Sekarang, demam pilihan raya...Sedang sakit politik dah lama membarah.. Bertahun lamanya. Pihak sana, pihak sini sama-sama memporak-perandakan suasana negara kita. Yang tersepit tengah-tengah sekarang ini, ialah golongan majoriti senyap.
Ada tiga kata kunci di sini.....
1.DEMAM
2.SAKIT
3.MAJORITI SENYAP
Demam bukanlah sesuatu yang menyihatkan. Demam itu petanda kita sakit. Bagaimana mahu mengukur demam? Dengan menyukat darjah kepanasan. Lebih dari takat normal, maka demamlah ia. Maka, demam itu adalah situasi yang melebihi tahap biasa. Demam itu teruk. Betul, kan?
Maka, sudah-sudahlah bermain politik. Nanti demam tak hingat dunia. Cara untuk tidak demam, ialah seimbang, kuat ketahanan diri. Ketahanan diri melalui mendekatkan diri kepada Allah. Itu dijamin tidak demam politik.
Sakit...apa pula nak dijelaskan? Sakit apabila fungsi badan terjejas. Berdasarkan cakap para saintis, sakit adalah sensasi kurang senang yang dirasai oleh reseptor dan merebak ke seluruh saraf dan sampai ke otak untuk respon terhadap tindakan yang mengakibatkan kesakitan tersebut. Orang yang gila berpolitik memang kena penyakit ini. Ada beberapa derianya dah berkurang sensitiviti. Reseptornya dah ditutup dengan dadah sentimen, derianya kurang peka dengan perasaan orang sekitar. Dia sentiasa betul. Orang lain salah. Serba salah orang lain dibuatnya. Yang rosak adalah ukhuwah. Yang untung adalah pihak oportunis yang suka umat Islam mabuk/sakit dengan politik.
Majoriti senyap...adalah orang yang berhati kering. Mereka pendam rasa lama-lama, sampai masa ia akan meletus juga. Mereka tidak mahu terlibat dengan sengketa politik ini. Kerana bosan dengan permainan UMNO, PAS. Mereka juga tahu MCA, DAP, GERAKAN ingin menangguk air keruh dalam situasi sekarang. Majoriti senyap ini paling malang. Tersepit di tengah-tengah....
Di musim pilihan raya ini, mereka dilema untuk mengundi parti mana. Dari situ slogan ini muncul: UNDI CALON MUSLIM BERWIBAWA.
Bersambung....
No comments:
Post a Comment