Perjalanan Takdir yang Menakjubkan
Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang lelaki meminta sedekah.
Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang lelaki meminta sedekah.
Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu. Tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah saya memberikan makanan kepada pengemis ini?"Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suami yang dicintai yang telah menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup kembali pintu!"
Dengan kuasa Allah, pada suatu ketika si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda. Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku perceraian.
Tidak lama setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota. Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka pintu ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya. "Wahai suamiku bolehkah saya memberikan sesuatu kepada pengemis ini?" Suaminya menjawab, "Berilah makan kepada pengemis itu."
Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk ke dalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis kerana saya menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?" (mana la tahukan isteri menangis sbb xdapat makan daging ayam)
Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih dan sambil terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku. saya sedih dengan perjalan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu." Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami sedikit terkejut, tetapi segera ia pula bertanya "Dan tahukah engkau siapa saya yang kini menjadi suamimu ini. saya adalah pengemis yang dulu diusirnya...!"
Kawan2 sekalian, cerita ini saya nak kupas dengan skop yang lebih luas lagi, meh kita fikir jap:
1) Tentang sedekah. Banyak orang fikir sedekah akan mengurangkan harta, cuba kita lihat sahabat Nabi Muhammad s.a.w., Usman bin Affan, Abu baker As-Siddiq, Abdul Rahman B. Auf, adakah sedekah makin berkurang harta mereka??? MALAH MAKIN BERTAMBAH HARTA MEREKA. Ada satu hadis menceritakan tidak kedekut dan pemurahnya Nabi kesayangan kita. Diriwayatkan daripada Jabir B. Abdillah ra beliau telah berkata: “Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah sama sekali dipinta sesuatu, lalu baginda berkata: “Tidak.”(HR Bukhari, Muslim dan At-Tirmizi)
2) Dari crita ni, andaikan kita yang selalu meminta kepada Allah, Allah tak pernah sama sekali menolak permintaan kita, klu masih tak dapat pun ditangguhkan atau dapat di akhirat kelak. Maknanya Allah selalu memberi tapi kita manusia selalu tidak memberi(menyerah tunduk ikut perintah Allah, selalu buat maksiat pada Allah). Nikmat melihat, bergerak, xcacat anggota, semua nikmat ni kita tak minta pun tapi Allah bagi juga, hatta kita melakukan dosa dengan menggunakan nikmatNya lagi. Nak menunjukkan Ar-Rahman dan Ar-Rahimnya Allah pada kita.
3) Di masa cuti semester pasti ramai pulang ke rumah. Ambil peluang ni untuk buat baik pada ibu bapa bukan buat bodoh, buat peta kat bantal, buat hal mahupun buat2 tak tahu(mengadap TV samapai takde siaran, tolong makan tapi tak tolong masak, tak bersihkan rumah, habiskan masa dekat handset untuk lepaskan nafsu rindu kat pasangan). Jangan buang masa dengan benda tak berfaedah, kita selalu minta kat mak bapa bila berjauhan, balaslah jasa baik mereka masa cuti ni. Jangan jadi anak xtahu kenang budi macam si tanggang, menyusahkan mereka banyak kali. Cukuplah……
4) Akhir sekali, cerita ni nak gambarkan KEINDAHAN ISLAM, sepatutnya orang islam membalas perkara yang baik walaupun orang berbuat jahat pada kita. Ini sifat seorang muslim. Ingat perbuatan jahat kita pasti akan dibalas even sebesar zarah, boleh jadi kat dunia dapat kat akhirat pun dapat(double package lagi).
No comments:
Post a Comment