan sempena Merdeka 57 tahun. Boleh diguna untuk Hari Malaysia 16 September nanti.
Penganalisis Sejarah dan Perlembagaan Malaysia
Institut Kajian ArusBaru Malaysia
Perlembagaan merupakan asas utama kepada pembentukan sesebuah Negara yang berdaulat. Tujuan dan fungsi utama perlembagaan adalah untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil, mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah, mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat, alat untuk menyelesaikan masalah, menjamin riwayat negara bangsa serta mengekalkan keamanan dan kestabilan Negara.1
Malaysia, sebagai sebuah Negara yang berdaulat memiliki perlembagaannya yang unik, unggul dan tersendiri yang juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berdasarkan kepada dua dokumen perlembagaan terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
Terdapat empat paksi utama atau ‘tiang seri’ yang membentuk Perlembagaan Persekutuan iaitu Agama Islam sebagai Agama Persekutuan, Hak dan kedudukan Istimewa Orang Melayu, Kedaulatan Raja-raja Melayu dan juga Bahasa Melayu sebagai rasmi. Paksi-paksi ini tidak dimasukkan secara tidak sengaja ke dalam perlembagaan melainkan adanya sejarah yang unik dan tersendiri yang membawa kepada perkara tersebut. Empat perkara tersebut telah dirangkumkan dalam sebuah perjanjian lisan yang dikenali sebagai kontrak sosial.
Folder
Akademik,
kepimpinan,
muhasabah,
pendidikan,
politik
11 August 2014
WAHAI PEJUANG AL-QASSAM
Tentera terbaik bukan kerana teknologi semata-mata, tetapi pada kebergantungan mereka kepada Allah.
Ramai orang kata, dengan akal terbatas... Yang sedikit takkan dapat lawan yang ramai. Melawan dengan bilangan yang sedikit itu dikatakan strategi.
Bilangan sedikit mempunyai mobiliti, bergerak lebih pantas daripada ketumbukan tentera yang besar. Taktik guerila juga sesuai untuk bilangan yang sedikit. Ingat lagi Perang Vietnam?
Lagi? Kenapa Iron Dome tidak berkesan pada roket Al-Qassam?
Roket buatan sendiri...Lebih murah...dan tiada dipasang cip menjadikan roket Iron Dome tidak dapat memintas perlancaran roket.
Mitos tentera Israel yang terkalahkan....terbukti tidak benar!
MYTH BUSTED!
Mari, lagu nasyid Pejuang Al-Qassam oleh kumpulan Hijjaz!

28 May 2014
Durjana Media Alternatif
Senarai media "bebas" di Malaysia.
1) Malaysiakini
2) Free Malaysia Today
3) The Malaysian Insider
4) The Malay Mail
5) The Ant Daily
Apa persamaan mereka?
1) Hentam orang Melayu.
2) Hina Islam.
3) Kolumnis berfahaman liberal, penyalah guna nama "human rights".
4) Ruangan komen bawah artikel dan berita penuh dengan sentimen anti Melayu dan anti Islam.
Maka, hati-hatilah baca. Media alternatif sama sahaja dengan media perdana....tak telus.

berita,
muhasabah,
pendidikan,
politik,
tentang islam,
Ummah
04 April 2014
PERANGAI PENGKHIANAT
Kenapa perlu pergi ke UN?
Dong Zhong dasar membawa aspirasi perkauman. Cubaan-cubaan seperti inilah yang membawa kepada retaknya hubungan antara kaum dan misi perpaduan nasional tidak akan tercapai.
"Their report based on oppression and discrimination faced by vernacular schools in Malaysia"

Berdasarkan sumber The Sun Daily, Presiden Dhong Zhong, Yap Sin Tian menyatakan bahawa beliau akan turut akan mengemukakan pandangan kepada Perdana Menteri, Menteri Pelajaran dan ahli-ahli parlimen dari kedua-dua belah parti politik berhubung kesengsaraan yang dialami oleh pelajar-pelajar sekolah vernakular.
Dalam pada itu, berdasarkan kenyataannya, Yap turut mengeluh apabila hanya lima daripada 23 kursus Perubatan Tradisional Cina (TCM) yang mendapat akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Sehubungan itu beliau menggesa kepada kerajaan agar dapat memastikan supaya JPA mengiktiraf kelayakan lain daripada universiti-universiti dan kolej TCM tidak lama lagi.
Yap juga turut mencadangkan kepada pengamal TCM di negara ini agar dapat meningkatkan kesedaran mengenai pertubuhan Cina dalam memperjuangkan hak-hak pengamal TCM.
#saya: M.O (modus operandi) serupa COMANGO juga. Tak dapat benda yang diorang nak, pergi mengadu ke pihak luar... Tamak punya pasal.
06 March 2014
MENGENALI sifat geng ANTI HADIS
*Kata kunci: Kassim Ahmad, pemikiran, liberalisme, anti-hadis, pentas.
Ceramah oleh Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Naib Presiden 2 ISMA.
Ceramah oleh Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Naib Presiden 2 ISMA.
20 September 2013
SIMPOSIUM MEGA
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dipanjangkan kepada ismaweb.net
Ya. Umat kita umat Islam, bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang sedang dihimpit oleh macam-macam perkara. Mereka yang beragenda jahat ini menyuruh kita bangkit ala-ala Revolusi Perancis. Jadi, adakah perangai macam Adam Adli, Hishamudin Rais boleh dijadikan contoh?
Kepimpinankah itu?
Agenda apa yang dibawa mereka?
Umat jadi lemah, keliru, dan terkocoh-kocoh diagendakan oleh orang lain...
Jangan masuk ke lubang kehinaan.
31 August 2013
MERDEKA 56 Tahun: Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku
Peringatan untuk kita semua:
1) Meminta bantuan dari pihak asing ada harganya...
Harganya amat sakit untuk dibayar dalam bentuk kedaulatan tanah air diambil orang asing.
Seperti mana yang berlaku dalam Perang Larut.
2) Perjuangan menuntut kemerdekaan sering gagal bukan kerana kekuatan pihak penjajah. Tetapi daripada pengkhinatan daripada orang kalangan bangsa sendiri.
3) Kemerdekaan adalah impian kita semua. Fitrah setiap insan.
4) Kemerdekaan paling tinggi dalam manusia, walaupun paradoks (ironi yang realistik),
amatlah membahagiakan:
Keluar daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah. Daripada kezaliman kepada keadilan Islam.
Dan tontonlah video 23 minit dari MediaIsma. Video yang telah menyakitkan hati Malaysian Insider. Itu yang bagus. Biar kena senak kat perut.
SALAM MERDEKA KE 56 TAHUN!

Kesatuan,
pendidikan,
politik,
sunnah,
ucapan
03 September 2012
HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!!
Pesilat orang putih ni sedang memegang pedang jenawi. Kita sangkakan Melayu ini
senjatanya cuma keris semata-mata. Anda silap sama sekali. Anda dan saya sudah silap banyak kali.
Baiklah, ini adalah celoteh saya. Bila dimaksudkan dengan celoteh, maknanya adalah satu dua hujah yang mungkin terkeluar tajuk. Dan tajuk di atas pun memang saya tulis agar dia boleh terkeluar tajuk (dan berbaur propaganda).... Baik, apa ya?
25 July 2012
EDisi 9 KOMIKNIAGA. Kenapa?
Bismillahir rahmanirrahim....Saya dengan ini mempersilakan tuan-tuan dan para pengunjung blog ini untuk download atau baca online (versi flash) edisi 9 KOmik Niaga yang terbit 24 Julai. Tapi atas sikap saya yang tidak cakna, leka dan alpa...saya terlewat nak bagitahu. Maafkan saya.......
Satu lagi perkara hendak dimaklumkan. Dalam edisi kali ini dua komik nukilan saya disiarkan, namun masih ada ERIN di situ. Sebarang maklum balas saya alu-alukan. Tapi jaga tutur kata, ya. Lagi pula di Internet, di mana orang yang anonymous boleh suka-suka hati menyumpah ranah orang lain....

25 June 2012
BEAUTY AND BODY IMAGE (terjemahan)
Assalamualaikum. Rasanya macam sudah lama tidak kemas kini blog ini. Maka kali ini saya cuba lakukan satu perkara yang amatlah sukar dibuat; MENTERJEMAH artikel. Sewaktu saya memegang amanah sebagai Ketua Lajnah Publisiti dan Media dahulu, saya ada lakukan dua kali kerja menterjemah. Pertama, artikel perihal Malcolm X. Kedua, artikel pengislaman Jeffery Lang, pakar matematik Amerika yang ateis menjadi Muslim sejati.
Ini kali ketiga saya membuat kerja terjemahan sendiri. Walaupun tidak sebaik tenaga penterjemah dari Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), ada banyak perkara penting yang boleh dikutip daripada artikel ini. Sebarang maklum balas tentang kualiti artikel ini amat saya hargai. Jika anda tidak memberikan idea bernas (komen), rasanya kerja saya ini memang baguslah. (senyum..). Bacalah, dengan nama Tuhan yang menciptakan...

Cinta,
muhasabah,
pendidikan,
Tazkirah/ceramah,
tentang islam
31 May 2012
Tatkala Zizularts mengajar sejarah
Assalamualaikum, semua pembaca yang saya doakan terpelihara iman dan sentiasa dilimpahi rahmat Allah. Untuk menutup tirai bulan Mei, maka saya nukilkan kisah sendiri dan cuba muhasabah kembali daripada kisah tersebut. Kawan-kawan alam maya yang melayari Facebook pasti tahu saya dah bertugas menjadi guru ganti di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Putih, atau singkatannya SMKAP di Kuantan.
23 April 2012
Melayu, PTPTN & ABPBH
Membaca sebuah akhbar tempatan semasa
menaiki kapal terbang baru-baru ini, perhatian saya tertarik kepada dua
laporan yang menghidangkan statistik yang pada hemat saya wajar diteliti
dan diperhalusi oleh pihak-pihak berkenaan. Menginsafi realiti umat
masa kini, saya tidaklah begitu terkejut dengan statistik yang
dikemukakan itu, namun hakikat yang tersurat dan tersirat di sebaliknya
tetap menyentuh sensitiviti serta mengundang kerisauan di benak hati
saya.
02 April 2012
BORAK Wangsa Maju (sentimen PPSMI)
Faiz: Aku rasa Sains dengan Matematik kena ajar pakai Bahasa Inggeris.Nanti bila belajar di luar negara, terus jadi blur, tak tahu perkataan apa nak guna.
Zizul: Kalau macam itu, baik baiki sahaja pengajaran dalam Bahasa Inggeris buat apa nak masukkan dalam Sains dan Matematik.
Faiz: Tak boleh doh, dalam Bahasa Inggeris dia tak ajar ayat-ayat yang dia pakai dalam Sains dan Matematik.Macam adik aku, dia dah tahu perkataan bahasa Inggeris dalam Matematik.
Zizul: ......(bila nak sampai tempat makan ni)
Pada waktu aku menumpang rumah kawan lama di Wangsa Maju,aku tidak mahu memanjangkan debat. Satu, kerana Faiz ini membelanja aku makan nanti, dan satu lagi berwacana dalam kereta amatlah tidak patut dengan tajuk sebegini besar.Dua,bila ada dua orang atau lebih turut serta dalam wacana demikian, aku berbesar hati memanjangkan bicara.
Lagi pula, bukan semua pelajar akan ke luar negara. Balik-balik, masuk ke IPTA dan IPTS tempatan jua. Itu pun Bahasa Inggeris diutamakan, bahasa Melayu pula dipinggirkan, hampir jatuh ke longkang ia.Berapa banyak ilmu yang kita boleh dapat dalam bahasa Melayu, selagi mana pemegang PhD menerbitkan jurnal dalam bahasa asing? Aku rasa wajib sangat usaha penterjemahan digiatkan lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)