08 January 2010

KeliRu?? Antara MEMILIKI dan MENCINTAI





“Aku minta maaf bukan kerana kesalahanku, tapi kerana kebodohanku, sekarang baru aku mengerti antara CINTA dan KEINGINAN untuk MEMILIKI, TIDAK SAMA.” Itulah kata-kata terakhir yang keluar dari mulut Maria kepada Fakhri dan Aisyah dalam filem Ayat-Ayat Cinta.

Ramai antara kita keliru antara keinginanuntuk memiliki atau cinta. Itu kata kunci topic cinta kita kali ini.

Contohnya, Kita menginginkan rumah banglo yang besar, kereta BMW 7-series, handset yang canggih, makan yang enak-enak. Kita mampu memilikinya tapi kita tak mampu nak mencintai. Kenapa? Sebab benda itu bukan makhluk yang bernyawa maka mereka tak mampu nak balas kasih sayang tuannya.

Orang bercinta mesti ada give and take. Ada yang bagi dan ada yang menerima. Kalau tak, bercinta hanya bertepuk sebelah tangan, nyanyi tak berlagu, bulan tak berbintang, itulah namanya cinta tak berbalas. Kesian….

Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “Mencintai seseorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai kamu adalah berbahaya”..fikirkan cinta siapa yang kita sia-siakan??

Adakah duit, muka yang handsome, pangkat yang dimilki mampu membalas cinta kita?? Kita hanya ingin memilki itu dan ini tapi bukan cinta yang ada di hati pada tuannya. Cinta yang ada di hati bukan nafsu yang berbicara tapi iman di dalam dada.

Pisang emas pisang berangan,

Buahnya cantik tidak berdahan,

Kasih bukan sekadar cakap dan omongan,

Kasih berputik lahir dari Tuhan.

Sejauh mana orang inginkan pasangan dari luar Negara, orang berkahwin kerana kekayaan bertahan lama???(bukan nak salahkan takdir). Mereka hanya ingin memiliki tapi mereka tak mampu nak mencintai. Tak serasi dan takde chemistry.

Duit boleh kehabisan, kecantikan akan lusuh, pangkat akan turun, title akan hilang. Akhirnya, tasbih cinta yang berbuih diungkapkan akan lenyap dan hanya perasaan benci yang meluap dalam hati. Sekarang, kita nilai balik adakah kita mencintainya atau luarannya?

Bagaimana pula dengan orang yang ada fikrah, mereka lebih suka dijodohkan dahulu baru bercinta? Bukankah itu memiliki dulu baru bercinta?

Tekstualnya betul tapi kefahaman konteks ayat salah. Orang begini bukankah mereka mencintai Allah dahulu, kemudian Allah jodohkan mereka dengan orang yang mencintaiNya. Maksudnya, mereka bercinta dulu(Cinta pada Tuhan) kemudian mereka memiliki sama dengan apa yang dicintainya.

Cinta lah kepada Tuhan kemudian kita akan kenal erti cinta sebenar bukanlah keinginan memilki yang mengkaburi pilihan jodoh kita. Ingat! Once you all dah akad nikah, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata ……(pandai2 lah sambung).

Keinginan disandarkan material akan musnah dan lenyap dan ada tarikh luputnya tapi tidak pada cinta pada Tuhan kerana Allah itu wujud lagi qadim. Cinta akan sentiasa dibalas, Cinta kita lebih terarah, cinta kita sentiasa hidup tanpa mati. Itulah cinta yang hakiki dan abadi, kerana kita Cinta pada Allah melebihi segalanya.

Cintailah seseorang kerana iman yang ada di dada, berpakaikan akhlak yang baik, agama yang memimpinnya kerana cinta yang berpaut padaNya bukan pada dunia yang sementara tapi syurga yang selamanya….

Cinta orang yang beriman ibarat pokok, dia mampu memayungi orang lain, kita pula mampu berpaut padanya di kala kesusahan, menghujani kita dengan buah keiamanan yang ranum, akar pokok yang menjalar umpama tautan kasih bersamanya, cengkaman akarnya yang kuat menunjukkan keutuhan cintanya pada kita, itu semua atas dasar cintanya kepada Tuhan.

“Ya Allah, berikanlah cintaMu kepada ku, cinta orang yang mencintaiMu,

dan amal yang mendekatkan aku kepadaMu”

2 comments:

Nor Aizat Rahimi B Rostam Rahimi said...

cinta..
tajuk yg amat significant..
hee..

Anonymous said...

haaa...ejaan short form lagi.
kurangkan atau tiadakan dalam post seterusnya.