30 March 2010

HAIRUL & HIDAYAH???




Sejak di bangku sekolah, kemudian ke zaman matrikulasi, alam Universiti dan sampai bekerja, ada saja orang yang bernama Hidayah yang aku kenali. Mereka ini bukanlah orang yang sama, tapi oarng yang bernama Hidayah ini sentiasa disekeliling aku. Jangan-jangan orang rumah aku nama &#%&*^ kot. Hehe..

Itu tak penting, bukanlah nama yang dicari tapi hidayah dari Allah yang dicari…

Aku & Hidayah..

Aku tulis artikel ini sebab terfikir, macam mana nak dapat hidayah Allah? Siapa yang layak? Aku layak tak ? apa aku akan jadi jika aku sekarang tak mengamalkan Islam??? Perompak, mat rempit, penagih dadah, ataupun lebih baik skit jadi playboy(ada hati nak jadi konon)…hidup kita ini bukanlah diibaratkan seperti air yang tenang tidak berombak, disangka panas sepanjang hari tapi hujan ditengahari, hidup kita ini ada pasang dan surutnya.

Begitu juga dengan kehidupan manusia, jika mengikut naluri atau akal sahaja manusia paling maksimum hanya akan dapat dunia sahaja tapi akhirat tak akan dapat. Macam perkahwinan tanpa rasa cinta, dia kan dapat orangnya tapi hatinya tak mampu dimiliki. Begitulah manusia yang hidup tanpa bimbingan Allah s.w.t.

Aku juga yakin orang yang duduk dalam amal tarbawi, tidak cukup sekadar halaqah, jaulah, mukhayyam dan lain2 jika tidak di follow up dengan amalan-amalan sunat supaya hidayah yang diberi terus terbimbing.

Hidayah diberi atau dicari??

“Kenapa ayah tak pergi haji lagi, hutang dah takde, duit ayah banyak”tanya seorang anak.

“belum sampai seru lagi” jawab ayah.

Dialog ini sering kita dengar, ataupun jawapan lain, “kenapa tak pergi ke masjid?”, jawapan orang tua yang tak sedar diri pasti akan menjawab “ Allah tak beri hidayah lagi”…..kenapa Allah sering dipersalahkan!…

Contoh mudah yang boleh kita fikir, kenapa kebanyakan orang memiliki kereta dan rumah?, kerana mereka berusaha mencari duit. Macam itu juga dengan orang yang nak dapat pahala solat berjemaah, adakah masjid datang kepada beliau? atau beliau sendiri datang ke masjid?. Ini semua kerana mereka mencari bukan dicari……

Hidayah dicari bukan mencari, tapi juga diberi oleh Allah atas usaha awal mereka itu sendiri…tetapi apa-apa pun kehendak Allah untuk beri pada hambaNYA yang terpilih....

Hidayah dan kepentingannya?

Hidayah adalah petunjuk dari Allah. Menurut syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawiy dalam tafsir al-Sya’rawiy, hidayah daripada Allah terbahagi dua: 1)hidayah al-irshad wa al-bayan(petunjuk yang memberikan keterangan), 2) hidayah al-tawfiq(petunjuk yang membawa kepada kemampun melakukan sesuatu amalan(Solusi No.7).

Kalau kita perasan, kita sering memohon hidayah pada Allah dalam bacaan solat kita, iaitu “ihdinas sirotol mustaqim”. Seluruh ahli tafsir sepakat bahawa maksud al-sirat al-mustaqim adalah jalan yang lurus tiada bengkok padanya.

Jalan ini lah yang kita pinta agar tidak terpesong. Namun jalan ini ada batasnya agar tidak terlanggar mahupun terbabas adapun tergelincir sedikit, kita masih mampu mengendalikannya. Macam memandu di lebuh raya, ada penghadang jalan raya, agar kita termasuk laluan yang bertentangan, adapun kita mengantuk lalu hampir terbabas tapi masih sempat kita mengelaknya.

Kebanyakan manusia sekarang banyak yang terbabas(seperti zina, pergi clubbing, buang anak) bukan kerana tak nampak penghadang jalan atau tak ada lampu jalan, tapi terbabas dek mengantuk dengan keseronokan dunia.

Bagaimana hendak mendapat hidayah??

1. Berpegang teguh dengan Al-Quran.

Firman Allah yang bermakud “Dengan yang demikian, berpegang teguhlah dengan Al-Quran yang telah diwahyukan kepdamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus”(surah al-Zukhruf 43:43).

2. Puasa, sedekah dan solat malam.

Dari Mu’az bin Jabal, Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud “Mahukah engkau aku tunjukkan pintu-pintu kebajikan? Puasa adalah perisai. Sedekah boleh memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api. Begitu juga solat seseorang ditengah malam. Nabi kemudiannnya mebaca ayat:


Firman Allah yang bermaksud “ Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur; mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut(akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan inigin memperolehi lagi(keredhaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami beri kepada mereka. Maka tak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan. (As-sajadah:16-17).

Hadis riwayat At-Tirmizi: Beliau berkata Ini Hadis Hasan lagi shahih)

3. Bersyukur

Firman Allah maksudnya “Dia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah. Allah telah memilihnya (menjadi Nabi) dan memberi hidayat petunjuk kepadanya jalan yang lurus”. (Surah An-Nahl:121).

2 comments:

Anonymous said...

1234567789..........selalu jumpa hidayah ye?saya jarang jumpa syuhada.
siapa gerangan syuhada itu?

putra-alkahfi said...

ada abg tulis syuhada ker?...hidatah mane abg slalu jumpe?