13 February 2012

Satu tajuk komik...Misi 10A

  Pernahkah anda fikir, komik boleh jadi wadah informasi yang bagus? Jika pernah, anda memang berfikiran jauh. Sebab saya juga baru sedar akan potensi komik sebagai medium maklumat yang menyeronokkan.Baru sedar, sejak 4 tahun lepas. 


Hari kedua di tempat kelahiran sendiri (Kuantan), saya ingin mengulang kaji gaya cerita dan lukisan pengkarya Komik-M. Dan inilah tajuknya! Tajuknya Misi 10A, sekuel kepada komik laris Misi 8A. Walau bagaimana pun, hanya Misi 10A sahaja yang saya dapat beli.Sebelum membeli, saya ada menelaah ulasan-ulasan komik ini di laman sesawang. Dan tambah meyakinkan apabila ada testimoni daripada Dr. Fadzilah Kamsah, Encik Fadzli Yusof, dan saifulislam.com.

Apa? Satu lagi ulasan pada tajuk komik ini? Saya gemarkannya..namun untuk ulasan penuh, saya sediakan pautan untuk itu.Mungkin tergerak hati untuk membeli, lalu dibuat hadiah kepada sepupu anda yang masih bersekolah.Klik sini untuk ulasan komik prekuelnya, Misi 8A.Untuk Misi 10A, lihat di sini pula
Lagi satu, ianya satu permulaan penting untuk saya mencuba hantar proposal komik.Selama saya membuat komik, belum lagi saya fikir untuk berkongsi jalan cerita karya saya kepada semua.Sekarang dah ada cabaran baru. Saya cuba nanti...

No comments: