26 March 2009

Bahasa JIWA Bangsa, Ilmu, Akhlak NYAWA bangsa


Bahasa mencerminkan imej orang Melayu dan Malaysia. Bahasa melayu juga pernah menjadi satu ‘lingua franca’ satu ketika dahulu, ini kerana tanah Melayu ketika itu sangat terkenal dan menjadi tumpuan pedagang seantero dunia.

Namun kini, ia menjadi bahasa minor di dunia, yang di guna pakai oleh kita-kita je. Akhirnya kita terpaksa belajar dengan menggunakan bahasa asing di bumi sendiri. Kebanyakan pihak kini secara terbuka menentang PPSMI. Lagi lantang dengan mengadakan demonstrasi.

Tidak kurang juga cakap2, “melayu akan hilang di dunia”, “PPSMI perosak bangsa” dan lain2 lagi. mereka yang menentang juga mempunyai pandangan dan fakta. Contohnya, setelah lama PPSMI di jalankan hanya 4% menguasai Bahasa Inggeris.

Pandangan putra_alkahfi..

Kita perlu melihat perkara ini lebih jauh lagi.
1) Sebab kenapa Tun Mahathir Mohamad mencadangkan perkara ini dan dijalankan suatu ketika dahulu. Dan setahu saya majoriti setuju?....pandangan saya, kita orang Melayu sebenarnya sudah jauh ketinggalan dari segi ilmu sains dan matematik. Saya teringat zaman ketamadunan Islam di Sepanyol(Abad ke 8 dan ke-13) dan ketika itu Eropah mengalami Zaman Kegelapan(dari segi ekonomi, pembelajaran hatta pengurusan diri mereka pun sangat teruk).

Tika itu juga disebutkan Victor Robinson “Eropah bergelap pada waktu malam, Cordova bercahaya dengan lampu, Eropah kotor, Cordova membina 1000 tempat mandi, Eropah dipenuhi serangga, penduduk Cordova menukar pakaian dalam setiap hari, jalan2 Cordova bertar, Istana Eropah dipenuhi lubang asap di bumbung, tokoh2 Eropah tidak tahu menandatangi nama sendiri, anak2 di Cordova sudak ke sekolah, tokoh2 agama di eropah tidak tahu membaca risalah kristian, ulama’ Islam sudah membina kutubkhanah (perpustakaan)yang besar”.

Maka orang2 Eropah berhijrah pergi belajar dengan orang2 Arab yang pandai. Mereka mempelajari bahasa, menguasai dan balik mengajarkan serta mempraktikan ilmu2 yang dipelajari. Akhirnya mereka kini sudah jauh ke depan.

Saya tak samakan orang Melayu dengan orang Eropah satu masa dahulu. Tapi iktibarnya !!! Orang Melayu perlu belajar balik dari bawah sebab ilmu Sains dan Matematik telah dikuasai bangsa lain. Lagipun kita bukan belajar budaya mahupun akhlak mereka tapi ILMU mereka.

Tak salah kita belajar bahasa asing untuk mempelajari ilmu mereka. Lagipun negara kita memang menghantar pelajar ke luar negara untuk program2 profesional(kedoktoran, kejuruteraan, ekonomi dan ilmu2 agama). Sebab kita sendiri tak dapat nak kuasai semua ilmu.

2) Jika kita nak Bahasa Melayu di ajar di peringkat sekolah, biar semua sistem pembelajaran dan pendidikan di Universiti juga dalam bahasa Melayu. Macam di Jepun.

Dalam fikiran saya, mampukah buku2 kejuruteraan, kedoktoran, ekonomi dan pskologi dan ilmu saintis diterjemah dalam bahasa melayu?? Klu sedikit buku-buku yang diterjemah, maka ilmu yang kita peroleh terbatas dan sedikit sahaja yang kita dapat sedangkan mahasiswa perlu banyak buat rujukan.
AMAT SUKAR bagi pelajar2 sekolah yang belajar ilmu sains dalam bahasa Melayu selepas itu ke alam Universiti mempelajari dalam bahasa Inggeris. ‘term’nya tak sama. Lebih2 lagi pelajar pedalaman Sabah dan Sarawak.

Kebanyakan Universiti masih menggunakan pensyarah luar negara untuk mengajar, rata2 mengguna bahasa Inggeris, fikir dan kajilah..

3) Kenapa kita perlu ke belakang lagi?? Sedangkan kita sudah ke depan dan sudah pun memilih bahasa Inggeris dalam pengajaran di sekolah2. Buku2 teks dan latihan sudahpun ditukar dalam bahasa Inggeris. Berapa kos lagi diperlukan lagi untuk menukar semua buku2 teks? Bahkan wang dan duit tadi boleh disalurkan untuk pembelajaran pelajar2 di sekolah. Dalam kegawatan ekonomi yang melanda, pelajaran dan pendidikan adalah aset yang perlu diselamatkan supaya pembelajaran tidak terjejas.

4) Tidak salah kita mempelajari banyak bahasa. Bahkan itu mencambah akal pemikiran manusia. Bukankah kita berasa senang dan suka dengar jika bangsa lain boleh berbahasa Melayu. Begitu juga dengan bangsa lain. Di situ boleh memupuk perpaduan di antara kita.

Saya teringat kata2 Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Harun ketika merasmikan Minggu Suai Mesra di Universiti Malaysia Sabah pada Julai, 2008. Seorang mahasiswa menanyakan soalan tentang bagaimana kita mengembangkan Bahasa Melayu ke seluruh dunia. Beliau menjawab, kita perlulah menguasai bahasa lain dahulu sebelum kita mengajarnya. Betul juga, bagaimana kita nak mengajar orang bahasa asing sedangkan kita tidak tahu maksudnya???. Adakah cukup kita bercakap bahasa Melayu sahaja? Kita perlu tahu maksud bahasa Melayu dan juga dalam maksud bahasa asing tersebut, barulah mereka faham.

Namun saya bukan hanya memberi kritikan tetapi saya ada beberapa cadangan solusi dalam menyelesaikan masalah ini.

1) Jika pelajar2 sukar memahami PPSMI dalam kelas, kenapa tidak diadakan kelas2 tambahan? Kepada pelajar yang kurang memahami dan mungkin perlu nilai balik adakah pengajaran sekarang menarik minat2 pelajar untuk mudah memahami tentang sains dan matematik???

Subjek sains contohnya lebih difahami dan tertarik jika ada praktikal atau benda yang di ajar itu dilihat dalam makmal atau video, bukan teori semata. Matematik pula memerlukan latihan yang kerap, dan paling penting kefahaman pelajar.

2) Beri percuma setiap kelas di dalam bilik2 darjah, surat khabar berbahasa melayu dan bahasa Inggeris. Ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan pelajar2 tetapi peningkatan penguasaan kedua2 bahasa.

3) Bahasa melayu itu indah. Senikan di sekolah2. Contohnya menekankan aspek penulisan, puisi, cerpen dan pidato. Mengadakan pertandingan kerap pertandingan pantun, menulis esei, pidato, puisi dan sajak. Mengadakan pertandingan diperingkat kecil2 pun tidak mengapa, antara bilik darjah, kerana ini mengasah bakat dan akal pelajar.

Saya orang Melayu, saya juga cintakan bahasa Melayu tapi saya lebih suka jika orang Melayu dapat meningkatkan kualiti dalam diri orang Melayu. Kenapa kita tidak memperjuangkan nasib bangsa Melayu?? Nasib orang Melayu yang ramai di bawah paras kemiskinan tegar, pelajar2 melayu yang terbabit gejala buli, dadah, rokok? Gadis2 yang belum bernikah yang sudah mengandung? Orang melayu yang terbabit dengan gejala rempit? Kenapa kita tak perjuang nasib orang melayu yang mundur ini dan banyak masalah ini. Jika kita bangga dengan bahasa sekalipun tapi AKHLAK dan ILMU kita agak rendah, siapa yang nak bangga dengan kita???

Dimana adat orang melayu? Yang beradab dengan orang tua bila bertemu, bercakap? Bukankah kita kaya dengan adab saling menghormati tapi budaya barat dicontohi??? Itu yang patut kita tekankan dalam pengajaran anak2 di rumah. Ramai lagi yang meniru gaya barat dari bercakap bahasa Inggeris. Yang perlu takut juga adalah budaya barat yang teruk dari segi pakaian dan cara hidup yang berlandaskan nafsu dari mereka berbahasa Inggeris.

Bukankah kebanyakan orang Melayu beragama Islam sepatutnya melayu lebih hebat sebab “Al-islamu ya’lu wala yu’la ‘alaih” maksudnya Islam itu tinggi tiada lebin tinggi lagi. jika Islam jadi pegangan, adab melayu jadi amalan maka hebatlah orang Melayu.

Kesimpulan, kualiti bangsa terletak pada ILMU dan AKHLAKNYA. Akhlak Rasulullah yang baik selaras dengan apa yang diperkata itu menarik ramai orang memeluk Islam, itu lah tarikan yang kuat. Pada ilmu pula, lihat Zaman Khulafa’ Arrasyidin, Abbasiyah, Umaiyyah dan di Andalus…orang Islam sangat dihormati dan digeruni dengan mempunyai 2 kekuatan material dan ilmu yang sangat tinggi sehingga masyarakat lain menggeruninya. Kekuatan melayu bukan terletak pada dasar kerajaan seluruhnya tapi terletak pada bahu orang melayu masing2. saya yakin orang melayu jika baik pegangan agamanya, orang Melayu akan kuasai ekonomi, perundangan, ketenteraan, pendidikan dan lain2...semuanya tidak mustahil...

1 comment:

Deana said...

salam..

setuju dgn p'dpt yg dikemukakn.sedihnya skrg, lbh byk budaya barat yg negatif dr ilmu barat yg positif. pdhal, kalo difikir2kn semua ilmu itu ILMU ALLAH jua.

bkn x syg bangsa smpi nak guna bhs asing (BI) tp krn sygkn nusa dan bangsa lah kita kena pelajari ilmu2 wpun dr bhs asing jikalau ianya sgt bermanfaat.
wallahu ahlam.