23 April 2009

Jalan HIDAYAH bukan DHALALAH…



Setiap JASAD yang bernyawa pasti ada ROHnya…

Begitu juga, KOMPUTER ada HARDWARE dan SOFTWAREnya…

Begitu juga SOLAT ada rukun FI’LI, QAULI dan RUKUN QALBInya…

Begitu juga IMAN ada PERBUATAN dan TAKUT&PERCAYA….

Begitu juga CINTA, ada NIKAH dan KASIH SAYANG&PENGORBANAN…

Sampai TANAH pun, fizikalnya buat BANGUNAN tapi dalamannya ada unsur kimia(Oksigen, Hidrogen)…

Semua kat dunia ni, bukan sahaja JASAD dapat dilihat dan rasa tapi ada ROH(DALAMAN)….yang mana luaran dan dalaman saling memerlukan….saling berkait, jika bagus dalamannya bagus juga luarannya.

Begitu juga PERJUANGAN ada AHLInya adan TARBIYAHnya…..

Beruntunglah selepas orang2 memilah jalan tarbiyah untuk mengislahkan diri…..yang memilah jalan HIDAYAH bukkan jalan DHALALAH(sesat) yang ada kesedaran untuk menyebarkan dakwah dan perteguh ISLAM dalam diri…

FIRMAN ALLAH yang bermaksud

“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda2 yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka”(Surah Al-Kahfi:13).

Beruntunglah! Berbanggalah! Bersyukurlah! Orang2 yang berada dalam tarbiyah. Memang bukan ‘make up’ dalam diri kita tapi sebagai ‘back up’ kita di akhirat kelak. Orang2 yang sentiasa diingatkan tentang kebesaran Allah, keluasan Islam dan ingin menyebarkan agama Allah PASTI Allah bagi petunjuk.

Dalam tarbiyah kita akan tahu matlamat hidup dengan lebih jelas, beramal dengan ilmu yang bercambah, membersih hati yang  berdebu, membebaskan diri dari belenggu kejahilan diri, kebodohan si nafsu, melempias agama Allah dalam diri dan menyebarkan syiar Islam.

Maka hidup kita, tak lain tak bukan Allah akan menunjukkan jalan yang lebih baik, jalan apa? Jalan SYURGA. Kat dunia ada apa plak?

Bukankah manusia mencari2 sakinah(ketenangan), mawaddah(kasih sayang dari Allah dan seluruh makhluk), kekayaan.  Kerana Allah pun mencari2 orang yang beriman dan sanggup berkorban keranaNYA..Allah pasti beri apa2 sahaja orang yang ikhlas dalam perjuangan…

Roh dalaman manusia tak lain tak bukan adalah tarbiyah, yang dapat mengingatkan kita pada Allah dan menambah ilmu agama dalam diri. Jika kita tidak diperingatkan, dan duduk dalam keadaan bodoh sombong, takut2 kita menjadi manusia mempunyai jasad tapi tiada roh sebab hilang nilai2 agama dalam diri. ‘nothing’… nilai2 baik datang dari agama, bila dak takde nilai agama maknanya fitrah manusia pun hilang dalam diri…lebih teruk lagi tiada ‘roh’ islam. maka teruskan pilih untuk berada di jalan ini….

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKU (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan2 (yang lain daripada Islam), kerana jalan(yang lain itu) menera-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertaqwa”(Surah Al-An’am:153).

 

1 comment:

Nor Aizat Rahimi B Rostam Rahimi said...

Salam..
benar sekali tu..
tarbiyah tidak akan selesai dgn menghabiskan beberapa buah buku..
namun akan selesai ketika kita selesai menghembuskan nafas yg terakhir..

tarbiyah bukan segalanya, tapi segalanya bermula dgn tarbiyah...