Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

06 August 2015

SAYA CONTENG, SAYA CATAT pasal TPPA



Mahu tidak mahu, isu TPPA ini tidak lari daripada percaturan geopolitik antara
China dan Amerika Syarikat.

Dalam TPPA ada satu peruntukan.
Peruntukan yang dikenali sebagai Investor-State Dispute System (ISDS) ini membolehkan syarikat asing untuk menyaman kerajaan tempatan melalui tribunal atau institusi kehakiman antarabangsa tanpa perlu melalui mahkamah tempatan.

TPPA adalah senjata bahaya terhadap ISLAM!

Jangan lupa pula, tanda tangan petisyen Bantah TPPA di laman www.janganjualnegara.com

SAYA CATAT, SAYA CONTENG


Nota macam...apa benda lah yang budak Zizul Arts ni nak buat.
Ni sebenarnya nota untuk diri sendiri. Macam-macam perkara penting saya catat dalam lukisan.

24 July 2015

KOLEKSI KARYA RAMADHAN (Sesi 1)


Ini hanya dirasai oleh hambaNYA yang ikhlas dan bersabar. Ujian yang besar (berpuasa sehari suntuk) hilang sekelip mata dengan nikmat yang kecil (tapi bermakna) sebesar kurma/tamar.

Diambil dari tulisan Ustaz Syed Ahmad Isra', bekas Pengerusi ISMA Mesir.

KOLEKSI KARYA RAMADHAN


Tahun ini PEMBINA jadi lain sikit, guna tema Ramadhan Titik Perubahan.
Khazanah yang berharga begitu kami bawakan pada waktu paling indah,
waktu umat Islam menunaikan ibadah puasa, terawih, witir bahkan ibadah Lailatul Qadr.

Alhamdulillah, bila ingat balik komik ini. Saya benar-benar menepati janji pada
mesejnya: Saya sudah ringan badan untuk kekal berjaga selepas Solat Subuh. Dan berjemaah pula tu.

24 April 2015

FAKTA CONTENG dan DINOSAUR itu Bukan T-REX


Ku tahu pengetahuan awam pada dinosaur adalah sangat kuno. Banyak lagi dinosaur bidepal selain Tyranosaurus Rex. Albertosaurus, Gorgosaurus, Majungasaurus, Utahraptor, Diplodocus, Guan Long, dan Carnataurus (Carnos) Haryani sendiri.

18 April 2015

ڤرڬي فرماسي


KOMIK NIAGA : Tulip bancruptcy



Yang ni saya buat cepat. Dan yang inilah pertama kali saya melukis cara digital. Yang tak bestnya, karya kali ini yang terakhir untuk Komik Niaga. Sekarang dia dah merge dengan Majalah Niaga. Saya doakan yang terbaik untuk krew Majalah Niaga.

Erin sebut sekali lalu pasal kisah bunga tulip yang jadi bunga kebangsaan Belanda. Ada kisah pilu di sebalik tulip.

Soalan yang saya tanyakan, adakah anda mahu saya teruskan komik Erin dan Aimie ni?
Boleh letak di ruangan komen atau PM saya di Facebook Azizul Shaharudin (Zizul Arts)

03 March 2015

#Parodi Suamiku Encik Sotong

ENCIK SOTONG BETUL_BETUL KEPALA SOTONG
Untuk mengelakkan konotasi negatif, saya pun tukarlah pada KAWANKU ENCIK SOTONG

HARYANI JATUH SAKIT...JATUH SAKIT...JATUH SAKIT ( irama London Bridge is falling down)

Beberapa kawan yang saya kenal dah kena denggi. Alhamdulillah, kuat semangat mereka dan sembuh juga akhirnya. Dengan izin Allah juga.
Jadi, jika ada simptom demam, sakit sendi, dan cirit birit....cepat-cepatlah pergi hospital. Minum air sebanyak yang boleh.

04 February 2015

YANG LAMA JUMPA YANG BARU


Saya teringat ke watak pertama. ERI. Watak muslimah yang pertama. Dia ada banyak ciri yang ideal. Bijak, comel, dan bersopan. Kelemahan dia cuma main game je. Sekarang tak lagi...lima tahun kemudian, ERI dah kahwin, dah bekerjaya.

Generasi baru ialah Haryani. Daripada buat watak muslimah yang stereotaip comel...Saya jadikan dia..kurang comel. Kening takde, senyuman yang menakutkan dan selalu muka masam (sebab kening takde). Dan percakapannya yang selalu menyindir.

Bila dah bertemu....ERI terkejut...bahawa Haryani ni sangat cute. Cute tang mana, HARYANI tidak tahu.

09 January 2015

GOOGLE SEARCH TUTORIAL FOR SIN CHEW DAILY EDITOR


1. Di ruang atas, taip "www.google.com"

2. Dah sampai ke enjin carian Google, taip di ruang search dua perkataan berikut,
"isma", "banjir". 

3. Ikut dua langkah mudah ni. Kecuali anda tak faham bahasa Melayu. Yang mana itulah perangai ultrakiasu.

Pada waktu yang lain, cuba tanya kat mana Bang Non KETUM Pakatan Rakyat masa orang tengah derita akibat musibah banjir.


15 December 2014

Komik Jawi

كوميق جاوي
ملاوات تاڤق واريثن بوديا