Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

18 April 2015

APOLOGY IS CHEAP. What worth is....

Kisah Aisyah Tajudin BFM tu macam sebulan lalu, tapi tak elok dilupa begitu sahaja.
Ia kekal dikenang sebagai episod orang jahil menggunakan slot kebebasan bersuara.
Dan hipokritnya bila dibalas balik tuduhan itu, mereka tidak pula benarkan kita bebas bersuara.

28 May 2014

Generasi yang terpedaya_ Safura


Secara tak langsung....ini sambungan pada perbentangan Munthalaq tulisan Abu Ammar oleh Safura, remaja muslimah yang bijak ini.

Ikhwah dan akhawat, sedarilah bahawa keberanian itu juga satu nilai akhlak yang baik. Berani apa?

Berani bangkit, berani berjuang...berani berpendirian.

01 October 2013

EBIET G. ADE_MENJARING MATAHARI

Suka lirik lagu ini. Sangat bermakna.






Dan ada satu cover picture yang saya Photoshopkan bagi mengabadikan lirik ini dalam medium yang saya suka...LUKISAN!
Dipos oleh Azizul Shaharudin.

25 June 2012

BEAUTY AND BODY IMAGE (terjemahan)

Assalamualaikum. Rasanya macam sudah lama tidak kemas kini blog ini. Maka kali ini saya cuba lakukan satu perkara yang amatlah sukar dibuat; MENTERJEMAH artikel. Sewaktu saya memegang amanah sebagai Ketua Lajnah Publisiti dan Media dahulu, saya ada lakukan dua kali kerja menterjemah. Pertama, artikel perihal Malcolm X. Kedua, artikel pengislaman Jeffery Lang, pakar matematik Amerika yang ateis menjadi Muslim sejati.

Ini kali ketiga saya membuat kerja terjemahan sendiri. Walaupun tidak sebaik tenaga penterjemah dari Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), ada banyak perkara penting yang boleh dikutip daripada artikel ini. Sebarang maklum balas tentang kualiti artikel ini amat saya hargai. Jika anda tidak memberikan idea bernas (komen), rasanya kerja saya ini memang baguslah. (senyum..). Bacalah, dengan nama Tuhan yang menciptakan...

05 October 2010

Cebisan HAKIKAT PERKAHWINAN




Komik warna penuh sekali lagi.Maafkan saya andai ada point salah dalam cerita ini. Ini bukan takat perspektif saya, tapi hasil bacaan kolektif, dan diluahkan melalui pandangan Eri dalam kisah ni. Jika salah, tolong tegur, ya.












08 January 2010

KeliRu?? Antara MEMILIKI dan MENCINTAI





“Aku minta maaf bukan kerana kesalahanku, tapi kerana kebodohanku, sekarang baru aku mengerti antara CINTA dan KEINGINAN untuk MEMILIKI, TIDAK SAMA.” Itulah kata-kata terakhir yang keluar dari mulut Maria kepada Fakhri dan Aisyah dalam filem Ayat-Ayat Cinta.

Ramai antara kita keliru antara keinginanuntuk memiliki atau cinta. Itu kata kunci topic cinta kita kali ini.

Contohnya, Kita menginginkan rumah banglo yang besar, kereta BMW 7-series, handset yang canggih, makan yang enak-enak. Kita mampu memilikinya tapi kita tak mampu nak mencintai. Kenapa? Sebab benda itu bukan makhluk yang bernyawa maka mereka tak mampu nak balas kasih sayang tuannya.

Orang bercinta mesti ada give and take. Ada yang bagi dan ada yang menerima. Kalau tak, bercinta hanya bertepuk sebelah tangan, nyanyi tak berlagu, bulan tak berbintang, itulah namanya cinta tak berbalas. Kesian….

Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “Mencintai seseorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai kamu adalah berbahaya”..fikirkan cinta siapa yang kita sia-siakan??

Adakah duit, muka yang handsome, pangkat yang dimilki mampu membalas cinta kita?? Kita hanya ingin memilki itu dan ini tapi bukan cinta yang ada di hati pada tuannya. Cinta yang ada di hati bukan nafsu yang berbicara tapi iman di dalam dada.

Pisang emas pisang berangan,

Buahnya cantik tidak berdahan,

Kasih bukan sekadar cakap dan omongan,

Kasih berputik lahir dari Tuhan.

Sejauh mana orang inginkan pasangan dari luar Negara, orang berkahwin kerana kekayaan bertahan lama???(bukan nak salahkan takdir). Mereka hanya ingin memiliki tapi mereka tak mampu nak mencintai. Tak serasi dan takde chemistry.

Duit boleh kehabisan, kecantikan akan lusuh, pangkat akan turun, title akan hilang. Akhirnya, tasbih cinta yang berbuih diungkapkan akan lenyap dan hanya perasaan benci yang meluap dalam hati. Sekarang, kita nilai balik adakah kita mencintainya atau luarannya?

Bagaimana pula dengan orang yang ada fikrah, mereka lebih suka dijodohkan dahulu baru bercinta? Bukankah itu memiliki dulu baru bercinta?

Tekstualnya betul tapi kefahaman konteks ayat salah. Orang begini bukankah mereka mencintai Allah dahulu, kemudian Allah jodohkan mereka dengan orang yang mencintaiNya. Maksudnya, mereka bercinta dulu(Cinta pada Tuhan) kemudian mereka memiliki sama dengan apa yang dicintainya.

Cinta lah kepada Tuhan kemudian kita akan kenal erti cinta sebenar bukanlah keinginan memilki yang mengkaburi pilihan jodoh kita. Ingat! Once you all dah akad nikah, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata ……(pandai2 lah sambung).

Keinginan disandarkan material akan musnah dan lenyap dan ada tarikh luputnya tapi tidak pada cinta pada Tuhan kerana Allah itu wujud lagi qadim. Cinta akan sentiasa dibalas, Cinta kita lebih terarah, cinta kita sentiasa hidup tanpa mati. Itulah cinta yang hakiki dan abadi, kerana kita Cinta pada Allah melebihi segalanya.

Cintailah seseorang kerana iman yang ada di dada, berpakaikan akhlak yang baik, agama yang memimpinnya kerana cinta yang berpaut padaNya bukan pada dunia yang sementara tapi syurga yang selamanya….

Cinta orang yang beriman ibarat pokok, dia mampu memayungi orang lain, kita pula mampu berpaut padanya di kala kesusahan, menghujani kita dengan buah keiamanan yang ranum, akar pokok yang menjalar umpama tautan kasih bersamanya, cengkaman akarnya yang kuat menunjukkan keutuhan cintanya pada kita, itu semua atas dasar cintanya kepada Tuhan.

“Ya Allah, berikanlah cintaMu kepada ku, cinta orang yang mencintaiMu,

dan amal yang mendekatkan aku kepadaMu”

14 February 2009

Bisa – Bisa Cinta



Hukama pernah berkata “Untuk bahagia, cintailah sesiapa yang menyintai anda, bukan sesiapa yang anda cintai”

Lembaran kali ini sesuai dengan kehangatan ‘hari kekasih’ sama sekali tak valid dalam islam. Saya cuba untuk memperingatkan couple2 di luar sana tentang ‘hari kekasih’ ini. Banyak peristiwa/cerita nak kongsi.

Banyak versi tentang valentine day ini, namun bukan saya nak cerita tentang valentine day ini. Ini sama sekali tidak dapat dicegah jika masih ada orang2 yang menjadi hamba nafsu semata2.

Manusia yang hidup bernyawakan nafsu cinta ini, bukanlah menjadikan Allah sbagai kiblatnya tetapi cinta manusia jadi remote controlnya. Mana tidaknya, jika pasangan ini bahagia(tiada masalah macam salah faham ker, cemburu ker atau lain2), bahagia mereka tampak di wajah mereka seperti senyum tak kena tempat(tengok cerita sedih pun masih senyum), maklumlah nampak buku ingat kekasih, tengok cermin nampak kekasih sampai tengok mangkuk tandas pun ingat kat girlfriend. Ish2….hebat cinta diorang ini…mere mohabbat he! = segala2nya kerana cinta(ayat filem Hindustam)

jika ada masalah dalam hubungan(cemburu, gaduh2, sms tak berbalas, kol tak angkat), gelisah, marah, skit punya hal pun nak marah, nak gurau lagi lah tak boleh, mula lah keluar ayat2 mandi pun tak basah, makan pun tak kenyang(tak baca bismillah tapi depan awek buat2 baca doa makan sikit punya panjang), ini semua lakonan manusia yang pengarahnya tak lain tak bukan syaitan laknatullah.

Kawan saya pernah tanya, macam mana nak nasihat orang bercinta???

Bijak pandai pernah berkata, “Jangan dibawa berbincang tiga golongan manusia. Pertama, yang sedang lapar, kedua, yang sedang sakit, dan ketiga orang yang mabuk cinta”.

Orang2 yang lapar hanya memikirkan perutnya. Orang yang sakit hanya memikirkan sakitnya tetapi bagi orang yang sedang mabuk cinta, mereka beranggapan mereka berada di awang2an seperti orang lain tidak nampak mereka buat. Lihat saja, di dalam bas, komuter couple2 ni tak segan silu bercumbu(saya pernah lihat bulan pose lagi tu), berpelukan seolah2 tiada perasaan malu. Belum tentu mereka menjadi suami isteri, mahukah kita menerima orang yang ‘second hand’??? jangan jadi habis madu sepah dibuang dah lah…

Sabda Nabi s.a.w. bersabda:

Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat Al-Bukhari)

Sesiapa yang tidak malu pada manusia, maka dia tidak malu dengan Allah(Riwayat At-Tabroni)

Nak nasihat orang bercinta ni, bila dia putus cinta(bukan nak doakan tapi bila cinta bukan atas dasar kerana Allah pasti tak kekal lama)… dari situ la, kita bina tauhidic mind set diorang. Bila ada orang akidah dalam diri mereka mereka akan cuba elak dari melakukan perkara2 tak elok(kalau takut buat jugak benda tak elok, JANGANLAH BERCINTA, SIAPE SURUH!!)

Versi cinta ala Bollywood dan Hollywood ini menjadi2 di kalangan rakan2 yang mengaku muslim tapi budaya hidup mereka tak ubah macam orang barat.

Kata pantun;

Nasi lemak buah bidara,

Sayang selasih hamba lurutkan,

Buang emak buang saudara,

Kerana kasih hamba turutkan…

Saya akui semua perasaan ini ada pada kita, tapi kawallah, lagi afdhal tak bercouple.

Nabi Adam a.s pun kesunyian dan inginkan teman disyurga, lalu Allah menciptakan Siti Hawa sebagai pasangan baginda… rasa cinta pasti ada… pada makhluk yang bernyawa.

tapi jangan jadi ia sebagai hijab kita beramal dengan amalan ahli syurga…

01 February 2009

BisaKah???







Bisakah BerCinta?

Selepas solat asar berjemaah, aku dan seorang akh(junior) macam biasa baca Ma’thurat(amal2 ni nampak kecil, tapi sejauh mana kita istiqamah???).

Bukanlah saya kata sampai tahap wajib, kerana ia mengandungi ayat2 Quran zikir2 yang ma’thur dan thabit dari Rasulullah s.a.w….merupakan sebahagian doa dan dapat muhasabah diri kita yang dhaif…

“innal insana khuliqa Halu’a” maksudnya sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam keluh kesah)

Mungkin soalan ni dah lama tersemat di hati adik ni..dia mulakan bicara di sudut surau..

“Bang, nak tanya skit”..adik ni memang selalu bertanya…biasanya dia ajak diskusi agama(dia pun tak kurang hebat ilmu agama ni, dah bertahun ditarbiyah), alih2 dia nak tanya..

“abang ini bukan arif sangat…takpe ar tanya je. Mana tau kita bleh kongsi” balas aku.

“bang, saya malu ni”. La, tiba2 dia malu knapa plak, detik hati aku. Aku pun balas “bantai je..”

“macam ni bang, saya ada terdetik perasaan dengan seorang muslimat, bleh tak kami…….???”

Even bab cinta/mahabbah tak de dalam silibus halaqah, insyaAllah dengan pengalaman yang didasari, tiang agama jadi kekuatan, roh islami kawalan emosi, fikrah tarbiyah yang kami ada insyaAllah saya cuba…

“begini dik, perasaan suka, sayang dan cinta itu semua fitrah…tak mampu kita nak tolak”. Mukadimah ni nampak dia setuju.

“Agak2 perasaan ni datang dari siapa? Adakah dia betul fitrah yang di anugerahkan Allah ATAU bisikan musuh Allah?” Saya sambung.


“Abang pernah baca Tok Guru Nik Aziz pernah cakap, Apa jaminan kita tidak melakukan perkara2 tidak baik/maksiat selepas kita luahkan perasaan…..kata2 tok guru ni, yang abang faham, selepas kita luahkan perasaan, comfirm kita makin rapat(kebanyakanlah), kalau masih si perempuan/ si lelaki masih single la , kalau dah ‘berpunya’ comfirm frust”…

Biasalah kalau dah couple, tak tahu nak tanya ape
ayat2 cinta jadi siulan, gambar jadi ratapan, biar tak minum dan tak makan, ibadah pun ambil ringan, semua punca syaitan…..(ayat aku sendiri ni)

“bagus juga luah ni, at least kita dah bagitahu, tapi kita luahkan untuk apa? Nak kahwin dah??”..

“belum lagi bang”Adik ni pun jawab.

Jawapan pun ni memang dah expect pun, tazkirah aku masuk gear satu balik.

“Dik, sebaikmya kita ni bercinta bila kita dah betul2 bersedia. Atau bercinta lepas kahwin”



“Murabbi abang cakap, bila makin lama ditarbiyah ni, pada satu masa perkara yang tak penting dalam dakwah ini akan ‘terputus’ dengan sendirinya” aku cakap apa yang terlintas.

“Lagipun dik, kita yang ada kefahaman agama ada fikrah, bleh ker hati kita tenang masa kita sembahyang pada masa yang sama kita ada perasaan untuk orang lain? Kita melakukan ketaatan pada masa yang sama kita melakukan maksiat kat Allah s.w.t.” Rasanya time ni paling sesuai naik ‘gear yang lebih tinggi’…

“Klu susah sangat nak faham, masa kita solat, khusyuk adalah perkara penting(sebab dia roh solat, takde kesan jika solat tak khusyuk dan ikhlas), apa jaminan kita tak ingat ‘si dia’ sedangkan khusyuk perlukan hati sepenuhnya kepada Allah, dah lah macam2 fikir tambah lagi perkara lain”

“Kita pun tak tahu cinta sebelum kahwin ni ‘valid atau tidak dalam islam’ kan, contohlah kita jadi imam(sambil tunjuk ke arah tempat solat imam), kita rasa kita layak ker sedangkan di belakang kita ada hati yang lagi bersih”

Dia pun terhangguk2, aku ingat nak pick up laju skit. Idea2 bertalu tapi aku takut juga aku terbabas…

“itu pandangan abang je, kita ni masih duduk dalam tarbiyah, masih study, apa kata kita tumpu masa yang ada ini untuk study, kumpul seberapa banyak ilmu, bersihkan hati kita yakin lah kita akan dapat pada yang baik”

“ihfazillah ya fazhka” maksudnya “Jagalah/peliharalah perintah Allah, nescaya Allah akan memelihara kita(sepanjang masa)”.

“alangkah lebih baik, kita cintai Allah dahulu, Rasulullah dan ada yang di depan mata kita…siapa??? Mak ayah kita lah”

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya “barangsiapa yang ada padanya tiga syarat ini, ia akan dapat mearsai kemanisan iman:
Jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya yang lain.
jika ia menyintai seseorang, tidak lah ia mencintai kerana Allah
Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka.

“mak ayah kita buat macam2 untuk kita, ayah keluar bekerja bagi duit kat kita, ibu yang jaga kita dari kecil sampai dewasa”

“sapa dulu yang akan risau kalau kita sakit?? Siapa yang selalu fikir makan dan minum kita, makan ker dah belum??? Mak ayah kita!” merekalah orang pertama2 sekali…

kenapa kita perlu melebihkan orang lain, sedangkan mak ayah kita yang sudah pun menunjukkan pengorbanan, tapi kita masih nak curahkan cinta kita pada orang yang belum pasti jaga makan-minum, sihat-sakit kita.

“Subhanallah” itulah yang terpacul dari mulut adik aku tadi sambil mengeling2 kepala….

Fikirlah baik2, walau aku tak menjawab soalan, aku yakin persoalan2 tadi akan menjadi timbang tara bagi dia….itu terpulang pada diri masing2.

Apa yang aku cakap tadi adalah sedikit peringatan untuk diri aku juga yang tak putus2 bisikan syaitan yang selalu menganggu diri kita untuk leka pada khayalan buatan yang takde jaminan ISO nya. Berdasarkan pengalaman lepas banyak mengajar jugak.

Banyak lagi benda yang kita kena fikir, lagi2 siapa yang sekarang ditarbiyah dan ingin jadi Da’ie. Bukanlah bermaksud kita tak boleh bercampur dengan muslimat atau perempuan lain, kalau untuk dakwah insyaAllah(bukan bercinta ar). Klu nak study group, nak berorganisasi, nak belajar agama ker dan perkara2 yang baik, tak jadi masalah. Yang masalahnya bila bercouple…..


Islam bukanlah agama sempit tapi menjaga kesucian diri/kehormatan dan maruah.
Islam bukanlah retorik tapi agama yang praktikal dari hissi dan maknawi
Islam tidak membataskan tapi ada ruang yang disediakan iaitu pernikahan….


09 November 2008

mazhab CINTA

tabiR CinTa TaK perLu Di singkaP
ukhWah terJalin
tanpa BicaRa,
tanPa KuntumaN senYuman
apaTah lagi JasaD menErpa

raja’ di HaTI ingin BertEmu,
Mahbbah kiaN tak berdindinG,
khAuF bUKan SeMPadan,
KasiH tidaK laGi BeraLas,
Ini Semua kerNA cinta

MeraTib Cinta,meNghitUNg Dosa,
FiTRah berwarna FitNAH,
keraNA budi, dijuaL boDY
kerna itulah MAZhaB cInta zaman JAhiliyah

..........................................

BUKanLah Cinta Itu kERna sering berteMU
TapI aDalah HaTI yanG berTauT

BuKanlah Cinta I2 keRNA serinG berhubunG
Tapi aDalah Hati RinDU bersULam Kasih KepaDA ALLAH.......


putra_putri

13 June 2008

CINTA: beRcouple aTas NamA CinTa?

Ibnu Qoiyim menyatakan cinta terbahagi kepada empat dan kita perlu tahu perbezaan antara cinta tersebut.

Cinta pada Allah.
Ia tidak memadai untuk melepaskan diri dari azab Allah dan untuk mendapatkan ganjaraNya. Orang Musyrikin, Kristian, Yahudi dan selain dari mereka juga turut mencintai Allah.
Menyintai apa yang dicintai oleh Allah.
Perkara ini membawa seseorang kepada Islam dan mengeluarkannya kepada kekufuran. orang yang paling dikasihi oleh Allah ialah mereka yang paling kuat mencintai apa yang dicintai oleh Allah.
Cinta yang yang diasaskan kerana Allah dan pada jalanNya.
Ini adalah antara kemestian dalam mahabbah. kecintaan tidak akan selari dengan kehendak agama melainkann jika dijalinkan keranaNya dan pada jalanNya.
Kecintaan pada yang lain disamping mencintai Allah.
Ini yang dinamakan syirik dalam kecintaan mahabbah. sesiapa yang menyintai sesuatu menandingi cinta kepada Allah, maka cinta itu bukanlah diasaskan kerana Allah dan tidak dijalinkan mengikut jalanNya. ketika ini mereka telah mengambil sekutu selain dari Allah.
Bahagian kelima tak terlibat dengan pengertian syirik iaitu naluri semulajadi.
kecenderongan manusia kepada tabiat yang bersesuaian dengannya. contohnya; keinginan seseorang yang dahaga kepada air, seorang yang lapar berhajat kepada makanan, dan kecintaan kepada ister dan anak. semua ini tidak tercela melainkan jika melalaikan dari mengingati Allah dan menghalang dari merealisasikan kecintaan pada Allah.
oleh itu, rakan2 sekalian, mari kita fikir dan renung sejenak apa yang dimaksudkan Imam Ibnu Qoiyim dengan kecintaan dan keinginan? adakah datang dari realiti cinta pada Allah? atau nafsu semata? lagi2 bukan bercinta bukan atas tiket pernikahan?

23 May 2008

CINTA: Fitrah yang dimakan Fitnah

Islam datang membawa cinta bukan membunuh cinta. Namun Islam juga suci daripda noda cinta yang penuh dengan debu2 maksiat. fitrah manusia itu ingin bercinta dan dicintai. adakah benar cinta datang dari hati? atau datang dari gejolak nafsu yang nakal???.....
Daripada Anas r.a ., Rasulullah s.a.w . bersabda: "tiga perkara yang barang siapa mendapat teralah dia akan kemanisan iman: 1. Allah dan Rasul lebih dicintai mengatasi yang lain;
2. mancintai seseorang kerana Allah;
3. Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaiman dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka"
(hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sahabat sekalian, berikutan hadis tersebut islam mengiktiraf cinta, tetapi perlu diingat cinta pada Allah dan Rasul adalah utama, marilah kita kenal Allah dan mencintainya dahulu, melakukan amal ibadat, mewujudkan rasa takut(khauf) kepada Allah azza wa jalla. Jika kita benar mencintai Allah dan penuh kekhusyukan hati dalam menyembahnya nya, InsyaAllah kita akan terlepas dalam melakukan cinta yang mendatangkan fitnah yang mendatangkan keburukan lantas hati2 akan dikaburi titik hitam, na'udzubillah.Hati yang asalnya celik kepada Allah lama kelamaan kabur melihat tanda2 kebesaran Allah, tidak lagi bersyukur bahkan beribadat lalu terus jauh dari Allah, hanya kerana butanya cinta.......sambung lagi dalam bercouple atas nama cinta...