PETIKAN KATA PENDAHULUAN OLEH PENULIS:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad pesuruh Allah, juga doa buat seluruh sahabat beliau dan generasi yang menuruti petunjuknya sehingga hari kiamat.
Buku ini mengajak pembaca dan khususnya pengguna laman sosial paling berpengaruh di dunia iaitu Facebook bagi mengaudit dan muhasabah tatacara penggunaannya.
KOMENTAR PENULIS:
Saya sudah dapatkan buku ini baru-baru ini dan kini sedang berusaha mengkhatamkannya. Dari sini kita boleh ketahui panduan menggunakan Facebook dan blog mengikut neraca Islam. Tiada agama lain yang boleh memberi panduan pada etika berinteraksi (online mahu offline) sebaik agama Islam. Benda yang baik, kita promosi. Maka adalah digalakkan untuk pengguna Facebook mendapatkan buku begini, sebagai mana dalam petikan kata pendahuluan tadi: BUKU INI MENGAJAK PEMBACA DAN KHUSUSNYA PENGGUNA LAMAN SOSIAL PALING BERPENGARUH DI DUNIA IAITU FACEBOOK BAGI MENGAUDIT DAN MUHASABAH TATACARA PENGGUNAANNYA.
Dan lagi satu, nantikan kemunculan komik terbaru saya. Tidak, bukan Komik Sempoi Zizularts. Namun komik serius zizularts!
Ini adalah gambar pembikinannya. KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR
No comments:
Post a Comment