Bila disebut Amerika, orang Amerika, atau Americans...Kita terbayangkan mereka yang maju material, perangai senonoh tiada dalam hidup orang Amerika. Sampai ada quote ini: sebesar-besar taghut adalah Amerika. Tapi akhirnya saya ditemukan dengan satu kisah tokoh Muslim Amerika yang gigih dengan mesej perjuangannya.
Itu Malcolm X. Dan ini mesejnya selepas kembara rohani di Tanah Haram:" Saya bukan rasis dalam apa bentuk sekali pun. Saya juga tidak percayakan sebarang diskriminasi dan perbezaan. Yang saya percayakan hanyalah Islam."
Sedari kecil sebagai Malcolm Little yang memberontak, membesar menjadi kaki pukul, kemudian dipenjara. Kemudian bertukar identiti ke Malcolm X setelah bertemu dengan Elijah Muhammad, Presiden Nation of Islam.
Sebagai Malcolm X, meskipun Islamnya sudah disaksikan beliau lantang menyatakan pendapat radikalnya pada orang kulit putih, hingga menggelar mereka "syaitan". Sepanjang keberadaan beliau dalam Nation of Islam, Malcolm X seperti "anti kulit putih".
Namun, takdir Allah jua lebih berkuasa. Selepas menunaikan haji (di Mekah tentunya) pada 13 April 1964, pandangan radikal Malcolm X berubah 360 darjah, apabila beliau makan bersama, minum bersama, bahkan berihram bersama golongan yang digelarnya syaitan dahulu.
Usai kepulangannya dengan pendirian baharu dengan nama baru yakni El-Hajj Malik Asy-Syabaz, beliau memperjuangkan isu yang lebih besar daripada kisah penindasan kepada golongan Afro (African American) ini. Beliau membawa mesej, jika manusia boleh menyembah Yang Satu, tentulah di situ manusia boleh Bersatu.
Perubahan ini membuatkan ramai orang dari Nation of Islam dan wartawan kulit putih tercengang.
Perjuangan yang murni tentu sahih sucinya apabila ada penentangan, dan hayat Malik Sy-Syabaz di dunia tamat pada 21 Februari 1965. Beliau ditembak mati oleh tiga lelaki Negro, sebelum bersiap untuk berucap di Hotel New York. Dan kisah hidup Malik Asy-Syabaz menjadi inspirasi kepada rakyat Amerika dalam banyak sudut, yang mencetuskan Wallace Muhammad, anak Elijah Muhammad untuk mengembalikan ahli Nation of Islam kepada ajaran Islam yang asal.
Allah, begitu besar jasa tokoh ini. Dibandingkan kita dengan tokoh ini yang seharian menghadapi karenah bukan-bukan oleh rakyat Amerika dan kerajaannya, jauhnya amat jelas sekali. Justeru, mari kita bersama dengan Muslim Amerika untuk mencintai Islam dan menegakkan kebenaran. Allahu Akbar!
No comments:
Post a Comment