10 CIRI ANAK YANG MITHALI
Anak-anak mithali ialah anak-anak yang tahu membalas jasa ibu dan ayahnya. Anak-anak begini akan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Kehidupannya berbahagia di dunia dan di akhirat dikurniakan kenikmatan yang tak terhingga di syurga.
Imam Al-Ghazali r.h.m menggariskan ciri-ciri anak mithali di dalam kitabnya Ihya’Ulumuddin. Antara ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut:
1.Berbicara dengan ibu bapa dengan suara yang lembut.Firman Allah s.w.t.
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semat-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata pada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah pada kepada mereka perkataan yang mulia(yang bersopan santun)”.(Al-Israk: 23)
2. Tidak mengalihkan pandangan mata ketika kita berbicara dengan ibu bapa. Ini kerana orang yang tidak memandang wajah ayah dan ibunya ketika berbicara adalah sombong.
3. Tidak berjalan di hadapan ayah dan ibu , melainkan dengan menundukkan badan sebagai tanda kehormatan mereka.
4. Tidak duduk dengan mendahului ayah dan ibu. Suatu riwayat dari Abu Hurairah r.a, suatu ketika beliau melihat dua orang lelaki lalu di hadapannya. Beliau bertanya kepada mereka lelaki yang lebih muda: “Apakah hubungan kamu dengan lelaki ini?” tanyanya sambil menunjuk kepada lelaki yang kebih tua. Maka jawab lelaki itu: “Dia ialah bapaku”. Maka Abu Hurairah memberi tiga nasihat iaitu :
1. Jangan kamu panggil dia dengan namanya.
2. Jangan kamu berjalan mendahuluinya
3. Jangan kamu duduk sebelumnya
5. Sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapa.
6. Tidak bercekak pinggang di hadapan ibu dan ayah. Allah berfirman: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil”(Al-Israk:24)
Seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w. untuk meminta nasihat. Ujar lelaki itu: “Ya Rasulullah s.a.w., berilah aku satu wasiat yang pendek tetapi boleh memberi manfaat kepadaku didunia dan di akhirat.” Rasulullah s.a.w. bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ayah dan ibu?” “Ya,” jawab lelaki itu. Maka kata Rasulullah s.a.w. “Andaikata perlu disiapkan makanan ke mulut mereka, maka suapkanlah. Satu suapan yang kamu suapkan, Allah akan bina sebuah mahligai di syurga untukmu.”
7. Tidak menghina ayah dan ibu sama ada kata-kata dan perbuatan. Sebaliknya bersyukur atas segala jasa mereka dengan balas budi mereka dan memenuhi segala keperluan mereka. Firman Allah s.w.t. : Kata Nabi, anak-anak yang menziarahi ibu dan ayahnya akan mendapat 100 kebajikan, dihapuskan 100 keburukan dan ditingkatkan 100 darjatnya bagi setiap langkah menuju ke rumah ibu dan ayahnya.
8. Mengurus ibu bapa yang sudah uzur tanpa berkira-kira.
9. Menyediakan segala keperluan ayah dan ibu seperti makanan, pakaian dan keperluan lain.
10. Segera datang kepada mereka apabila dipanggil dan sentiasa menggembirakan hati mereka dengan melakukan apa yang disukai.

1 comment:
Salam anuar. Tahniah sbb b'jaya jg siapkn blog awk ni. Mudah2an lbh byk inf0 dpt dkongsikn b'sma ya.insyaALLAH. Truskn usaha awk n sy akn sntiasa s0k0ng awk,insyaALLAH.
utk topik Anak Mithali,sy rsa mmg wajar awk ketghankn sbb klu nk dlihat pd zmn skrg mkin kurang ank2 yg bnr2 hormat pd ke2 org tuanya.. Moga artikel ni dpt sekurang2nya bri sdikt kesdrn pd rkn2 d luar sna.insyaALLAH.
itu saja dr sya.wasalam.
Barakallahu fik.amin.
Deana
Post a Comment