09 November 2008

Sesal dahulu pendapatan, SESAL KEMUDIAN KEDAPATAN SUDAH

Rakan saya baru sahaja kehilangan ahli keluarga yang terdekat, moga roh arwah ditempatkan dalam golongan orang yang soleh. Alhamdulilah,rakan saya sangat tabah dalam menghadapi ujian ini tatkala tsunami peperiksaan akhir akan melanda dua hari lagi.

Apa yang ingin diambil iktibar ialah rasa sesal sahabat ini, tidak mempelajari solat jenazah. Tidak mampu menunaikan solat jenazah dengan sempurna, rasa sesal yang diulangi. Dari segi hokum, bukanlah wajib. Saya teringat Ustadz saya mengatakan sebagai seorang anak lelaki sebaiknya dial ah yang mengimami jenazah ahli keluarganya. Anak lah yang sewajarnya memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan. Tidak salah jika tak buat, tapi sebagai SATU PENGHORMATAN, kasih yang menggunung dari kecil, comfirm tak kan terbalas. Apa salahnya seorang anak berbuat baik kali terakhir. Kita mesti mengimpikan anak2 kita akan menguruskan jenazah kita….

Rakan2 yang masih ada kesedran, marilah kita lakukan 3 perkara ini:
1) Jika ibu bapa masih ada, berlaku ihsan lah kita padanya. Pahala di dunia, syurga menanti.
2) Pelajarilah ilmu agama, walaupun ia fardhu kifayah, jangan diambil enteng perkara yang remeh.
3) Sebagai anak soleh, doakanlah kesejahteraan ibu bapa kita, tak kira hidup atau sudah meningal dunia, kasihnya mereka dengan apa yang kita balas, bezanya segunung emas dengan secupak santan yang jauh nilainnya.

1 comment:

miashuhada said...

salam...tersentuh sikit bila terbaca sesuatu yg berkaitan ibubapa ni..sebagai anak takkan terbalas segala jasa ibubapa terhadap kita sepanjang hidup..pernah emak berpesan supaya matinya nanti mahu diuruskan anak-anak sendiri..hati tersentuh mendengar..walau emak masih ada saya selalu berdoa agar hajat emak dapat kami adik-beradik makbulkan..

Hargailah ibubapa kita selagi ada..doakan mereka sekiranya telah kembali ke rahmatullah...