20 December 2010

YANG INI PUN ZALIM!

Ingat Denmark? Tuan-tuan ingat dengan surat khabar Denmark? yang pernah "bikin panas" pada umat seluruh dunia akan tersiarnya karikatur Nabi Muhammad s.a.w.? Adakah saya menulis di sini untuk bangkitkan luka lama?

Tidak, saya hanya berkongsi berita, menyampaikan cerita...berlatar tempat yang sama yang dinamakan Denmark. Dalam satu musim, kawanan ikan paus dan dolfin akan terdampar di persisir pantai. Kala itulah laut akan memerah warnanya ditumpahi darah dolfin yang sangat banyak. Mereka disembelih tanpa sebab, makan tidak tapi untuk dibuat bangkai. Yang di air akan berpesta melakukan tindakan zalim ini, yang di darat seronok melihat pesta ini.

Semua tahu, mamalia marin seperti ikan paus, anjing laut dan dolfin memang statusnya terancam dan tergugat, dan pemburuannya diharamkan. Tapi negara-negara canggih macam di Eropah dan Jepun gatal-gatal tangan nak memburu haiwan ini. Banyak alasan tercipta, menciptakan awan yang terpilu.

Ada banyak gambar lagi yang saya ada, tapi cukuplah yang lima ini. Nanti orang kata ada sindrom "seronok melihat keganasan". Syariat Islam yang Nabi Muhammad bawakan kepada kita, yang mereka hina-hinakan, itulah yang membawa penyelesaian kepada masalah alam sekitar dan masyarakat. Jika ada orang kata, ini bukan isu umat, biarkanlah. Sampai mati pun kita tidak mampu tutup mulut orang yang kerjanya mengkritik sahaja.

Wawasan kita, masalah ini akan lenyap tatkala Islam sudah ada daulah dan seterusnya sebagai Ustaziatul Alam, yakni guru kepada dunia.

1 comment:

masturaa said...

memang zalim...kejam...setiap yg bernyawa ada nilainya, ada haknya untuk hidup...