23 January 2009

PeRsauDAraan dari KaCa Mata ISLAM....




Saudara sering kali diungkap apabila dua orang yang mempunyai pertalian keluarga. Namun saudara dalam islam mencakupi skop yang lebih luas dari seutas pertalian kekeluargaan. Persaudaraan Islam meliputi semua tidak kira bangsa, agama, warna kulit mahupun harta dan pangkat.

Islam tidak menyuruh penganutnya mengenali sesama Islam sahaja tapi saling kenal mengenal seluruh pelusuk manusia. Ini dibuktikan melalui firman Allah s.w.t. bermaksud “Wahai manusia! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.(Surah Al-Hujurat:13).

Selain uslub dakwah melalui Al-Quran, Rasulullah juga diutuskan untuk orang Arab semata, penegasan ini di buat oleh Allah dalam Quran, “Dan kami tidak mengutuskan kamu melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”(Surah Sabak:28). Mengenai ayat ini, Imam Qatadah berkata “Allah mengutuskan Nabi Muhammad kepada golongan Arab dan Ajam(bukan arab).

Ini dibuktikan semasa era pemerintahan Umar Khattab beberapa perjanjian dibuatoleh khalifah dengan golongan bukan Islam berhubung hak-hak mereka. Antaranya seperti yang disebutkan didalam kitab Tarikh Al-Tabari (Dar al-Maarif, jilid 3) iaitu, “Keselamatan jiwa dijamin, demikina juga dengan harta benda, gereja-gereja dan tempat ibadah mereka. Gereja-gereja mereka tidak diduduki, tidak diruntuhkan ataupun dikurangkan. Harta benda gereja tidak diambil dan tanda-tanda salib dibiarkan. Mereka tidak ditindas kerana perbezaan agama dan tidak sesiapun mereka disakiti.

Hebatnya Islam sudah tergambar dari menghormati hak-hak mereka, namun perundangan, tempat ibadah dan hak perlindungan. Penulis yakin, jika uslub dakwah ini ditonjolkan semua pemimpin Islam, Negara-negara Islam pasti dicontohi bukan setakat bersidang tapi tonjolan sejarah yang disinari kembali pasti menegakkan system Khalifah semula. Hal ini dijelaskan oleh Robert Briffault di dalam The Making of Humanity.

Beliau berkata, “Konsep kebebasan manusia, persaudaraan sesame insan dan persamaan hak di kalangan manusia termasuk hak untuk bersuara merangsang beberapa kejadian penting dalam sejarah seperti Revolusi Perancis, Deklarasi Hak Asasi Manusia di Negara Amerika. Konsep-konsep ini bukanlah ciptaan barat tetapi diciplak dari Al-Quran”.

Mengapa subjek ini menjadi focus, kebanyakan orang Islam mengangap hanya perlu menjalinkan silturrahim sesama Islam. Sikap asabiyah ini sama sekali tidak memperkembang dakwah Islam, untuk menegakkan daulah Islamiyah memerlukan kesatuan dan perpaduan. Walaupun atas nama globalisasi, modenasasi acuan untuk maju tetap sama iaitu bergerak dalam penuh kesatuan tanpa kepincangan. Kekuatan dalaman adalah lebih awlawiyatnya dari luaran, maksud penulis lihat sahaja keruntuhan pemerintahan Islam jatuhnya kerana manusia mula cintakan dunia, rasuah berleluasa dan perpecahan ummat memusnakan Negara.

Persaudaran dalam Islam, penulis lebih suka kita berbalik pada hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.a.w. Baginda telah bersabda “Rahim (hubungan kerabat) adalah (pertalian yang saling bertaut) seumpama akar pokok, (namanya diambil) daripada nama Ar-Rahman. Lalu Allah berfirman: “Sesiapa yang menghubungkan kamu, Aku akan menghubungkan kamu dengan rahmatKu. Sesiapa yang memutuskan kamu, Aku akan memutuskannya (daripada mendapat rahmatKu).” Hadis ini diriwayatkan Bukhari. Imam al-Qurthubi berkata: “silaturrahim yang wajib dihubungkan ada dua jenis iaitu umum dan khusus.



Yang umum ialah silaturahim agama. Ia perlu dihubungi melalui berkasih saying, nasihat menasihati, bersifat adil, menunaikan hak-hak yang wajib seperti memberi slam dan memenuhi jemputan. Yang khusus pula, perlu di hubungi dengan semua perkar tersebut disamping memberi nafkah, mengambil berat tentang mereka dan memaafkan kesalah mereka.

Banyak lagi gambaran persaudaraan dalam Islam yang ingin ditonjolkan, ukhwah yang hebat inilah menjadi asas kekuatan umat Islam. Chemistry atau hubungan sesama Islam asasnya ialah akidah yang mantap seperti Muahjirin dan Ansar, walaupun belum pernah bersua, orang-orang Ansar membantu sepenuh jiwa mereka bukan setakat material tetapi kasih saying yang sangat mendalam menjadikan ukhwah mereka membina negara Islam yang pertama didirkan atas dasar akidah yang salim.

Akhir kalam, penulis mengajak agar umat Islam bersatu dan faham Islam bukan sekadar ibadah tetapi faqih dalam Islam. Islam sangat universal, mencakupi segenap zaman dan syumul. Islam yang ditonjolkan bukan sekadar individu malah perlu diangkat oleh pemerintah-pemerintah Islam. Persaudaraan dengan bukan Islam dan sesame Islam jangan dianggap enteng tetapi besar maknanya dalam uslub dakwah memperkembang Islam di mata dunia. Wallahu ‘alam.

No comments: