07 December 2010

HIJRAH

Teks: Azizul Shaharudin

Assalamualaikum buat para pengunjung. Para pembaca budiman, kita sudah masuk ke fasa 1431 Hijrah. Ahlan wasahlan bulan Muharram. Ada yang sudah buat azam tahun baru? Jika mahu buat, buatlah betul-betul. Jika tidak mahu buat, ingatilah saudara kita yang kurang bernasib baik yang ada di negara kita, di Afghanistan sana, Kashmir sana, Pattani di utara Semenanjung, dan di Palestin tentunya.

Mungkin kedatangan bulan Muharram disedari dengan perasaan so-so sahaja. Tiada apa emosi bila mengetahui hari awal tahun baru. Tapi saya percaya bahawa Allah masih menyayangi kita, diberi tempoh untuk kita bertaubat. Nah, sampai tahun baru sudah.

Amalan masih macam enjin yang tersangkut-sangkut takde minyak pelincir Castrol. Atau bak enjin lama, abad 19 lagi. Kerja kita banyak lagi, dan untuk itu memang kena ada seruan untuk melajukan gerak langkah membina jati diri. Di sinilah bergema tag NEED FOR SPEED. Prestasi kita biar mencapai tahap 991 bhp, memecut 3 saat dari kelajuan 0 km/j kepada 100 km/j. Layaknya seperti Koenigsegg Agera ini, antara kereta termahal di Eropah ini (lihat gambar atas).

Tidak, bukan kerana gila kereta, saya menyebut perihal kereta ini. Ianya hanya tamsilan, atau analogi eksklusif buat pengunjung semua. Kereta yang saya minat, bukannya kereta yang saya mampu milik. Tambah pula, minyak petrol akan naik harga...lagi pada tahun hadapan.

No comments: