18 January 2010

KG. Lokub…satu pengalaman...





(Klik kat komik untuk dibaca)
Itu sebahagaian dari cerita kami yang mengajar di Kg. Lokub. Satu kampung yang mana, rata-rata penduduknya tak mampu nak menghantar anak ke sekolah. Factor utama adalah kemiskinan. Ini perkara biasa bagi penduduk di Sabah.
Mengikut jadual ikhwah akan mengajar pada hari sabtu dan akhawat paha hari ahad. Jika tak cukup tenaga pengajar ,kami akan ambil alternative lain. Ikhwah akan mengajar hal berkaitan solat, akhlak dan lain-lain. Ikhwah yang mengajar afiq, azizul, mukhlis, adib, hanafi, haziq, adi. Kami akan pergi lebih kurang dalam pukul 2, lepas zohor baru kami akan terus jadi tak tentu arah!, sebab nak cari kenderaan. Hehe…

Lepas zohor, baru la nak pinjam motor, cari kereta, buat muka tak malu. Maklumlah, ikhwah semua cukup-cukup makan jer. Tak ada cara lain, kami akan sewa kereta. Ini semua kerana budak-budak kat kampong Lokub. Tak pergi mengajar, mereka akan marah pada kami, tak baik menghampakan orang yang mengharap.

Tambah-tambah pula, lepas belajar mereka akan dapat makanan ringan dari kami, sekali lagi Perang Dunia ke-2 akan berlaku(sebab berebut nak dapatkan makanan), walaupun peperangan antara Power Rangers dan Ultraman sering berlaku semasa kami mengajar.. Yang tak pergi kat kelas pun, tiba-tiba muncul masa nak ambil makanan..ish, ish, ish….

Sebagai pelajar yang ada mempunyai secebis ilmu, yang boleh kami kongsi dan bagi pada penduduk di sana, kenapa tidak kami meluangkan sedikit masa untuk mereka? Sudah masanya kami berbakti pada masyarakat, bukan perlu kepada berpuluh-puluh jam, bukan sampai ratusan ringgit, dan pengorbanan yang banyak. Hanya 2-3 tiga jam, 2 kali seminggu. Tidak perlu program rasmi seperti bakti siswa baru nak berbakti pada masyarakat!

Lagi satu, kepada pelajar yang ada fikrah dan bergerak dalam Harakah, tarbiah bukan sekadar dalam usrah. Tarbiah bukan hanya untuk diri, ia harus dikembalikan pada masyarakat. Mungkin mereka lebih suka mentajmi’ mahasiswa-mahasiswi yang boleh mereka bawa dalam harakah mereka, mungkin juga mereka lebih suka beruzlah di masjid dan surau, mungkin juga ada yang suka berjildal benda2 furu’ yang mana mereka ingat itulah perjuangan yang besar. 

Mungkin mereka lupa ini lah satu medan dakwah, tak perlu kita bawa nama harakah kita, berdakwah bukan sekadar usrah untuk orang-orang tertentu sahaja. Mengajar juga adalah dakwah, dan paling penting amalan yang mana saham kita akan peroleh selepas tarikh luput kat dunia kita sampai.
Akhir sekali, lelaki yang mengajar kat kampong tu memang tinggal sedikit, yang ada pun tinggal final sem tahun ni. Mungkin orang lain tak Nampak kelebihan mengajar orang lain, memang tak ada apa yang dapat seperti duit mahupun nama tapi yakinlah kita akan dapat saham yang besar, iaitu pahala dari Allah, inshaAllah. Yang mana ketika itu, mata wang dinar, US dollar tak laku sama sekali.
Rasulullah juga menyukai anak-anak kecil. Lihat sahaja para sahabat yang mendapat sentuhan Nabi, Usamah b. Zaid, Ali B. Abi Talib, Zaid B. Harithah. Mereka semua hebat-hebat dan mengharumkan nama Islam di Kampung Lokub menjadikan kami lebih mengerti makna kesabaran, erti bersyukur apa yang ada, kesungguhan dalam mendidik ummah pada masa hadapan, pengorbanan masa, tenaga dan duit. Kami sama sekali tak minta mereka bayar balik, apa yang kami mahu adalah mereka jadi seperti pejuang-pejuang Islam tadi, ataupun kader-kader dakwah yang mampu menyebar luas Islam diseluruh pelusuk negeri Sabah.

Lukisan:Azizul
Teks:macam biasa dari putra-alkahfi

7 comments:

Anonymous said...

terima kasih atas kesudian abang nuar mengpublish komik ni.ni kan idea dia,so komik ni wajar diberi kredit kepada tuan punya blog.
komen kepada karya ni amat dialu-alukan.

Anonymous said...

Waa..berbunganya bila baca komik ney... Nak bagitau Nisaa' la kewujudan komik ney...

putra-alkahfi said...

salam. xde ape pun azizul, yang penting kata Wonder Pet ape?. KERJASAMA!..kerjasama cikgu cikgi pun mengajar itu penting untuk adik2 kat kampung Lokub.

putra-alkahfi said...

salam farhana. thanks, farhana pun banyak jasa pada Kg. LOkub..syukran dhuha promosi kat blog.

Anonymous said...

masyaAllah..pandai jugak azizul wat komik...keep it up..mudahan dapat menyumbang untuk ummah...

Anonymous said...

sekarang dah ada sistem baru dalam mengajar budak-budak ni...tapi kena tengok dulu macam mana kesannya beberapa minggu lagi.

putra-alkahfi said...

salam.abg cadang biarla setiap silibus ada objektifnya..