14 February 2009

Bisa – Bisa Cinta



Hukama pernah berkata “Untuk bahagia, cintailah sesiapa yang menyintai anda, bukan sesiapa yang anda cintai”

Lembaran kali ini sesuai dengan kehangatan ‘hari kekasih’ sama sekali tak valid dalam islam. Saya cuba untuk memperingatkan couple2 di luar sana tentang ‘hari kekasih’ ini. Banyak peristiwa/cerita nak kongsi.

Banyak versi tentang valentine day ini, namun bukan saya nak cerita tentang valentine day ini. Ini sama sekali tidak dapat dicegah jika masih ada orang2 yang menjadi hamba nafsu semata2.

Manusia yang hidup bernyawakan nafsu cinta ini, bukanlah menjadikan Allah sbagai kiblatnya tetapi cinta manusia jadi remote controlnya. Mana tidaknya, jika pasangan ini bahagia(tiada masalah macam salah faham ker, cemburu ker atau lain2), bahagia mereka tampak di wajah mereka seperti senyum tak kena tempat(tengok cerita sedih pun masih senyum), maklumlah nampak buku ingat kekasih, tengok cermin nampak kekasih sampai tengok mangkuk tandas pun ingat kat girlfriend. Ish2….hebat cinta diorang ini…mere mohabbat he! = segala2nya kerana cinta(ayat filem Hindustam)

jika ada masalah dalam hubungan(cemburu, gaduh2, sms tak berbalas, kol tak angkat), gelisah, marah, skit punya hal pun nak marah, nak gurau lagi lah tak boleh, mula lah keluar ayat2 mandi pun tak basah, makan pun tak kenyang(tak baca bismillah tapi depan awek buat2 baca doa makan sikit punya panjang), ini semua lakonan manusia yang pengarahnya tak lain tak bukan syaitan laknatullah.

Kawan saya pernah tanya, macam mana nak nasihat orang bercinta???

Bijak pandai pernah berkata, “Jangan dibawa berbincang tiga golongan manusia. Pertama, yang sedang lapar, kedua, yang sedang sakit, dan ketiga orang yang mabuk cinta”.

Orang2 yang lapar hanya memikirkan perutnya. Orang yang sakit hanya memikirkan sakitnya tetapi bagi orang yang sedang mabuk cinta, mereka beranggapan mereka berada di awang2an seperti orang lain tidak nampak mereka buat. Lihat saja, di dalam bas, komuter couple2 ni tak segan silu bercumbu(saya pernah lihat bulan pose lagi tu), berpelukan seolah2 tiada perasaan malu. Belum tentu mereka menjadi suami isteri, mahukah kita menerima orang yang ‘second hand’??? jangan jadi habis madu sepah dibuang dah lah…

Sabda Nabi s.a.w. bersabda:

Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat Al-Bukhari)

Sesiapa yang tidak malu pada manusia, maka dia tidak malu dengan Allah(Riwayat At-Tabroni)

Nak nasihat orang bercinta ni, bila dia putus cinta(bukan nak doakan tapi bila cinta bukan atas dasar kerana Allah pasti tak kekal lama)… dari situ la, kita bina tauhidic mind set diorang. Bila ada orang akidah dalam diri mereka mereka akan cuba elak dari melakukan perkara2 tak elok(kalau takut buat jugak benda tak elok, JANGANLAH BERCINTA, SIAPE SURUH!!)

Versi cinta ala Bollywood dan Hollywood ini menjadi2 di kalangan rakan2 yang mengaku muslim tapi budaya hidup mereka tak ubah macam orang barat.

Kata pantun;

Nasi lemak buah bidara,

Sayang selasih hamba lurutkan,

Buang emak buang saudara,

Kerana kasih hamba turutkan…

Saya akui semua perasaan ini ada pada kita, tapi kawallah, lagi afdhal tak bercouple.

Nabi Adam a.s pun kesunyian dan inginkan teman disyurga, lalu Allah menciptakan Siti Hawa sebagai pasangan baginda… rasa cinta pasti ada… pada makhluk yang bernyawa.

tapi jangan jadi ia sebagai hijab kita beramal dengan amalan ahli syurga…

1 comment:

Ukhti Masnah said...

saya sangat2 setuju dengan pandangan akh hairul...
hmmm, yang penting kita yakin pada Allah seperti firmanNya dalam surah an-nur..
nak cari teman yang baik, kita kenalah jadi yang baik dulu kan..
syukran..ya akh..