12 April 2013

5 Kelebihan Blog Berbanding Media Sosial Yang Lain


Mesra SEO

Setiap artikel yang anda tulis akan di"Index" oleh enjin carian seperti Google, berbanding post di Facebook atau pun twitter. Pengguna Internet dapat menemui anda dengan lebih mudah berbanding media sosial lain.

Mudah Membina Kredibiliti

Setiap artikel yang anda tulis merupakan refleks kepada perniagaan/pemikiran anda. Bakal prospek/pengunjung hanya akan membeli dari orang yang mereka kenal dan percayai berbanding dengan orang yang tidak dikenali.

Menjimatkan Kos

Untuk membina sebuah blog, anda hanya memerlukan domain dan hosting sahaja. Kosnya jauh lebih rendah daripada mengeluarkan belanja untuk mengiklan di Facebook atau Google Adword yang kurang efektif untuk perniagaan anda.


Tidak Berisiko

Blog merupakan platform yang mudah, selamat serta sangat jimat kos. Jadi dengan menghasilkan sebuah blog untuk mengembangkan bisnes anda, sememangnya ia tiada risiko berbanding mengiklan di web sosial.

Dipetik dari majalahniaga.com.

No comments: