31 May 2012

Tatkala Zizularts mengajar sejarah

Assalamualaikum, semua pembaca yang saya doakan terpelihara iman dan sentiasa dilimpahi rahmat Allah. Untuk menutup tirai bulan Mei, maka saya nukilkan kisah sendiri dan cuba muhasabah kembali daripada kisah tersebut. Kawan-kawan alam maya yang melayari Facebook pasti tahu saya dah bertugas menjadi guru ganti di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Putih, atau singkatannya SMKAP di Kuantan.

Kemudian, setelah satu bulan lebih mengajar (ya ke saya mengajar) saya buat satu keputusan drastik. Saya mahu berhenti jadi cikgu. Saya berikan alasan yang berlapik: 1) Mahu cari kerja lain. 2) Mahu mencari kerja lain. Oh, rupanya cuma satu alasan sahaja. Dan dalam blog ini saya beritahu kamu semua alasan di sebalik alasan tersebut. Alasan sebenar: 1) Saya memang nak tukar kerja. 2) Saya mahu berkomik semahunya, dapat mulakan kerja komik lebih serius dengan lebih awal, maka lebih baik. 3) Pelajar SMKAP sangat-sangat menyakitkan hati para cikgu. 4) Jiwa saya meronta-ronta bila mengajarkan silabus Sejarah Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sedang saya mahu sahaja menyampaikan aspek sejarah yang tersembunyi daripada buku teks sekolah.

Alasan keempat adalah sebab terkuat untuk saya berhenti mengajar di sana. Manakala alasan pertama, untuk mendapat kerja dengan tangga gaji yang lebih baik. Ingat, jadi guru ganti cuma dengan kelulusan SPM sahaja. Sebagaimana yang disebut sebelum ini, alasan pertama ini yang saya jadikan alasan berlapik untuk resign. Tidak perlu ulas panjang tentang hal itu.

Kita mula dengan alasan kedua: Saya mahu berkomik semahunya. Benar, sejak akhir ini saya melayari FB saya dapati pekomik-pekomik ini menjadikan hasil tangan mereka sebagai idea teras untuk menyampaikan sesuatu pada masyarakat. Kata penulis skrip Komik Misi 8A, Misi 10A; Nazry Salam ialah melukis komik adalah satu perjuangan. Bukan cara untuk mencari duit.

Meskipun bukan cara termudah mencari duit, mentaliti menghasilkan komik sama sahaja dengan berniaga. Iaitu sampai bila pun kita tidak akan terbitkan komik jika masih meletak persepsi bahawa melukis itu sekadar hobi semata. Di sinilah pelukis wajar menjadi profesional walaupun bukan profesional seperti peguam, jururtera, apatah lagi doktor. Maknanya, mereka tidak menunggu untuk idea datang, mereka tidak menunggu hingga datang kesempurnaan pada karya mereka. Dan cara kerja mereka ada sistem.

Dan saya, cuba untuk mematuhi profesionalisma dalam berkarya...Meskipun belum pernah menerbitkan mana-mana komik di bawah label KOMIK-M, mahu pun GEMPAKSTARZ. Saya tidak fikir penghasil  komik gratis (percuma) lebih rendah darjatnya daripada pelukis komik yang sudah menghasilkan komik yang maujud yang boleh dipegang, disentuh-sentuh. Doakan saya untuk mencapai konsitensi dalam gerak kerja dan dapat menerbitkan komik yang bermanfaat pada masyarakat, wahai pembaca. Amiin.

Aduh, huraian untuk alasan SAYA MAHU BERKOMIK SEMAHUNYA begitu panjang. Anda masih bersama saya. Bagus, dan terima kasih. Saya teruskan lagi.

Pergi ke alasan ketiga: Pelajar SMKAP sangat menyakitkan hati. Saya mula dengan komposisi pelajar di sekolah tersebut. 86% pelajar adalah berbangsa Cina/ Tionghua. Mudah cerita, dalam seratus orang pelajar depan anda, ada 86 orang pelajar Cina. Manakala, yang selebihnya ialah Melayu atau India. Maka jangan hairan apabila dalam satu kelas, semuanya pelajar Cina. Jadi apa masalahnya? Ini yang saya mahu beritahu, masalahnya pada sikap pelajar Cina tersebut.

Jika anda fikir semua pelajar Cina adalah bijak dan pandai kira-kira, maka anda silap, mereka tidak bijak langsung. Sudahlah mereka ini tidak bijak langusng, malah adab pun tiada dalam kamus hidup mereka. Dan mulalah saya mengaitkan dengan politik. Pelajar yang kurang ajar inilah yang akan jadi pelapis atau penyokong kuat ultrakiasu macam DAP, atau Gerakan dan tidak lupa pada taiko besar mereka PAP di Singapura. Mereka ini memang tidak mahu bercampur atau memahami bangsa lain, jika tidak masakan penguasaan Bahasa Melayu masih merangkak-rangkak. Sampai tidak boleh baca teks dalam buku Sejarah..Tingkatan Dua!

Mereka ini lepasan SJKC (sekolah kebangsaan jenis Cina), maka sudah tentu tidak bercampur dengan bangsa lain. Tambah teruk lagi, cadangan untuk menghalau guru yang tiada asas Bahasa Mandarin daripada SJKC seolah mahu menghalang perpaduan dan membiarkan mereka membentuk ghetto Cina sendiri. Ini semua hasil dakyah Dong Zong yang mahu pendidikan sehabis Cina pada generasi muda. Dan sekolah agama kekal terbiar, tersorok walhal pendidikan agama yang lebih layak diutamakan. Jadi, wahai rakan taulan dari PAS, orang DAP itu mulut sahaja sebut bulan, hati tetap komunis, roket...jiwa kapitalis. Berhati-hatilah.

Dek sikap inilah, saya asyik marah-marah sepanjang masa PnP. Dek biadapnya mereka, saya dah ringan tangan menampar budak Cina hasil dakyah Dong Zong ini. Disebabkan kurangnya sabar dan risau mudarat pada saya dan mereka, keputusan akhir dibuat. BERHENTI!

Pada alasan yang terakhir ini: Jiwa saya meronta-ronta sama ada terus mengajar mengikut silabus buku teks Sejarah atau menyampaikan sesuatu di luar konteks. Hal ini yang menggugah semangat saya. Katalah apa sahaja, saya tetap berkata: Aku tidak mahu mengajar sesuatu yang menghina psiki bangsa sendiri. Kita ringkaskan kandungan silabus sejarah seperti berikut.

Buku teks bermula dengan definisi, kaedah, dan perolehan sumber. Tiada masalah di situ. Kemudian kita selak bab seterusnya. Manusia zaman prasejarah, masih lagi okey. Kemudian, tiba-tiba maju pula dalam bab Kesultanan Melaka. Selepas itu terus ke zaman penjajahan. Dan penjajahan. Penjajahan lagi. Boleh dikatakan, 70% kandungan buku teks sejarah murid Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga adalah berkisar pada penjajahan semata. 30 peratus lagi, sedikit tentang kegemilangan. Seolah kita bangga pula dengan penjajahan pada umat di Tanah Melayu ini.

Saya kisahkan ringkas hal sejarah yang di luar konteks buku teks. Dalam satu bab sahaja; perang Portugis dengan Kesultanan Melaka. Murid Tingkatan Satu dimomokkan dengan kebodohan tentera Melaka melawan askar Portugis dengan keris, tombak dan lembing. Easy win bagi angkatan Alfonso de Alburquerque. Dan digambarkan pula pertahanan Melaka hanya setakat pacak kayu semata.

Sekarang saya sampaikan pula sejarah di sebalik sejarah atau yang di luar konteks. Jika benteng pertahanan Melaka sebegitu lemah sekali, buat apa Portugis bersusah payah mahu merasuah saudagar dan beberapa pembesar? Tembok Melaka bukan sekadar kayu, bahannya ialah laterit (batu putih) yang banyak terdapat di Melaka. Ingat ini, kekuatan angkatan Melaka adalah pada peperangan laut. Hilang ketumbukan tentera laut, maka 60% kekuatan askar Melaka merosot sekali dek Laksamana Khoja Hasan membelot pada saat perang. Hilang kapal perang, hilang angkatan laut.

Dengan Melaka sebagai pelabuhan yang lebih gah daripada Venice, masakan tidak ada pengetahuan tentang senjata api masuk ke negeri makmur begitu? Askar Melayu sebenarnya ada senjata api seperti istinggar, terakol (nenek moyang pistol), pemuras (nenek moyang shotgun), dan lela rentaka (sila lihat filem Queens of Langkasuka). Bahkan Laksamana Hang Tuah dahulu pernah berangkat ke Turki Uthmaniyyah untuk membeli beribu pucuk meriam. Kenapa yang ini tidak dihebahkan? Namun saya tidak nafikan, kekalahan Melaka juga difaktorkan daripada kerosakan moral yang berlaku waktu itu.

Sekarang, bila tengok pahlawan Melayu berkelengkapan dengan terakol atau istinggar, mulalah ketawa terkekeh tidak percaya pada fakta itu. Jadilah orang Melayu memandang hina bangsa sendiri dek terbuta dengan sejarah buku teks.


Penutup: Selepas daripada itu, saya sedari saya memang tidak sesuai menjadi cikgu. Ada baiknya saya berniaga sendiri, berusaha menghasilkan karya sendiri, dan saya juga masih kasihan dengan mereka. Bukannya saya benci bangsa Cina, saya sendiri penat mengajar mereka. Dan bila saya tahu ada antara mereka yang kekurangan upaya, kemanusiaan mengatasi perkauman...Saya benar-benar mahu murid itu terus tabah belajar di sana. Semoga mereka berjumpa guru yang lebih baik dan penyabar.

No comments: