07 March 2011

DEUS EX MACHINA
















Terma deus ex machina ini berasal dari perkataan Latin yang bunyinya macam ini "Tuhan yang dilahirkan oleh mesin", atau dalam bahasa Inggeris yang orang Kuala Lumpur banggakan sangat tu, " god out of the machine". Well, you know me.



Deus ex machina juga dijadikan sebagai satu teknik penceritaan yang meleraikan segala kekusutan dan masalah kompleks dengan campurtangan tiba-tiba oleh kuasa lain atau objek lain atau karakter lain.

Korang nak tahu apa kaitan gambar di atas tu dengan topik kali ini? Ini adalah cara pementasan teater Greek dahulu kala. Apabila tiba sahaja scene campurtangan "dewa" mereka, watak (deus) tu akan datang dengan bantuan kren (machina). Maka selesailah cerita. Namun...

Teknik plot ni sangat-sangat tidak digalakkan, menggambarkan kurang idea dan kreativiti oleh penggarap cerita. Juga melawan logik akal dan penceritaan yang teruk. Ha, saya timbulkan topik ini, sebab manalah tahu ada orang nak jadi novelis, lepas itu ada sindrom takde idea nak leraikan konflik cerita, dia akan pilih teknik ini.

Ini contoh kisah yang menggunakan deus ex machina; Toy Story 3. Ingat pada babak yang hampir akhir itu? Babak barang mainan Andy berada di tempat pelupusan sampah dan hampir-hampir dileburkan dalam incenarator? Dan pada saat-saat akhir diselamatkan oleh.....the claw...yakni kren cakar gergasi. Ya, itu satu contoh deus ex machina.

Saya membawakan topik ini kerana terbacakan satu cerpen dalam buku antologi cerpen yang ada di Perpustakaan UMS. Tajuknya serupa tajuk tulisan inilah, dengan ending segera melalui kilat yang membunuh lebai masjid penipu (dalam cerita itulah). Macam kisah Si Tanggang la pula ye.

Dalam kita meyakini bahawa pertolongan Allah itu dekat, mewujudkan campur tangan oleh Tuhan dengan sewenang-wenangnya bukanlah gaya penulisan kita. Bila ada sebab, adalah musababnya. Itu yang saya pegang dalam mengarang komik...err, melukis komik. Kisah dalam kartun itu adalah hasil idea terkumpul dari pembacaan, pengalaman sendiri dan orang sekeliling saya, serta inspirasi dari kisah orang lain. Tiada yang tiba-tiba ajaib selesai sendiri.

Akhir kalam, ini tulisan saya dengan label saya, saya minta maaf jika ini tulisan yang menyinggung, tapi percayalah. Saya hanya berkongsi isi pemikiran saya. Yang saya yakini pembaca sangat bijak untuk menilai.
(Saya sekarang sedang menyiapkan karya saya yang menjurus kepada aspek pelaburan. Tunggu)....


3 comments:

Anonymous said...

terpanggil untuk memberi komen. cam ada dua scene je dalam toystory tue yang ada kaitan dengan tajuk blog yang canggih ini..
1st masa woody nak selamatkan train yang jatuh ke dalam gaung2x.. tiba2 buzz lightyear angkat ketapi tue and lagi satu the claw(seperti yang ditulis di atas)..
saya baru sgt tonton toystory 3.. terganggu sedikit bila tgh klimaks tetibe je diturunkan graf klimaks tue dengan miracle.. klau zaman budak2, saya suka lagi harry potter sebab tak de benda yang mircale yang berlaku tiada reason dalam novel HP.. kiranya garapan penulis sngat teliti..

Anonymous said...

err...bagus dhuha atas tambahan kisah scene dalam toy story 3. tapi yang babak awal masa buzz selamatkan kereta api tu tak dikira sebagai teknik deus ex machina...pasal buzz adalah watak utama. yang babak the claw tu je dikira miracle tiba-tiba yang merosakkan mood klimaks. yang babak buzz selamatkan train tu rasanya tak kot...pasal buzz= watak utama, the claw= bukan watak pun.just mesin.

Anonymous said...

Terima kasih...ilmu yg boleh saya manfaatkan dalam penulisan cerpen projek tahun akhir.. :)