01 November 2008

keTENANGan

Ketenangan Hati

Ruh dan jasad ada ikatannya. Tenangnya roh pasti menujukkan riak2 wajah ceria. Cerminan ketenangan adalah satu benda yang subjektif mengikut diri seseorang. Ramai juga rakan bertanya kepada saya knape hati tak tenang? Apa caranya?mahupun apa doanya?..sahabat2 sekalian sebanarnya ketenangan datang dari Allah. Kenapa Allah menguji kita dengan tidak memberi ketenangan? I2 iradah mutlaqah Allah(kehendak mutlak Allah), kita tiada hak untuk persoal..

Kesibukan dengan fatamorgana dunia sebagai tujuan, kita alpa akhirat yang menanti…sepatutnya dunia menjadikan kira semakin ma’rifatullah(mengenal Allah), betullah kata “tak kenal maka tak cinta”..tidak mengenal diri sebagai hamba pun akan menjadi masalah pada kita, seorang hamba patuh, taat dan cepat dating kepada tuannya jika dipanggil, adakah kita layak dipanggil Hamba Allah sedangkan kita masih mampu berbuat dosa dihadapan Allah? bila azan diseru, kita masih mampu menangguhkannya?..sebenarnya kita lagi hina dan tak layak dipanggil hamba, darjat kita masih bawah dari hamba…

“Ya Allah, aku mohon daripadaMu jiwa yang tenang, yang beriman dengan pertemuan denganMu dan berasa cukup dengan pemberianMu”(Tafsir Ibnu Kathir jilid 4 hlmn 65, al-Alusi, jilid 16, hlmn 238). Diriwayatkan oleh hafiz Ibn ‘Asakir, dalam terjemahan Rawwahah bt. Abi ‘Amru al-Auzai, daripada bapanya, berkata bapanya, berkata dari Abu Umamah bahawa Rasulullah s.a.w. mengajar doa d atas kepada seorang lelaki.

Dr. Aid al-Qarni menjelaskan, ketenangan dalam ayat yang bermaksud: “Mengingati Allah s.w.t. merupakan sumber ketenangan, taman syurgaNya d dunia lagi. Sesiapa yang gagal memasuki syurga akan gagal juga memasuki akhiratNya kelak.Mengingati Allah mampu menjadikan kita selamat daripada kegelisahan dan keluh kesah. Cubalah mengingati Allah, untuk memperoleh penawar hati yang gundah.(La Tahzan, Bab ala bizkirillahi Tatma’innul Qulub)

No comments: