04 April 2013

MARI...KITA?

Sejak dua menjak ini, "adik beradik" kita yang bukan seibu sebapa, yang datangnya tak disambut, tibanya tak dijemput....mereka banyak mengguris hati orang Islam. Terutamanya orang Melayu. Sedang kita tidak pernah mencampuri urusan agama mereka. Maka, situasi yang teruk akan bertambah parah tatkala mereka diberi MANDAT untuk mentadbir.

Tambah parah lagi, ialah perpecahan di kalangan kita. Kita bangsa Melayu Islam, sama-sama sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, akidah pun satu. Masih lagi degil menyedari agenda pihak yang mahu menangguk di air yang keruh. Situasi ini terjadi bukanlah kerana mereka itu terlalu kuat, bahkan disebabkan kelemahan kita yang memberi peluang untuk mereka mengguris hati kita sewenang-wenangnya. Tambah menyedihkan lagi, ada pula orang kita yang bermati-matian mempertahankan puak yang anti-Islam, pura-pura mesra Islam, dan mencampuri hal ehwal agama Islam.


Maka, sempena PILIHANRAYA UMUM yang mendekat ini, apakah cara yang kita boleh lakukan untuk
agama kita, dan negara kita? RAMAIKAN suara umat Islam di parlimen dan DUN.
Dengan pendekatan.......
UNDI CALON MUSLIM BERWIBAWA!

No comments: