Showing posts with label kepimpinan. Show all posts
Showing posts with label kepimpinan. Show all posts

09 May 2015

(Jawi) Intisari Syarah Zara Faris_dapatan Pembina Talk Series...


Saya ada hadiri titik singgah pertama PEMBINA TALK SERIES....oleh sister Zara Huda Faris, pendebat dan penyelidik dari London MDI (Muslim Debate Initiative).
Dan satu point tu saya buat jadi dialog dalam komik ni.

Retikan diri dalam Tulisan Jawi.
Berita tentang PEMBINA TALK SERIES: baca di sini.

24 February 2015

KING OF GAMBLERS

Wa tahu orang CINA susah nak berpisah dengan judi dan botol arak. Kalau tak nak orang awam tahu, takyahlah buat terang terangan. Dan tempat dia berjudi ni di pusat komuniti DAP...
Buat apa dedahkan benda ni? Kan elok kita simpan aib orang?
Pertamanya...kita dedahkan sebab ini ahli politik, pandai berlakon. Sembang good governance lah, telus lah, bebas rasuah, tapi kaki judi...Apa yang boleh kita percaya pada kaki botol dan kaki judi? Mentadbir urusan kita? Keduanya...sesama Muslim yang patut menutup aib sesama Muslim. Kafir yang anti-Islam, kita takkan tutup.

Dan...sebenarnya...video ADUN Balakong ni diupload oleh orang Cina sendiri yang tak suka pada cara DAP. Klik ayat di bawah ni.

14 September 2014

TIANG SERI KEPADA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


Gambar hiasan...Lukisan sempena Merdeka 57 tahun. Boleh diguna untuk Hari Malaysia 16 September nanti.

Zul Fahmi Bahrudin
Penganalisis Sejarah dan Perlembagaan Malaysia
Institut Kajian ArusBaru Malaysia


Perlembagaan merupakan asas utama kepada pembentukan sesebuah Negara yang berdaulat.  Tujuan dan fungsi utama perlembagaan adalah untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil, mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah, mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat, alat untuk menyelesaikan masalah, menjamin riwayat negara bangsa serta mengekalkan keamanan dan kestabilan Negara.1

Malaysia, sebagai sebuah Negara yang berdaulat memiliki perlembagaannya yang unik, unggul dan tersendiri yang juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berdasarkan kepada dua dokumen perlembagaan terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

Terdapat empat paksi utama atau ‘tiang seri’ yang membentuk Perlembagaan Persekutuan iaitu Agama Islam sebagai Agama Persekutuan, Hak dan kedudukan Istimewa Orang Melayu, Kedaulatan Raja-raja Melayu dan juga Bahasa Melayu sebagai rasmi.  Paksi-paksi ini tidak dimasukkan secara tidak sengaja ke dalam perlembagaan melainkan adanya sejarah yang unik dan tersendiri yang membawa kepada perkara tersebut. Empat perkara tersebut telah dirangkumkan dalam sebuah perjanjian lisan yang dikenali sebagai kontrak sosial.

26 August 2014

GRUMKNM (yang tak layak ambil nama NEGARAKU)

Memang semua benda diorang nak kebas. Sampai “Negaraku” pun cuba dihakmilikkan sebagai nama gabungan NGO mereka oleh sebuah pakatan basi/baru.
Link asal: helenang


Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya berkata, penubuhan mana-mana NGO yang memiliki tujuan dan agenda khusus yang belum terbukti bermanfaat kepada masyarakat tidak boleh berselindung di sebalik nama rasmi yang menjadi milik seluruh rakyat Malaysia sejak sekian lama.
Berita penuh di sini


What is the significance of Negara-Ku, the newly formed coalition?
Why should we rejoice in the formation of another coalition that was formed among others, by the signatories of COMANGO petition?

Have we forgotten that these signatories are the same persons who had opposed the articles in the constitutions that is pertinent in the sanctity of Islam as the religion of the Federation?

We have not yet come to an agreement of what constitute the definition of racism, but we’re quick to agree to this Negara-Ku’s version.

Negara-Ku mulls racism,  in response to those who are defending the rights of majority Muslim where Syariah law and Islam position are being challenged.
[Prof Madya Dr. Rafidah Hanim, NEGARAKU and Racism: Which version, whose definition?]  



KUALA LUMPUR 13 Julai – Penubuhan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Negara-Ku oleh aktivis pembangkang, Datuk S. Ambiga dikecam kerana seolah-olah mempunyai matlamat yang sama seperti Suruhanjaya Antara Agama (IFC) iaitu memperjuangkan kesamarataan setiap agama di Malaysia.

Presiden Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, ini kerana Negara-Ku turut dianggotai tiga NGO yang selama ini memperjuangkan pluralisme iaitu Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam), Majlis Perundingan Agama Bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taiosme Malaysia (MCCBHST).

Menurut beliau, penubuhan Negara-Ku juga seakan-akan menyamai amalan agenda Gene Sharp iaitu satu aliran pemikiran barat yang menggunakan peranan pertubuhan semata-mata mahu meruntuhkan mana-mana kerajaan sedia ada terutama kerajaan Islam melalui 197 cara.
[Teks penuh di sini ]

Dan ada pula NGO Islam, IKRAM yang masuk dalam pakatan batil sebegini.
Mari, kita tegur mereka...

5) RAND understands that Moderate Islam cant possibly survive without support from less ‘radical’ Islamists. The solution is to combine numerous “civil society” institutions representing various walks of society to show power in numbers.

6) Power in numbers alone does not mean anything without influence. Thus, there needs to be support from the biggest influencer in regions where political Islam is established. These influencers are none other than Islamists NGOs.
[Teks penuh Yusri Jamaluddin, di sini]

Ahli akademik, Prof Madya Dr. Khalif Muammar pula melontarkan pendapat:
 
Saya sedih apabila melihat ada segolongan orang Islam yang turut serta dalam perjuangan sekular dan liberal orang bukan Islam.
 
Mereka fikir bahawa mereka memperjuangkan keadilan, kesetaraan dan kebebasan, dan menyangka Islam, mengikut kefahaman mereka yang dangkal, membenarkan usaha mereka. 

Mereka tidak sedar bahawa konsep-konsep keadilan dan kebebasan yang mereka perjuangkan bukan mengikut acuan Islam tetapi mengikut pandangan alam (worldview) Barat.
[teks penuh, ringankan diri untuk ke pautan ni]

Mesej copy paste dari FB Ustaz Hazizi yang memaparkan pendapat orang yang tidak puas hati dengan tindakan IKRAM...

IKRAM juga tidak boleh mengelirukan umat Islam dgn mendabik-dada menonjolkan peranan aktif dan penting mereka dlm ACCIN dan MAIM. ACCIN dan MAIM sebenarnya tidaklah bergerak sebagai badan pendesak dlm isu-isu umat. Dlm hal ini PEMBELA sebenarnya lebih kehadapan menjuarai isu-isu umat sepeti isu Lina Joy (Azalina Jailani) dan Kalimah Allah. Dan IKRAM sendiri tidak menyebut langsung penglibatan mereka dlm PEMBELA menunjukkan betapa mereka tidak bersungguh2 dlm isu-isu umat yg bertembung lansung dgn bukan Islam.

Malah selama ini pun sama ada dlm ACCIN, MAIM dan PEMBELA, NGO2 Islam mengambil sikap husnul Zan bersangka baik terhadap IKRAM walaupun semua Ngo2r Islam menyedari kedudukan Islam seperti duri dalam daging dan gunting dalam lipatan bagi perjuangan ngo2 Islam mempertahankan hak2 kedaulatan Islam di negara kita. Dan IKRAM juga tidak boleh memasukkan ACCIN dan MAIM (yg hanya dianggotai oleh ngo2 Islam) sama dgn Bersih dan Gerakan Bertindak Malaysia (yg dianggotai oleh ngo liberal dan bukan Islam yg menentang kerajaan) sebagai sebahagian dari gerakan civil society (Masyarakat Madani).

Jelas IKRAM sekrg sedang melakukan propaganda dan psywar maklumat secara keliru dan palsu demi menjustikasikan penglibatan mereka dalam ngo baru yg sebenarnya ditolak oleh majoriti ngo2 Islam.

08 August 2014

MALAYSIA Negara Sekular?


Banyaknya maksiat dan kepincangan yang berlaku di Malaysia tidak menjadikan Malaysia negara sekular,itu menandakan Malaysia jauh daripada roh Islam yang sebenar.
Orang PAS dan Islamis apologetik sering laungkan "Islam rahmatan lil alamin" kena disekolahkan bahawa Islam menjadi rahmat kepada semua apabila seluruh aspek Islam ditegakkan. Jangan menipu diri sendiri dengan membawa keadilan itu sebahagian daripada Islam, poilitik dan Islam tidak terpisah....dan alasan beribu untuk mengelat.

18 March 2014

Bass dan rentak muzik....ke alam lainlah dia

Future Music for Asia punya kes....
Kerajaan nak buat apa dengan belia? Musnahkan aset negara?
Belia yang mabuk hiburan tak ke mana....rosak kepimpinan.

17 October 2013

HIMMAH

Dipetik daripada buku tulisan Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman merangkap Presiden ISMA yang bertajuk: PERINGATAN BUAT HATI YANG LALAI.


31 August 2013

MERDEKA 56 Tahun: Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku

Peringatan untuk kita semua:
1) Meminta bantuan dari pihak asing ada harganya...
Harganya amat sakit untuk dibayar dalam bentuk kedaulatan tanah air diambil orang asing.
Seperti mana yang berlaku dalam Perang Larut.

2) Perjuangan menuntut kemerdekaan sering gagal bukan kerana kekuatan pihak penjajah. Tetapi daripada pengkhinatan daripada orang kalangan bangsa sendiri.

3) Kemerdekaan adalah impian kita semua. Fitrah setiap insan.

4) Kemerdekaan paling tinggi dalam manusia, walaupun paradoks (ironi yang realistik),
amatlah membahagiakan:
Keluar daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah. Daripada kezaliman kepada keadilan Islam.

Dan tontonlah video 23 minit dari MediaIsma. Video yang telah menyakitkan hati Malaysian Insider. Itu yang bagus. Biar kena senak kat perut.

SALAM MERDEKA KE 56 TAHUN!


30 March 2013

KENALI 4 ALASAN TIDAK UPDATE BLOG.

Awal pagi sebelum majlis pelancaran Arus Baru, pada 9 Mac 2013 yang lalu.


Adakah gambar di atas tiada kena mengena dengan tajuk blog? Anda kena ikuti tulisan ini sehingga habis.  Kenali lima alasan tidak mengemas kini blog? Bukanlah kerana saya sudah berlagak macam Internet Marketer (IM). Walaupun saya ada berkawan dengan beberapa IM yang mana melalui mereka ini saya sudah ada slot dalam KomikNiaga. Bukan sebab bayaran...namun untuk konsisten dengan satu projek berkala.

Lalu bagaimana saya melihat keadaan blog yang sudah lama tiada tulisan baru? Dengan melihat pada keadaan diri saya sendiri dan keadaan negara masa kini. Ingat, ini hasil dari muhasabah sendiri...bukannya dipetik dari mana-mana buku. Hasan al-Bana, pengasas Ikhwanul Muslimin tidak sempat menulis buku. Hanya risalah-risalah yang ditinggalkan buat kita semua. Dan koleksi risalah itu kemudiannya dikenal sebagai Majmu' Rasa'il.


1)  FACEBOOK

 Ini memang punca paling jujur kenapa saya jarang menjenguk blog. Banyak luahan dan perkongsian dibicara di laman sosial FB. Namun, sampailah masa saya dapat e-mel yang saya subscribe daripada pihak Majalah Niaga, bahawa perniagaan melalui blog masih menguntungkan jika tidak lebih lumayan daripada FACEBOOK. Saya pecahkan rahsia...Kos iklan untuk blog lebih murah daripada Facebook. 

Meskipun buat masa terdekat ini saya tidak menceburkan diri dalam pemasaran internet (belum lagi), saya lelah dengan FACEBOOK. Fokus saya banyak hilang, agenda saya pun entah ke mana. Dengan blog, saya boleh memfokus pada penulisan. Jadi, untuk diri sendiri dan pengunjung di luar sana, saya mehu letak KIV dua pos dalam masa sebulan. Insya-Allah, mungkin berkongsi petua bisnes dari rakan IM saya. 

2) WRITER'S BLOCK

Ini pun satu alasan. Mahu menulis tapi tiada idea penulisan. Untuk saya, dua kali ganda. Writer's block....dan art block. Saya pun kena benda alah ini juga. Writer's block... di blog ini kita tidak boleh menaip macam FACEBOOK. Di laman muka buku, anda boleh meluahkan perasaan hati anda, anda boleh gedik-gedik macam letak status "iewww, x cuyunk kitew" mahu pun letak muka itik. Di blog, hasilkan tulisan bermanfaat. Promosi barang pun tidak mengapa. Kemudian, saya teringat prinsip Rebecca Ilham..."Tulis sahaja"

Biar tangan kita lebih gatal-gatal untuk menulis...dan melukis. Namun kenapa guna cara tulis/lukis sahaja saya masih lambat menerbitkan hasil? Senang, pembaca mahu menikmati hasil, saya mahu menikmati proses.

Itu tanda saya benar-benar peduli dengan karya saya, lukisan mahu pun tulisan. Tapi ini saya khususkan pada lukisan komik. Namun saya sudah meletakkan tarikh luput kerja...Macam untuk KomikNiaga, saya akan tepati tarikh akhir hantar karya seboleh mungkin. Alhamdulillah...setakat ini tidak tersasar lagi. Cuma terbitan edisi ke-11 ini yang tersasar. Yang itu bukan salah saya. Juga tiada selera untuk salahkan penerbit. Mereka dah editor baru. Proses ambil alih ni bukannya mudah. Sudah dinamakan proses, mestilah mengambil masa. 

Ada waktu kita terlalu mengharapkan kesempurnaan.
Inilah yang menjadikan hasrat menulis/melukis tertahan-tahan. Maka sekarang saya lukis dengan berharap lebih kerap melukis, lebih cepat kualiti lukisan saya meningkat. Secara matematiknya, munasabah. Saya akan aplikasi pada blog ini pula. Dengan lukisan.

3) SIBUK

Alasan ini juga popular. Memang tiada penawar yang benar-benar berkesan pada alasan ini. Saya pun hairan, macam mana penulis Lydia Teh boleh hasilkan blog untuk bukunya. Dan apabila buku itu terbit, blog itu ditutup untuk mendorong orang membeli bukunya.

Buat pengetahuan, Lydia Teh adalah penulis buku pasal kehidupan rakyat Malaysia. Saya ada satu buku tulisannya: HONK! IF YOU'RE MALAYSIAN! Buku Bahasa Inggeris yang saya pernah beli secara rela hati. Mata penulis ini memang tajam ya? Boleh mengulas rutin orang Malaysia begitu sekali.

Yang ini, antara hendak tidak hendak sahaja. Mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih.  

4) TRAFIK

Trafik pengunjung pos yang tidak memberangsangkan juga penyebab pada tiada kemas kini blog. Bukan pada trafik pengunjung sebenarnya, tetapi pada pemilik blog itu sendiri. Saya yang membiarkannya berhabuk, tulisan tidak berkualiti, dan biasa-biasa sahaja kupasan isunya. Apa pun, saya sekarang menggemari tulisan pasal sejarah. Yang ini saya boleh faham kenapa masa sampai berbulan-bulan untuk menunggu artikel baru. Kerana sejarah bukannya topik yang mudah dihadam. Kita berbicara tentang asal usul kita sendiri. Di mana mula jejak kita. Maka, saya cadangkan tulisan berkenaan sejarah juga kena dikerapkan lagi. Barulah ada kelainan.

Jadi, apa yang menjadikan blog ini berlainan? Tidak banyak kelainan, hanya sedikit sahaja. Perbezaan melampau jangan sampai jadi terlalu aneh. Kontroversi sekali-sekala, itu sebagai tanda keberkesanan propaganda.

Jadi, ingat ini. Berkualiti dan kelainan. 

5)  KURANG PENGETAHUAN

Saya mengaku kurang berpengetahuan tentang blogging. Ini benar.  
Tanpa perlu berkias kata lagi, saya kena tambah pengetahuan. Anda juga para pembaca. Dan mencapai kefahaman. 


Akhir sekali, 
saya sekarang (bersama ahli ISMA yang lain) berusaha menyampaikan seruan ARUS BARU yakni memilih calon muslim yang berwibawa. Tidak sukar mahu fahami benda ini, kecuali puak yang ada kepentingan. Inilah mahu kontroversi sedikit. Kejutan perlu, teguran keras perlu selepas teguran secara baik tidak diterima oleh pihak yang ditegur. Nasihat kasar, tapi bukan menghina peribadi. Tiada ayat lucah di sini.

Jadi, buat soalan di atas, gambar itu untuk tunjuk sedikit aktiviti saya sejak bahang PRU mula terasa. Sekarang dah terasa.

 

05 November 2010

Malcolm X:JASADNYA MATI, PERJUANGANNYA HIDUP

Bila disebut Amerika, orang Amerika, atau Americans...Kita terbayangkan mereka yang maju material, perangai senonoh tiada dalam hidup orang Amerika. Sampai ada quote ini: sebesar-besar taghut adalah Amerika. Tapi akhirnya saya ditemukan dengan satu kisah tokoh Muslim Amerika yang gigih dengan mesej perjuangannya.

Itu Malcolm X. Dan ini mesejnya selepas kembara rohani di Tanah Haram:" Saya bukan rasis dalam apa bentuk sekali pun. Saya juga tidak percayakan sebarang diskriminasi dan perbezaan. Yang saya percayakan hanyalah Islam."

Sedari kecil sebagai Malcolm Little yang memberontak, membesar menjadi kaki pukul, kemudian dipenjara. Kemudian bertukar identiti ke Malcolm X setelah bertemu dengan Elijah Muhammad, Presiden Nation of Islam.

Sebagai Malcolm X, meskipun Islamnya sudah disaksikan beliau lantang menyatakan pendapat radikalnya pada orang kulit putih, hingga menggelar mereka "syaitan". Sepanjang keberadaan beliau dalam Nation of Islam, Malcolm X seperti "anti kulit putih".

Namun, takdir Allah jua lebih berkuasa. Selepas menunaikan haji (di Mekah tentunya) pada 13 April 1964, pandangan radikal Malcolm X berubah 360 darjah, apabila beliau makan bersama, minum bersama, bahkan berihram bersama golongan yang digelarnya syaitan dahulu.

Usai kepulangannya dengan pendirian baharu dengan nama baru yakni El-Hajj Malik Asy-Syabaz, beliau memperjuangkan isu yang lebih besar daripada kisah penindasan kepada golongan Afro (African American) ini. Beliau membawa mesej, jika manusia boleh menyembah Yang Satu, tentulah di situ manusia boleh Bersatu.
Perubahan ini membuatkan ramai orang dari Nation of Islam dan wartawan kulit putih tercengang.

Perjuangan yang murni tentu sahih sucinya apabila ada penentangan, dan hayat Malik Sy-Syabaz di dunia tamat pada 21 Februari 1965. Beliau ditembak mati oleh tiga lelaki Negro, sebelum bersiap untuk berucap di Hotel New York. Dan kisah hidup Malik Asy-Syabaz menjadi inspirasi kepada rakyat Amerika dalam banyak sudut, yang mencetuskan Wallace Muhammad, anak Elijah Muhammad untuk mengembalikan ahli Nation of Islam kepada ajaran Islam yang asal.

Allah, begitu besar jasa tokoh ini. Dibandingkan kita dengan tokoh ini yang seharian menghadapi karenah bukan-bukan oleh rakyat Amerika dan kerajaannya, jauhnya amat jelas sekali. Justeru, mari kita bersama dengan Muslim Amerika untuk mencintai Islam dan menegakkan kebenaran. Allahu Akbar!

26 September 2010

BAKAR QURAN: RESPON AHMADINEJAD

Berikutan hebah isu satu dunia pasal Al-Quran nak dibakar di gereja kecil di Florida (sempena ulang tahun 9/11), banyak pihak menyelar tindakan itu. Tapi, sebagai respon kepada tindakan tersebut, adakah membakar Bible dimasukkan dalam senarai? Orang yang waras pastinya boleh berfikir.

Dan ini petikan ucapan Ahmadinejad dalam Sidang PBB pada 24 September lepas menyentuh isu bakar Quran ini. Quran adalah kebenaran, kebenaran tidak mungkin dapat dibakar. Sebarang tindakan menjauhkan jurang antara negara, dan masyarakat adalah satu perkara yang jahat, batil lagi.

Mungkin saya boleh tunjuk dalam petikan asal ucapan beliau seperti berikut. Harap pembaca dapat berfikir dengan kritis. Dan tidak, saya tidak taksub kepada beliau.

Ladies and Gentlemen,
Very recently the world witnessed the ugly and inhumane act of burning the Holy Quran.

The Holy Quran is the Divine Book and the eternal miracle of the Prophet of lslam. It calls for worshipping the One God, justice, compassion toward people, development and progress, reflection and thinking, defending the oppressed and resisting against the oppressors; and it names with respect the previous Messengers of God, like Noah, Abraham, Isaaq, Joseph, Moses and Jesus Christ (Peace be Upon them all) and endorses them.. They burned Quran to bum all these truths and good judgments. However, the truth could not be burned. Quran is eternal because God and truth are everlasting. This act and any other act which widens the gap and distances between nations is evil. We should wisely avoid playing into the hands of Satan. On behalf o f the Iranian nation I pay respect to all Divine Books and their followers. This is the Quran and this is the Bible. I pay respect to both o f them.



11 August 2008

PRINsip YANG dIAnggAp PenenTANG

PRINSIP ATAU MENENTANG???

KEPIMPINAN bukan satu KEMULIAAN tapi satu AMANAH
KEPIMPINAN bukan satu KESENANGAN tapi satu TANGGUNGJAWAB
KEPIMPINAN bukan satu KEBANGAAN tapi SATU PERTANYAAN D AKHIRAT KELAK…..

Bukan rintihan tapi satu reality kepimpinan bagi siapa yang ingin bawa Islam…

Kami yang di beri mandat berdasarkan Firman Allah s.w.t. “ Kami telah mengatur kehidupan duniawi mereka dan kami tingkatkan kehidupan setengah2 mereka, agar sebahagian mereka boleh memimpin sebahagian yang lain dan bahawa rahmat Tuhanmu lebih baik daripada segala apa2 yang mereka kumpulkan”(Al-Zukhruf:32)

Rakan2 sekalian, bagi seorang pemimpin dalam satu organisasi wajib kita menggariskan matlamat, tujuan, dasar/prinsip dan perancangan. Matlamat dan tujuan kemana organisasi akan pergi, apa yang ingin dicapai dalam tahap2 masa tertentu. Supaya organisasi tidak sesat malah tersalah jalan. Contoh Jabatan Perancangan dan Pembangunan melakukan tugas2 audit dan kewangan sedangkan i2 tugas Jabatan Kewangan. Dasar dan prinsip ini memainkam peranan penting. Organisasi yang tak berprinsip umpama lalang yang ditiup angin, ikut sahaja kemana….Prinsip inilah sering diangap menentang!!!

Saya selaku Yang Di-Pertua ingin menjawab persoalan dan Tohmahan pada pimpinan JAKMAS saya:

1) Kenapa band konsert di Kolej Kediaman E perlu diberhentikan?
Jawapan: (a) Bising. Konsert yang diadakan terlalu bising sehinggkan boleh sampai ke blok2 pelajar. Sedangkan dalam AUKU senditi melarang kita berbuat bising. Sebab kedua, Kolej Kediaman adalah tempat penginapan,bagaimana kita boleh menganggu orang sedang study dan tidur? Bagimana dengan orang yang melakukan ibadah seperti solat? Rasulullah s.a.w. sendiri melarang orang yang membaca Al-Quran sehingga boleh menganggu orang yang sedang solat.

(b) Batas2 Hiburan. Kita bukan anti hiburan, seni adakah fitrah manusia, masakan kita boleh bunuh hiburan sedangkan ia datang dari Allah…………Jumhur ulama’ menghalalkan mendengar nyanyian tetapi berubah menjadi haram dalam kondisi berikut: 1)jika disertai kemungkaran. 2)Jika dikhuatirkan menimbulkan fitnah. Seperti menimbulkan cinta berahi pada wanita atau sebalik nya. 3) Jika menyebabkan lalai dan meninggalkan kewajipan seperti meninggalkan solat dan menunda2nya. Percampuran lelaki dan perempuan yang tak dikawal yang menyebabkan kemaksiatan, perempuan yang menyanyi adalah makruh dan haram jika menimbulkan cinta berahi boleh jatuh haram.

2) Kita kan pelbagai Kaum?
Jawapan: jika kita tak menghormati rakan non-muslim kita, maka kita menidakkan Firman Allah, yang menjadikan kita pelbagai kaum dan berbangsa2, dalam Surah Al-Hujurat:13…kita meraikan non-muslim bukan dengan hiburan yang melebih…ternyata kaum yang lain tidak ramai yang hadir. Pelbagai kaum bukan alasan, semua agama anjur berbuat kebajikan dan kebaikan..bukankah itu lebih baik bagi kita, lagipun semua anjuran melibatkan semua kaum. Ingatlah Islam sudah menggariskan apa sahaja yang kita ingin buat, sesuai dengan fitrah manusia, Firman Allah “ Dan sesungguhnya inilah jalan yang aku dah tetapkan, maka ikutilah…”(Al-An’am: 153)


Rakan2 sekalian, kami JAKMAS E bukan menetang tapi i2 prinsip kami, boleh menganjurakan tapi ada syarat2nya….
Setiap amanah yang kita pikul pasti ditanya di akhirat kelak…tugas2 utama pemimpin yang beragama islam telah digariskan Allah, “Orang2 yang jika kami beri kedudukan di bumi mereka melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan kepada Allah-lah kembali segala urusan”(Al-Haj:41)

Setiap apa yang diamanahkan pada kita, pasti ditanya Akhirat kelak…..