10 April 2009

Kabinet Baru Harapan Rakyat..




KABINET BARU HARAPAN RAKYAT..





Selesai sudah upacara mengangkat sumpah 28 menteri dan 40 timbalan menteri. Tahniah kepada menteri yang di amanahkan…sempat saya menonton Buletin Utama tadi, Tun Dr. Lim Keng Yaik berkata jangan anggap mandat yang diberikan satu kelebihan sebaliknya perlu bekerja untuk rakyat..saya setuju dengan kata-kata tu..



Seorang yang diberikan amanah bukanlah berbangga duduk di atas nama menteri dan jawatan yang dipegang sebaliknya berasa berat tugas yang akan dipikul dan berbakti pada rakyat. Namun kini terbalik, ada orang yang tak dilantik, meminta2 jawatan.




Sedangkan Rasulullah s.a.w. bersabda
“Sesungguhnya kamu semua akan bersifat loba untuk memperoleh jawatan sebagai penguasa negara dan jabatan, dan yang sedemikian itu akan menyebabkan adanya penyesalan pada hari kiamat”(HR Bukahri)



Bukan juga menyalahkan kuasa dan leka dengan pencapaian yang ada. Bagaimana dengan ekonomi negara yang makin merundum? Adakah bila terjatuh terpelesok baru nak mula bekerja? Walaupun sebahagian media massa mempositifkan keadaan ekonomi negara sedangkan kita begitu ‘struggle’.


Rakyat mempunyai harapan yang menggunung terhadap saf kepimpinan kabinet baru untuk memulihkan ekonomi, kebajikan dan kemiskinan tegar sifar, sistem perkhidmatan awam yang lebih cepat, media massa yang lebih bebas dan telus pada semua pihak, pemimpin lebih kerap bertemu rakyat(bukan hanya masa pilihan raya), yuran pendidikan yang tidak membebankan ibu bapa, tender projek scara terbuka dan meneruskan rancangan pembangunan modal insan.



Jika masalah2 ini terus berlaku, mungkin generasi hadapan akan menghukum dan menyalahkan pimpinan sekarang dan mungkin akan tersurat dalam sejarah negara.Pemimpin juga perlu berakhlak mulia, menjadi contoh. Elakkan politik wang(rasuah=politik wang=dilaknat oleh Allah). Mesti berlaku adil, tidak kira dia parti apa, negeri di bawah perintah mana, itu tak penting. Yang penting dia rakyat di bawah amanah anda.



Saya sentiasa berfikiran posistif terhadap pimpinan sekarang, jika ia makruf dan manfaat pada rakyat.Rakyat akan mendokong anda semua. Rakyat juga perlu taat pada pemimpin, Perdana Menteri kita, (Dato’ Seri Najib Razak) sebagaimana pesan Rasulullah s.a.w. bersabda:



Wajib ke atas orang muslim untuk mendengar dan patuh, baik dalam hal yang disenangi mahupun yang benci, melainkan jikalau ia diperintah untuk melakukan sesatu kemaksiatan. Maka apabila ia diperintah oleh kuasa pemerintahan dengan sesuatu kemaksiatan, tidak bolehlah ia mendengar perintahnya itu dan tidak boleh pula untuk ia taat”.(HR Muslim)

No comments: