Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

29 July 2015

TPPA : Terlalu Banyak Risiko dan Keraguan Dalam Perjumpaan Terbaru


Para menteri yang mewakili negara-negara Pacific Rim berkumpul di Hawaii pada minggu ini untuk satu perbincangan yang bakal menentukan kejayaan atau kegagalan perjanjian perdagangan yang bermatlamat untuk membantu meningkatkan perkembangan dan menyelaraskan piawaian ekonomi antara 12 negara terlibat.

Menteri-menteri perdagangan yang hadir dalam perbincangan yang berlangsung dari 28 sehingga 31 Julai di Pulau Maui berharap dapat mencapai kata sepakat dalam menyimpulkan Trans-Pacific Partnership (TPP), sebuah perjanjian yang dikatakan sebagai perjanjian paling meluas dan cukup rahsia pada masa ini, yang juga merupakan satu penanda aras bagi pentadbiran Presiden AS, Barack Obama.


28 July 2015

Masuk TPPA macam JUAL NEGARA

www.janganjualnegara.com
Klik poster untuk info lanjut tentang TPPA, dan sign petisyen online
bantah TPPA!

BANTAH TPPA

http://www.matkomik.com/2015/07/bantah-tppa-oleh-zizul-arts.html
Klik gambar ini untuk baca sambungannya.

TPPA bukanlah satu-satunya perjanjian perdagangan yang pernah diketuai oleh kuasa besar dunia, Amerika Syarikat. Bahkan perjanjian perdagangan  seperti FTA (Free Trade Agreement) sering dilakukan oleh mereka bagi bertujuan menembusi pasaran luar negara dan meningkatkan kadar eksport Amerika Syarikat. Sehingga Januari 2015, Amerika Syarikat telahpun melaksanakan 14 FTA dengan 20 buah negara di seluruh dunia. Hal ini termasuklah perjanjian perdagangan Amerika Utara, NAFTA yang menyaksikan tiga buah negara membentuk satu pasaran yang dipercayai mampu memberi saingan dalam pasaran dunia.

NAFTA (North American Free Trade Agreement) merupakan perjanjian perdagangan trilateral yang merangkumi 3 buah negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico. Perjanjian tersebut termeterai pada Januari 1994 setelah ditandatangani oleh Bill Clinton, Presiden AS pada ketika itu bersama Presiden Mexico, Carlos Salinas, dan Perdana Menteri Kanada, Jean Chrétien. Secara mudahnya, NAFTA merupakan perjanjian perdagangan yang menghapuskan segala kadar tarif dan kuota ke atas eksport Amerika Syarikat ke Mexico dan Kanada. Perjanjian ini turut merangkumi perlindungan hak harat intelek termasuk paten, tanda dagangan (trademark), dan bahan hak cipta. Bahkan NAFTA turut memperuntukkan mekanisme ISDS dalam salah satu bab perjanjian iaitu bab ke-11 dalam NAFTA.

Namun melihatkan kesan NAFTA setelah 20 tahun berlalu menimbulkan satu persoalan, sama ada mampu atau tidak sesebuah negara membangun seperti Mexico mampu memberi saingan dan mendapat manfaat sebaiknya dalam sebuah perjanjian perdagangan yang turut menampilkan Amerika Syarikat? Atau dengan kata yang lebih mudah negara manakah yang akan  mendapat manfaat pada kadar optimum hasil dari mana-mana perjanjian perdagangan walaupun pada hakikatnya mereka terpaksa bersaing pada tahap kemajuan yang berlainan?
Mungkin perbandingan NAFTA dan TPPA bukanlah sesuatu yang relevan untuk dibandingkan secara keseluruhan, melihatkan tujuan utama TPPA adalah bermotifkan kepentingan geopolitik melebihi kepentingan perdagangan seperti yang mahu dicapai melalui NAFTA, namun dengan melakukan sedikit penilaian dan evaluasi ke atas NAFTA mampu memberi gambaran kepada rakyat Malaysia mengenai realiti yang terpaksa kita hadapi sekiranya Malaysia bersetuju untuk menandatangani TPPA. Maka, penting untuk kita lihat apa situasi semasa Mexico pasca NAFTA.
Berikut merupakan hasil evaluasi pasca NAFTA yang dihadapi oleh Mexico setelah 20 tahun berada dalam perjanjian tersebut:

24 July 2015

SILA BATALKAN_ Banyak lagi aktiviti lain yang lebih bermanfaat.

 
Batalkan Konsert K-Pop Sabtu ini!

Bulan Ramadhan baru sahaja pergi meninggalkan kita. Kini belia kita mahu menyambutnya dengan menghadiri Konsert K-Pop?

Tidak cukupkah peristiwa yang amat memalukan umat Islam semasa konsert K-Pop yang lepas? Perempuan Melayu kita dipeluk dicium dan diraba secara terbuka di khalayak ramai? Bukan itu sahaja, mereka berbangga dan mempertahankan tindakan mereka daripada dikritik!

Inikah generasi belia yang kita harapkan untuk memajukan negara?

Sebelum ini, dah banyak kali dah konsert K-Pop ini dibantah sehingga dibatalkan oleh mereka. Tapi nampaknya pihak penganjur masih tak insaf dan mahu kejar keuntungan semata-mata! Tidak hiraukan langsung apa kesan tindakan mereka terhadap belia yamg mereka bakal lahirkan!

Admin seru sudah tiba masa kita letakkan titik noktah pada gejalan Hedonisme yang melampau ini! Belia Malaysia Tolak Konsert K-Pop!

Kita lawan sampai Konsert K-Pop berambus dari Malaysia!

#BeliaTolakKPop