26 February 2012

Nota jari kaki SPKK

Adalah hendak dikisahkan semasa aku berLatihan Industri...Aku membulatkan tekad pergi bertolak ke Ipoh selepas transit ke Kuala Kangsar. Adapun tujuanku kali itu untuk bertemu ikhwah dan murabbi selain menyertai SPKK. Sungguh, aku seorang sahaja dari UMS.Yang lain, bakal jurutera dari UTP (Universiti Teknologi Petronas).

Duhai, sebelum madah mukadimah ini berjela-jela panjangnya, maka aku teruskan ke bicara utama. Catatan aku yang cacat tiada lengkap ini dari program Seminar Pengurusan Kewangan dan Keusahawanan (SPKK).

13 February 2012

Satu tajuk komik...Misi 10A

  Pernahkah anda fikir, komik boleh jadi wadah informasi yang bagus? Jika pernah, anda memang berfikiran jauh. Sebab saya juga baru sedar akan potensi komik sebagai medium maklumat yang menyeronokkan.Baru sedar, sejak 4 tahun lepas. 

Antara komik terbaik saya......

Ianya satu perkara yang bagus bila mengimbau kembali kisah ini....Ini senarai komik pilihan saya dan rakan-rakan...dan tidak mengikut ranking.
Noble yet difficult
The Moon and her son
My Chemical Room mate
Erin_Eri's Double
Erin_too good to be true
Dan yang di bawah ini pilihan saya sendiri, genre komik yang mula-mula saya mesrai...Komik lawan-lawan! Sebabnya dari sekolah rendah hingga sekolah menengah saya sentiasa mengulang kaji komik Pendekar Laut dan Wira Tunggal. Strok pelukisnya, Wan Yat Leung melekat kuat dalam gaya saya....Nikmatilah.....

04 February 2012

KOMIKUS, BOLEH JADI/JANGAN JADI TIKUS!

DENGAN KEHILANGAN LAPTOP UNTUK EDIT KOMIK, DAN KONKONGAN DI PULAU LANGKAWI....IDEA SAYA TIDAK BERKEMBANG...BAHKAN AKSES INTERNET JUGA MENJADI SUKAR...
Alamak, saya taip dalam huruf besar ye, maafkan budak ini.
Selama bekerja lama di kedai bebas cukai, akal dan nurani saya menjerit-jerit, " Wahh, bila aku boleh buat komik ni!" Anda tahu, kita juga menderita berada dalam persekitaran yang tidak memahami kita, yang saya yakin menimpa pada mereka yang istiqamah dalam menjadikan Islam sebagai pegangan mutlak. Tiada ihkwah lagi, bahkan tiada cendekiawan yang mampir dengan saya. Ahli akademik manalah yang membuang masa membeli sakan di kedai bebas cukai? Melainkan mereka ada sebab yang kukuh...seperti melancong. Dari kedai itu sahaja saya tahu, pelancong tempatan yang banyak membeli, sedang pelancong asing memilih untuk "membeli tingkap" (window shopping), sekadar lihat-lihat sahaja barangan di kedai. Hmm..pelancong tempatan perlu anjakan paradigma.
fanart saya untuk cerpen KOMSAS dulu...Annys Sophillea

26 January 2012

OH, LANGKAWI!!

Selama keberadaan saya di tempat yang banyak nama ini: pulau lagenda, permata negeri Kedah, bandar raya pelancongan, etc.... saya jarang-jarang mengetengahkan idea di blog ini.

Langkawi...adalah gabungan dua perkataan yakni Lang (helang) dan kawi (warna coklat kemerahan). Jadi pembaca sudah tahu simbolik Dataran Lang yang berdekatan Jetty Point itu. Saya di Langkawi selama 5 bulan, menumpang di rumah Mak Jawa dan Abah Musib, keluarga angkat adik saya dan bekerja sementara di sana.

08 January 2012

Tidak kesampaian....

Selepas 2 atau 3 hari menamatkan tempoh Latihan Industri saya di Zoo Taiping, saya terus berada di Changkat Jering. Waktu itu adalah peringkat awal bulan Ramadan. Dan tidaklah saya terus berada di Changkat Jering tanpa tujuan.

27 December 2011

Zizularts...

Saya kehilangan idea..okey...Bukan kehilangan, tapi kering idea...
Ada buah fikiran, namun tidak kesampaian....
Hal ini disebabkan komputer mudah alih saya atau nama lainnya latop Compaq Presario v3000...
sudah pun menghembuskan nafas terakhirya. Kini saya rasa sebahagian kerja saya tidak lengkap tanpa laptop kesayangan. Salah sendiri, kerana ralit dengan Star Craft 2: Wings of Liberty sebelum ini.

Patah tumbuh hilang berganti, saya akan dapatkan yang baru....Allah akan mempermudahkan..

Bermula dari sabar, kita menuju ke tingkat pasrah, atau reda.Ameen...

24 November 2011

Kicauan burung di gerbang maya..Tweet-tweet.

Dalam melayani tweeter, saya berbalas mesej dengan seorang rakan tweeter dari Jepun: Akogai, yang nampak sangat berminat dengan Malaysia dan Indonesia. Siap berbahasa Malaysia lagi. Sekarang, mari keluar dari kepompong politik Malaysia yang menyempitkan dan lihat pada skop yang lebih luas sedikit...hubungan kita dengan jiran seberang.

lupa...baca dari bawah ke atas. Sambungannya di bawah...

Sebenarnya bukan Indonesia sahaja yang nak cari pasal dengan Malaysia, Akogai. Dahulu, Brunei, Thailand dan Filipina pun berbulu dengan Malaysia. Tidak lupa juga dengan negara yang macam Israel, Singapura. Konflik senang tercetus, dengan sempadan Malaysia yang bertindih dengan Indonesia, Thailand, Filipina dan Brunei.
Apa pun, jawapan saya bukanlah jawapan terbaik. Sekurang-kurangnya saya cuba untuk tidak "pukul rata" pada semua orang Indonesia. Orang Indonesia atau Malaysia, selagi berakhlak baik dan satu akidah dengan kita, kita patut hormat.

12 November 2011

Lagi keratan akhbar

Satu perkara lagi: Hak untuk berhubungan sejenis tidak diiktiraf sebagai hak asasi apatah lagi kebebasan mengekspresi...

Manifestasi kebijaksanaan orang Melayu

Klik sahaja pada keratan akhbar ini...

08 October 2011

JANGAN KASI HANTU BONCENG.....

Saya ada satu kisah yang separuh benar....jom baca.....sambil tengok Ahmad Idham punya hujah.

Pada hari raya kedua, okey...malam hari raya kedua saya bersama rakan lama saya yang dianggap rapat macam keluarga...dan kami pergi tengok hantu. Hantu apa? Hantu bonceng...Shhh...Jangan terkejut, hantu tu ada dalam wayang ajer...Saya separuh terhibur dan setengah terlena....

Beberapa minggu kemudian, saya ada di Langkawi... nampak lagi hantu bonceng, kali ini dalam Astro First. Tiga hari dihantui dengan gelak ketawa.Hahahahaha.....

Hal yang menyusul filem itu....bila Dewan Pemuda PAS mengatakan filem ini mempersendakan agama. Fuh, berhantunya filem ini! Sampai masuk berita pasal ada teguran dari PAS, yang amat berasas. Namun macam biasa, asal dari PAS sahaja, media putar sana putar sini...politik katanya.