21 April 2013

PILIHAN RAYA_Jatuh Sakit lagi

Sekarang kita tak dapat lihat umat Islam Malaysia sebagai majoriti. Dari segi bilangan, ya ramai. Tapi sudah berpecah-pecah. Perkara asas macam kalimah Allah pun sudah berselisih. Rugi kita sekarang.
Lain hal dengan orang Cina. Sokong parti mana pun, mereka akan tetap untung. Mereka tak ramai, tapi kuat mendesak. DONG ZONG itu, degil...tamak...Yang sedihnya, kawan saya yang bijak pandai fikir tindakan Dong ZOng tu tanda mereka prihatin. Tidak, mereka tamak. Mengiktiraf UEC hanya menjauhkan lagi usaha ke arah perpaduan. 
Di belah UMNO, konon nak jaga orang Melayu, tapi pemimpin mereka hidup mewah dengan rasuah. Di padang PAS, mereka hanya fikir Putrajaya, hal Melayu ini beban pada perjuangan agama (orang PAS kata). Pula tu, bertahaluf siyasi dengan organisasi yang terang-terangan tidak menerima Islam. Putrajaya tidak mengatasi sama sekali kebesaran Allah. Itu sahaja. Ubah, siapa yang tak mahu. Tapi jangan gopoh nak buat ubah ini ubah itu. Takut-takut nanti ditendang keluar.
Ayuh, sembuhkan penyakit kecewa begini. Perbaiki diri. BANGKITLAH! Proses kendiri ini berjalan bila-bila masa sahaja, tanpa perlu menunggu waktu mengundi. Jadi rakyat berwibawa! InsyaAllah, akan ada lebih ramai pemimpin yang berwibawa!






No comments: