Filem The Matrix arahan adik beradik Wachowski (salah eja) telah membawa inovasi kepada visual perfileman...Ingat babak bullet time, babak Neo mengelak peluru daripada Agent? Ya...hanya itu sahaja yang menjadikan filem itu seronok ditonton (oleh saya).
Namun selepas meneliti beberapa dialog, dialog ini yang paling saya ingat hampir kesemuanya. Perbualan Agent Smith dan Morpheus ketika dalam tahanan.
I'd like to share a revelation I've had during my time here. It came to me when I tried to classify your species. I realized that you're not actually mammals. Every mammal on this planet instinctively develops a natural equilibrium with their surrounding environment, but you humans do not. You move to an area, and you multiply, and you multiply, until every natural resource is consumed. The only way you can survive is to spread to another area. There is another organism on this planet that follows the same pattern. Do you know what it is? A virus. Human beings are a disease, a cancer of this planet. You are a plague, and we … are the cure.
Ya, manusia mempunyai potensi yang membinasa. Membinasa alam, membinasa makhluk Allah yang lain, dan membinasa tamadun sendiri. Ibnu Khaldun pernah menekankan aspek akhlak dalam tamadun. Musnahnya tamadun bukan kerana bencana alam tetapi kerana rosak moral. Tamadun Rom adalah contoh yang paling jelas.ALLAH juga ketika mula mencipta Adam, para malaikat khuatir akan bangsa yang akan berbuat kerosakan. Namun ALLAH lebih mengetahui.
Di sebalik potensi memusnah itu, manusia juga memiliki potensi hebat dalam pembangunan dan kasih sayang. Ya, kasih sayang yang kita inginkan. Ibu mengandungkan anaknya dengan kasih sayang, Bapa membesarkan anak dengan kasih sayang. Apa namanya itu? Kita adalah makhluk yang diberi hak untuk memilih. Kita boleh sahaja menjejak langkah virus, merosakkan tempat tumpang. Kita juga boleh mengikut corak antibodi, melindung tempat tinggal.
Filem trilogi The Matrix jelas memaparkan tema kebebasan. Namun kebebasan itu hendaklah ada terasnya. Terasnya adalah kepercayaan kepada Allah jua. Semoga kebebasan yang kita miliki ini dipandu oleh akidah kita yang murni. Jangan ikut jejak langkah Agent Smith. Dia mengatakan yang ironi, menghukum manusia sebagai virus planet, sedang dirinya berganda dalam sistem The Matrix dan melumpuhkannya (dalam The Matrix Reloaded). Moderate kata orang dalam berkata-kata,adalah peringatan kepada diri sendiri juga. Wallahualam.
(nota: Saya di sini sekali lagi adalah zizularts)
2 comments:
Annasu ma'adin.. Manusia itu ibarat logam, baik ketika jahiliyyah dan baik juga setelah faham.. (faham terhdap Islam)..
we are not virus, as long as we declare ourslves as Muslim tru action..
~dan akhirnya, entry menrik dari blog ney setelh kian lama..
penambahan baik dari dhuha kat entry ni...good point,indeed.
Post a Comment