15 December 2008

Pendidikan islam yang KIAN PUDAR


Berkata almarhum Sayyid Quthub: “Sesungguhnya method pendidikan Islam bertujuan untuk menegakkan masyarakat yang bersih, tidak digejolakkan pada syahwat pada setiap waktu, dan tdak pula ditegangkan derapan darah dan daging setiap saat. Maka proses tegang yang terus-menerus mengakibatkan gejolak syahwat yang terpendam dan tak terpuaskan. Tipuan pandangan dan gerak-geri menggairahkan, solekan yang dipamerkan, tubuh yang setengah terbuka, semua itu tidak berbuat sesuatu kecuali menimbulkan syahwat kebinatangan dan terlepakan kendali urat saraf dan kehendak”.

Kata2 ini diungkapkan seolah2 beliau tahu apa yang berlaku sekarang. Televisyen kini tak mampu menapis apa yang dipaparkan untuk dipertonton umum. Media hiburan yang mempertonton susuk tubuh artis perempuan untuk melariskan jualan. Sebahagian wanita yang memperagakan hanyalah menjadi boneka segelintir pihak media.

Apakah mereka tidak malu yang sepatutnya hiasan itu untuk tontonan bakal suami? Orang awam boleh melihatnya dengan free? Di mana letak maruah dan harga diri? Apakah mereka desperate?

Ini gara2 pendidikan Islam yang tidak membentengi seluruh umat manusia. Jika semua orang tidak kira orang bawahan atau atasan, berpangkat atau tak berpangkat, tempat kerjanya berhawa dingin atau berpanas hujan, jika ada fikrah Islam, jiwanya takut pada Allah, tahu apa yang diperbuat akan di balas di akhirat kelak, pasti orang akan jaga batas2 syariat…

Umat islam kini begitu mengambil enteng pendidikan Islam. Bagi mereka islam itu hanya amalan ritual semata2. Islam itu perlu dilihat dalam skop yang lebih luas, mencakupi segenap zaman.

Suntikan sosial yang di tiup barat kini penyakitnya sudah menular ke negara2 Islam seluruh dunia. Dengan fesyen pakaiannya entah apa2, alcohol minuman asasi, pub/club2 tempat menghilangkan stress, riba asas pendapatan semuanya acuan yang dibuat barat atas nama modenisasi, kemajuan, pembangunan dan globalisasi…

Kita sebagai umat Islam wajib menekankan pendidikan agama dari awal lagi. Pendidikan Al-Quran harus disuburkan dirumah2 bukan hanya diletakkan untuk menghiasi rak2 buku, ibu bapa sebagai contoh teladan dan penyuntik ilmu2 agama pada anak2 bukan sebagai kilang cop duit, media perlu menapis dan menonjolkan apa yang baik pada penonton bukan menyiarkan crita2 gosip2 panas artis seolah artis lebih tinggi darjatnya dari ulama’, guru2 di sekolah bukan hanya mengajar tapi mendidik anak murid membina jati diri atas nama Islam, kerajaan perlu agresif dan proaktif dalam membina remaja ke arah remaja yang berpengetahuan dan mantap rohaninya jika mahu negara ini kekal merdeka dan dipimpin dengan cemerlang….

2 comments:

Deana said...

salam.

setuju dgn pendapat dlm entri ni.. sungguh menyedihkan bila subjek Pendidikan Islam dianggap sbg salah satu subjek elektif di sekolah. pembelajarannya hanyalah utk lulus peperiksaan & bukannya utk kejayaan hidup dunia akhirat spt yg sepatutnya.

wallahu ahlam

hamba Allah said...

salam.

sedih melihat anak-anak hari ini , lebih banyak didedah dan didorong dengan hiburan. ibu bapa malah menyokong anak-anak mereka kearah itu. inilah kesan yg jelas akibat drp Islam yg hanya tertera pada IC semata-mata. perit melihat dan mendengar semua ni, tapi ni lah hakikat Islam sekarang. rasa mcm diri ni sangat kerdil utk merawat dan menyekat racun yg disuntik barat.kiat tak seharusnya byk berbicara tetapi byk bekerja dan berusaha. tapi apa lagi yg mampu kita kerjakan/usahakan??? ana yakin ada jalannya dan kt mampu jk kt bersatu.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".(Al-Baqarah:286)

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (Ash-Shaf:4)

wallahu'alam