01 November 2012

KOMIKNIAGA EDISI #10

Assalamualaikum!
Di sini ada berita baik! Mungkin ada orang tertanya-tanya. Kenapa Zizularts jarang lukis komik. Sebenarnya saya lukis komik panjang, namun kerana panjangnya komik itu, maka panjanglah masa yang diguna untuk melukis. Sekarang ini pun masih tidak siap lagi...Salahkan saya atas kelembapan itu. Jangan salahkan pada bangsa Melayu.

Namun di sebalik kerja yang perlahan itu, saya masih dapat menghasilkan karya lain. Yang lebih ringkas namun padat dengan info. Dan komik itu secara kolektif menjadi satu entiti e-majalah yang percuma. Ya! KOMIKNIAGA! Edisi 10!
Oh, jika komik saya tidak cukup puas dibaca. Atau banyak kekurangannya, maka janganlah gundah gulana. Di sini ada banyak lagi komik lain, macam komik biografi usahawan Bihun Sufi, cerpen dari Nik Ujang, dan komik lain. Insya-Allah, edisi akan datang saya buat komik yang lebih panjang dan lebih berisi maklumat.

No comments: