01 October 2013

PEJUANG KEMERDEKAAN_MAT KILAU

Pasal koi orang Pahang, koi lukis pahlawan dari Pahang.
Siap ada puisi tentang pahlawan Semantan dari Usman Awang (Allahyarham) atau nama penanya Tongkat Warrant. 

Rentetan dari makhluk pseudo-intelektual Hishamudin Rais (dulu saya pernah kagum kat dia) yang menyanjung tinggi Chin Peng penyangak komunis itu...Maka saya tunjukkan tokoh yang lebih bagus lagi. Mat Kilau bersama ayahnya Tok Gajah dan Orang Kaya Temerloh Dato' Bahaman benar-benar pejuang kemerdekaan yang tulen. Apa beza Chin Peng dengan pahlawan Semantan tiga serangkai ini?

Chin Peng semasa berjuang (konon) untuk melawan British, mereka membunuh rakyat yang tak bersalah. Pencapaian bunuh Henry Gurney tak layak jadi ukuran sebagai hero. FYI, bukan Chin Peng yang bunuh Henry Gurney. Macam orang jahat bunuh orang jahat lain untuk rebut penguasaan pada sesuatu kawasan/benda.

Pejuang kemerdekaan sebenar-benarnya melawan penjajah, tanpa membunuh rakyat yang mereka kasihi. Itu jelas. 

Dan jelas lagi, yang orang muda sekarang sangat angkuh dan jahil pula tentang sejarah...walaupun pada zaman maklumat(salah) tercapai dengan mudah dan bertimbun.

A good communist is a dead communist. Bye bye, Chin Peng.

2 comments:

Anonymous said...

nak pinjam pls nak buat dp facebook yeeee :3

zizularts said...

Ohh...boleh..maaf lambat reply...Ingat takde orang tengok blog ni.