07 December 2010

Akan datang...

Oleh Azizul Shaharudin
Saya memikirkan abang yang baik juga mendorong seseorang untuk terus bertahan. Saya tiada abang,kerana seperti tuan punya blog ini, saya anak sulung. Tiada contoh terdekat untuk diteladani. Namun adik-adik saya, mereka sudah tentu boleh tahu apa yang kurang, dan apa yang lebihnya pada abang atau kakak mereka dan tidak mengulangi kesilapan anak yang sebelumnya. Senang cakap, lebih cerdiklah adik-adik kita ini.

Biasanya adik-adik akan lebih advanced lagi berbanding saudara yang lebih tua. Yelah, masa tingkatan satu kita baru kenal komputer, adik kita sudah boleh teroka fungsi komputer seusia sembilan tahun.

Namun saya percaya tugas abang paling kurang pun ialah mencambah keyakinan kepada adik-adik untuk terus bertahan.

Hampir terlupa tujuan saya menyiarkan ini. Tidak lama lagi atau beberapa tempoh akan datang, cerita saya akan berkisar kepada keluarga Azizi, Eri, Suhaila, dan Zafran. Yang ni akan terbit nanti; tentang adik Azizi, Farid Marzuki. Hmmm, Marzuki....bunyi macam Jepun je.

No comments: