Adalah hendak dikisahkan semasa aku berLatihan Industri...Aku membulatkan tekad pergi bertolak ke Ipoh selepas transit ke Kuala Kangsar. Adapun tujuanku kali itu untuk bertemu ikhwah dan murabbi selain menyertai SPKK. Sungguh, aku seorang sahaja dari UMS.Yang lain, bakal jurutera dari UTP (Universiti Teknologi Petronas).
Duhai, sebelum madah mukadimah ini berjela-jela panjangnya, maka aku teruskan ke bicara utama. Catatan aku yang cacat tiada lengkap ini dari program Seminar Pengurusan Kewangan dan Keusahawanan (SPKK).
Ustaz Zamri (Timbalan Mufti Perak):
Sekarang terlalu banyak permainan istilah yang mengelirukan umat Islam, yang memerangkap antara dosa dan pahala. Perkataan seperti bunga, faedah walhal itu adalah perkataan yang dicantikkan bagi riba. Perkataan begini menampakkan perkara itu halal namun sebenarnya masih tampak haram.
Dan sebaik-baik kekayaan berada dalam tangan orang yang beriman, di mana mukminin ini menguruskan kekayaan, bukan sebaliknya.
Tuan Haji Abdul Rahman Mat Dali (Pengarah Urusan Pusat Rawatan Az-Zahra):
Pada zaman emas Melaka, negeri Melaka itu bukannya negeri yang bergantung kepada hasil pertanian tetapi maju hasil daripada kedudukannya sebagai pelabuhan. Ini maknanya apa? Maknanya orang Melayu ketika itu adalah pelayar, pedagang yang menjalankan perniagaan bukannya petani.
Keadaan itu tidak lagi demikian setelah penjajah British membuat polarisasi kaum, seperti yang ada dalam buku teks Sejarah sekolah menengah.
Jika melihat pada senario masa depan, kita akan dapati:
1)peluang kerja dalam sektor awam dan swasta semakin menipis
2)insentif kerajaan untuk mengurangkan tenaga kerja
3) sektor swasta menuju ke merge atau pergabungan,contohnya sektor perbankan.
4) Peningkatan kos tenaga.
Maka tidak dapat tidak kita fokus kepada bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Menjadi usahawan membawa kepada kelebihan seperti kebebasan dan kepuasan, dapat menjadi bos kepada diri sendiri,membawa pulangan yang lebih baik, mengubah diri menjadi (transformers-gurau aje) orang yang lebih baik, serta lebih dekat dengan sifat yang dikehendaki Islam.
Semua orang boleh jadi usahawan, halangannya ialah SISTEM KEPERCAYAAN DIRI!
No comments:
Post a Comment