08 October 2011

JANGAN KASI HANTU BONCENG.....

Saya ada satu kisah yang separuh benar....jom baca.....sambil tengok Ahmad Idham punya hujah.

Pada hari raya kedua, okey...malam hari raya kedua saya bersama rakan lama saya yang dianggap rapat macam keluarga...dan kami pergi tengok hantu. Hantu apa? Hantu bonceng...Shhh...Jangan terkejut, hantu tu ada dalam wayang ajer...Saya separuh terhibur dan setengah terlena....

Beberapa minggu kemudian, saya ada di Langkawi... nampak lagi hantu bonceng, kali ini dalam Astro First. Tiga hari dihantui dengan gelak ketawa.Hahahahaha.....

Hal yang menyusul filem itu....bila Dewan Pemuda PAS mengatakan filem ini mempersendakan agama. Fuh, berhantunya filem ini! Sampai masuk berita pasal ada teguran dari PAS, yang amat berasas. Namun macam biasa, asal dari PAS sahaja, media putar sana putar sini...politik katanya.


Saya puji sikap Ahmad Idham kerana berani menjawab isu ini, namun sayangnya jawapan sutradara yang telah mengaut entah berapa juta RM ini kiranya separuh masak.(Apa pun, saya tak guna duit sendiri untuk tayangan di pawagam).Jawapan sudah diluluskan dan ada empat ulama dalam LPF macam untuk melepaskan diri. Dan kita tidak tahu sama ada filem arahannya akan datang lebih berhati-hati atau tidak. Hanya kedengaran ucapan maaf Zizan Raja Lawak sahaja yang sedikit melegakan orang yang prihatin pada isu agama.


Namun menghentam sehabisnya Ahmad Idham tiada faedahnya, jika tema filemnya masih rempit- rempit, halau hantu, dan jangan pandang belakang congkak.Seperti Mamat Khalid, biarlah filem itu ada isi yang kuat.Jika tidak buat filem yang ada unsur agama, directlah filem motivasi..macam filem sukan atau filem keluarga...Filem Children of Heaven dari Iran itu boleh jadi contoh yang mantap. Tapi Ahmad Idham tengok ke?

Ahmad Idham, dah tiba masanya untuk sutradara macam anda mengaji agama....setelah mengaut untung berjuta dirham.The same goes to Syamsul Yusof,muka poyo takpe asal jangan lupa bersedekah. Kau tengok muka Allahyarham Tan Sri P. Ramlee..mana poyo pasal dulu beliau selalu menderma.

No comments: