07 September 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri



Salam Ikhwah dan Akhawat yang di bawah naungan rahmat Allah s.w.t sekalian.

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. yang kita masih berada dalam lautan maghfirah Allah iaitu di bulan Ramadhan, bulan yang penuh cahaya keampunan dan hujan rahmat yang tak putus-putus dari Allah Azza Wajalla.

Perasan atau tidak, selain daripada maqasid puasa menjadikan kita orang bertaqwa, maqasid lain Ramadhan juga adalah bulan keampunan seperti dalam hadis Rasullah s.a.w. “…ghufiralahu ma taqaddama min zanbih” iaitu akan diampunkan dosa-dosa kita yang lalu.

Cantiknya pula, bila dosa-dosa kita diampunkan Allah s.w.t. hubungan kita dengan Allah s.w.t baik maka hubungan dengan manusia juga secara automatik akan baik..sesuai dengan tradisi orang melayu yang saling bermaaf-maafan dengan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai di Hari Raya. Ikhwah dan akhawat juga hendaklah menjaga hubungan denagan seluruh keluarga kita kerana mereka juga adalah ‘market’ dakwah kita.

Teringat akan kata-kata Prof. Dr. Yusuf  Al-Qardhawi, orang-orang yang mendokong ‘jalan ini’ seharuslah mempunyai 3 ikatan iaitu ikatan aqidah, ikatan fikrah dan ikatan perasaan yang kuat. Dalam melaksanakan amal jam’ie ketiga-tiga ikatan adalah sangat dituntut.

Ikhwah dan akhawat yang balik ke kampung halaman masing-masing diingatkan bersama agar memandu dengan hemah untuk kesahteraan diri dan ummah dan selamat kembali ke Johor nanti.

Saya mewakili kepimpinan PEMBINA Johor memohon maaf sekiranya ada terlanjur kata-kata dan perbuatan yang tak disenangi. Firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nur ayat 22  ” Dan hendaklah saling memaafkan dan berlapang dada, tidakkah kamu suka Allah mengampunkan dosa-dosa kamu? ”. Dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.


HAIRULANUAR BIN ASHAR
SETIAUSAHA PEMBINA JOHOR
(mewakili seluruh Jawatankuasa PEMBINA Johor)


No comments: