14 September 2011

Sketch: The Best of ERI, (sekarang saya berceloteh...)

Semasa memikirkan apa watak yang saya fikirkan untuk melukis sebuah komik dakwah....Saya memikirkan designnya dahulu...kemudian namanya...Dan nama itu ialah Diana Ariel, yang para pembaca kenali sebagai ERI. Dan selepas itu mulalah perwatakan Eri diperinci...inci demi inci...dan kemunculan pertama Eri adalah pada pengetahuan saya masih lagi kurang ketika itu...tak cakna kononnya.Komik pertama: Eri Talkin about Veil adalah titik mula, hasil yang tidak matang ketika itu. Jangankan mewarna, guna tone kelabu pun saya tak pandai!

 Nah, sekarang saya buatkan lakaran..dengan warna penuh untuk mengimbau kembali waktu pertama melukis komik ni.Sekarang cerita saya dahulu dipekemas (sebenarnya tak kemas juga..kan ni sketch kasar) dengan teknik mewarna. Lupa nak bagitahu, tulisan ini memang 100% pendapat saya, sebab watak ERI saya yang lukis. Tak gitu?

Kemudian zizularts melakukan ribut minda (brain storming), apa latar belakang Eri? Macam mana dia ada kesedaran pada tarbiah. Ketika itu saya masih menghadam buku Fathi Yakan, Maaza Ya'ni atau dikenali orang PAS dengan tajuk Apa Erti Saya Menganut Islam. Dan tanpa mengikut urutan masa, saya kisahkan pula tentang usrah. Klik sini untuk baca. Therefore, saya paparkan Eri yang bergaya kosmopolitan (betul ke kata ni?).
Memang kesilapan saya, watak kak Nisa ini terus senyap begitu sahaja....Ini kerana saya mempunyai masalah. Kebanyakan watak dalam komik saya adalah mereka yang sedang membangun dan jatuh sekali sekala , juga ada perangai yang tak sepatutnya macam Azizi yang panas baran, bahkan Eri juga ada masalah dengan obsesinya pada video game dan arked. Melukis watak yang established, thiqah dan bersifat murabbi macam kak Nisa adalah halangannya dan saya memang kekurangan rujukan untuk itu. Mungkin kena tanya mereka yang lebih arif tentang hal macam ini.

Idea dalam otak saya sering memintas-mintas, dan di sini muncullah watak baru dengan bimbingan watak yang sedia ada...Syazliana Azreen atau timangannya ERIN, adik kembar Eri. Kerna Eri telah banyak menyentuh perkara perihal tudung, ketabahan, dan perkahwinan...saya menimbangkan satu watak khusus untuk bicara ekonomi dan kewangan Islam. Atas dasar itu ERIN tercipta..Ohhh kasih tercipta. Macam lagu Anuar Zain pula.Lantas aku pun terbitkan ERIN= Eri's Double selepas kena demam Upin dan Ipin (mungkin).
Disebabkan mereka kembar seiras, dah tentulah saya letakkan sedikit perbezaan. Paling jelas ialah pada skim warna pakaian mereka selain sikap dan profesion. Sejak reti mewarna lukisan sendiri, saya telah meletakkan warna utama pakaian mereka. Dengan sifat Eri yang bersemangat tinggi dan agak bijak juga, warna ungu menjadi warna yang tetap untuk Eri. Erin, yang sedikit fragile dan mentah (sebab dia watak baru) mempunyai tona warna biru cerah yang lembut. Dan rekaan tudung dan baju Erin saya buat lebih teliti dan terperinci berbanding Eri. Lagi pun warna biru muda yang lembut ini untuk sepadan dengan satu watak lelaki yang juga suka berbaju biru bila Erin bersuami nanti (Siapa lelaki yang jadi suami Erin, cerita lain kali).
Baiklah, itu sahaja celoteh saya tentang The Best of Eri. Saya pun tak sangka, daripada satu watak sahaja, ceritanya sudah pelbagai.ERI bagi saya perlambangan muslimah yang bijak, sedang maju dan banyak potensi untuk mendidik orang sekelilingnya....walaupun suka main game.
Saya akan lukis ERI sampai ke cerita dia dah berumah tangga.Renung-renungkan dan selamat beramal!

1 comment:

Anonymous said...

keep a good work...i will wait for your next art...gambate!!! b^^d