25 October 2012

Naik haji; Sedekah Qurban

Untuk orang yang sudah pergi ke Tanah Suci Mekah, semoga mendapat haji mabrur hendaknya. Bagi mereka yang bakal menjadi haji dan hajah, maka bersiap-siaplah menimba ilmu dan pengetahuan yang penting untuk menunaikan panggilan Haji....telah tiba lagi...menunaikan ibadah, panggilan Baitullah. Tanah Suci Mekah, Mekah Al-Mukaramah...

Bagi mereka yang hanya dapat berhari raya (tapi tidak naik haji), jaga-jagalah diri dan keluarga. Jangan korbankan kesihatan di hari raya sebab nampak makanan sedap-sedap. Kita kongsi bab sejarah lagi. Sejarah? Boring ke?

Macam mana jika saya kata sirah? Sejarah hidup rasul? Boring? Wah...sungguh hebat, sampai tak mahu belajar dari sejarah atau pun sirah. Nabi Ibrahim bekorban dengan terpaksa berpisah dengan Siti Hajar dan Nabi Ismail yang masih bayi. Siti Hajar yang bekorban mencari-cari sumber air di tanah tandus. Nabi Ismail juga sedia bekorban sebelum diganti kibas untuk disembelih.

Jadi, apabila mengunjungi Mekah, mengorbankan lembu, kibas, kambing...kenangilah kisah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, dan Siti Hajar. Kenangi juga sirah Nabi Muhammad sebelum berhijrah ke Madinah.

Ada beberapa perkara yang apabila dikorbankan, kita akan kerugian dan terpedaya. Yang paling utama, ialah iman. AKIDAH. Berapa banyak saya tengok drama TV Melayu selalu muncul ungkapan ini: Sanggup berkorban segalanya demi cinta.
Genius, pengarah drama dan filem...Mereka nak tafsirkan ayat Quran ikut suka hati saja...

Sudah, saya habis berborak di sini. Salam Aidil Adha...

No comments: