18 December 2008

Tak Kisah yang Membawa Resah



Imam Sahl Bin Abdullah pernah menyebut “Kejayaan terletak pada 3 perkara: Mengambil makanan yang halal, menunaikan amalan yang fardhu, dan mengikut petunjuk Nabi dalam hidup”

Di dalam Ihya’ Ulumuddin, sahabat Nabi, Abdullah bin Umar, Beliau berkata “sekiranya kamu mengerjakan solat seperti busur yang melengkung dan kemu berpuasa sehingga kurus seperti anak panah, amalan kamu tidak diterima melainkan disertakan dengan warak yang mendinding”

Warak yang melindungi bermaksud tidak mengambil sesuatu yang syubhat atau mendekati perkara yang haram. Saya tertarik dan amat meminati seorang ulama’ yang sangat menjaga dan menjauhi perkara2 yang syubhah iaitu Imam Ahmad Bin Hanbal(Mazhab Hanbali).

Sufyan at-Thauri mengingatkan berkata “ Sesiapa yang membelanjakan sesuatu yang haram, dia diumpamakan seperti seorang yang mencuba membersihkan sehelai kain berlumuran najis dengan air kencing, Dosa tidak dapat dibersihkan melainkan dengan yang halal”

Mutakhir ini, ramai orang tidak kisah sama ada pekerjaan, wang dia perolah itu halal atau tidak. Yang penting valid di kedai2, bank2 mahupun mengisi kantung perut mereka. Bukan setakat mencuri, merampas harta benda, memakan riba bahkan ada yang sanggup menjual tubuh badan mereka alasannya untuk mendapatkan sesuap nasi. Di mana rasionalnya? Banyak lagi pekerjaan, sedangkan seramai 2.1 juta warga asing bekerja ditempat kita, masakan hujan batu di negeri sendiri???

Duit yang haram, sumber yang tidak jelas mana datangnya bukan menyebabkan amal ibadah juga makin jauh dari Allah. Mungkin kita kena fakir 3 perkara lagi!!
Adakah dengan menggunakan duit yang yang haram itu kita akan selamat, kereta/rumah i2 semua makhluk Allah. Adakah harta benda ini kekal dengan sumber yang tidak baik?
Setiap daging yang haram tumbuh selayaknya api neraka, apakah kita sanggup masuk neraka? Apa jawapan yang patut kita beri bila mana berhadapan dengan Allah kelak?
Sumber yang tidak baik itu juga akan diberi pada anak2 atau isteri. Anak2 yang tidak baik akhlaknya, mungkin juga dari pemberian yang tidak baik…

Semoga dengan peringatan ini, kita akan dapat muhasabah diri kita. Melahirkan umat yang cerdas, baik akhlaknya, jiwa nya sentiasa berada di landasan Islam, berkiblatkan Allah semata, walaupun dengan sumbernya.
Jangan tak ambil kisah, nanti akan membawa resah di akhirat kelak….



No comments: