02 April 2011

RINGKAS SAHAJA.

Ini adalah prion, struktur protein yang bukan DNA, dia lebih halus daripada DNA (Asid Deoksiribonukleik). Jadi, apa masalahnya dengan prion ini? Ha, prion inilah penyebab jangkitan kepada wabak kuku dan mulut pada haiwan ternakan. Sampai sekarang masih bingung, ini bukan virus, dan bukan bakteria. Macam mana nak guna ubat antivirus dan antibakteria? Tak boleh pakai...

Yang ini virus tersohor sepanjang zaman. HIV, sejenis retrovirus yang semua orang tahu. HIV tidak membawa penyakit, tetapi membinasakan benteng ketahanan badan kepada penyakit. Selepas HIV masuk membinasakan benteng imunisasi, penyakit-penyakit lain pun menyerang serentak, dengan pakej. Ubat kepada HIV? Ada...sekitar 1998 dulu. Nama ubat itu AZT. Namun AZT sudah kurang penggunaannya hari ini kerana HIV yang kita kenal hari ini sudah lali dan tahan kesan ubat AZT ini, carilah detail lagi tentang AZT. Manfaatkan Google di komputer anda. Buatlah "research", jangan "search" sahaja.



Kelip-kelip, kunang-kunang, firefly, lampyrid beetle, lightning bug adalah beberapa nama untuk serangga ini. Uniknya, mereka boleh menghasilkan cahaya di hujung abdomen mereka, dengan tindak balas kimia antara luciferin dan luciferase. Bukan macam mentol lampu, guna haba dan arus elektrik yang kurang jimat. Kenapalah saya ceritakan perihal kelip-kelip ini? Sebab jadi fokus kajian tesis saya mungkin.. Apa pun, luciferin itu bukan asalnya dari nama Lucifer, that Biblical devil. Tapi terbit dari terma Lucifer yang bermaksud Bintang Pagi.

Di galaksi ini kita berada, dalam Bahasa Melayunya Galaksi Bima Sakti, Inggerisnya pula Mily Way. Saya pun tak tahu kenapa namanya Jalan Bersusu. Jika diumpamakan matahari sebesar titik kecil, maka satu galaksi adalah sebesar negara China, luas kan?

Akhirnya, selepas beberapa contoh tadi, baru kita sedar kan? Kita tidak berkuasa pun ke atas sesuatu di alam ini. Ya, manusia ada hak untuk memilih dan bertindak berdasarkan pilihannya. Tetapi kita tiadalah berhak untuk berlagak Tuhan, mengambil alih tugas Allah, dan seterusnya syirik kepadaNYA. Apa hak kita untuk guna peraturan ini, berlagak Tuhan. Kita masih diancam benda sehalus HIV, prion yang terlalu halus itu juga menyusutkan bekalan daging ternak kita, dan kita masih lagi tidak tahu isi alam ini seluruhnya.

Kekuasaan Allah menjadikan sehalus-halus kejadian, dan sebesar-besar ciptaan untuk mereka yang berfikir. Allah, jadikan kami sentiasa bertaubat dan mengingatimu.

No comments: