12 June 2012

komik Sempoi Zizularts 4: Dualisma dalam perkataan

Membaca status orang di Facebook adakalanya mencetus bermacam perasaan...Paling jelas, rasa tidak selesa apabila berlaku pertentangan persepsi dan beza pendapat. Dan yang sebenarnya, perasaan tidak selesa timbul akibat sifat negatif daripada pertentangan pendapat tersebut. Sifat negatif itu dikesan daripada penggunaan kata-kata dalam lisan dan semasa menaip di papan kekunci. Itulah dia, dualisma....pertentangan dua nilai yang berbeza. Seorang insan boleh sahaja ada dualisma dalam dirinya. Hari itu baik, hari ini dia sudah bad mood. Dualisma lah itu, yang membawa kepada tajuk komik ini.



Tajuknya sangat serius...Tapi komiknya adalah komik sempoi, yang tidak bertujuan lawak...Sementara tunggu sambungan Hikayat Tinju Khairy...saya buat komik pengiring ni....Dualisma paling popular sepanjang masa: cahaya lawan kegelapan, baik lawan kejahatan...Harap pembaca cerna dengan mesej dala komik ini. Syok tak ada warna? Dan Azizi ada dua rupa, rambut pendek sikit (baiklah juga) rambut panjang (mulut bacul). Perkara yang tidak berubah ialah kejujuran Azizi. Eewah!!!! Puji Azizi seperti memuji Zizularts! Jangan jatuh dengan pujian,ya!!

No comments: