(untuk lihat komik, sila klik pada gambar komik)
Analogi yang diguna Eri tadi bukan sebab di nak jaga rambut dari terkena lalat atau kotoran(sebab tak shampoo tau!), tapi maksud Eri dalam cerita tadi juga nak bagitau tentang ‘tubuh badan yang terdedah’ juga terdedah kepada ‘kejahatan mata yang memandang’.....
Semalam, biasanya kami bertadarus di surau petang2 macam tu tapi semalam kami membaca juga, membaca di 1Borneo...tengah2 kami sibuk baca buku, saya terpandang sorang perempuan bertudung makan, “budak ni tak puasa ker?, selamba jer makan!!”..
Eh, orang lain pun makan, tengok2 jam dah pukul 6.30ptg. patutlah, dah berbuka.hehe...kami pun baca doa sepantas mungkin dan makan ayam KFC yang ada di depan mata kami. Tak lama kami makan, masuk 2 orang perempuan dan sorang lelaki(muka memang bukan orang Malaysia, Azizul kata orang Turki kot).
Perbezaan pakain dua orang perempuan tu memang ketara. Satu bertutup habis, sorang lagi saya rasa pakai T-shirt pagoda lagi bagus dari dia pakai macam tu, terdedah habis!....(tak la saya pandang teliti sangat sampai tercekik tulang tapi itulah pandangan saya sekali imbas)
Kenapa kami seolah2 dikurung? Tak salahkan kami tunjuk anugerah yang Allah bagi?
Wah, pandainya bercakap..tapi pening juga nak jawab. Ramai perempuan sekarang dijadikan pelakon untuk tarikan filem, model2 iklan unuk lariskan produk, dan posing2 gambar yang menunjukkan bentuk tubuh badan, ini semua tak lain tak bukan nak pergunakan perempuan. Kenapa saya kata begitu??
Alangkah bagus rambut yang berseri, kecantikan tubuh badan, kehalusan kulit dan lain2 anugerah yang Allah bagi itu sepenuhnya disimpan dan diberi pada suami?? Alangkag bagus kesucian haga diri ini tidak diketahui orang lain dan diberi pada yang ikhlas mencintai bukan kerana body?? Takut2, habis madu sepah dibuang...Jadilah seperti umpama mutiara tersimpan didasar laut, sukar digapai dan susah nak dilihat di dasar tapi PERMINTAANYA BEGITU TINGGI DAN BERNILAII!.
Kenapai perlu tutup aurat? Pakai tudung?
Dari sudut sains, di dalam artikel The Science Behind the Veil di IslamOnline.net mengatakan, “40-60 peratus daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala justeru menutupnya terutamanya di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang”. Selain musim sejuk ia juga bermanfaat pada musim panas. V.G Rocine, seorang pakar otak, mengatakan fosforus otak menjadi cair pada suhu 108 darjah Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang berada di panas terik, dan ini akan menyebabkan fungsi otak kan menurun dan memberi kesan negatif.(Fakta diambil dari Buku Quran Saintifik: Dr.Danial Zainal Abidin) .
Zizul Arts&Putra_kahfi
1 comment:
salam.ni komik budak-budak daa.takde warna,tapi boleh diperbaiki lagi.usaha lagi!
Post a Comment