01 December 2010

OCD rakyat Malaysia:Makan?!

Food, glorious food... Kesan majmuk rakyat Malaysia yang sangat jelas adalah makanan. Sebutkan sahaja, teh tarik, roti canai, kopi putih, ayam tandori, roti nan, pasembok, mee rebus, mee bandung dan berjela lagi senarai panjang menu pilihan kita sehari-hari. Sisi positifnya: Kita masih bertuah ada rezeki, dapat lagi memilih makanan berbanding saudara kita di Palestin sana, di benua Afrika sana juga.

Yang ini saya bimbang apabila kawalan terlalu longgar atau tiada langsung kawalan pada pemakanan kita, sisi negatif ini: pass time orang Malaysia adalah makan. bahkan sampai digelar orang asing sebagai OCD (obsessive Compulsive Disorder). Idea ini baru saya dapat dari buku Bahasa Inggeris yang saya baca, hasil tulisan Lydia Teh yang bertajuk: Honk! If you're Malaysian!

Apa itu OCD? Dalam cerita drama "Monk",watak utamanya (seorang detektif) amat fanatik untuk menjaga kebersihan sehingga mencuci tangan beratus kali dalam sehari. Bahkan sehingga menyusahkan diri semasa  tempat kejadian jenayah. Ya, habit yang melampau itulah OCD. Dan tabiat makan, makan dan makan di kalangan kita memang kuat sehingga orang luar negara yang bekerja di sini pun turut terkesan dengannya. Bak kata orang putih: eat as Roman eats.

OCD (kuat makan) ini adalah satu sikap melampau-lampau yang ditegah oleh Islam. Tapi itulah, kerana nafsu rela kupujuk. Sesungguhnya binasalah orang yang melampau. Dan memang bala yang kita tempah, diabetes melitus dan obesiti adalah yang paling jelas gayanya. Dan harapan saya adalah agar murabbi kita, naqib kita, anak buah usrah kita, dan para pejuang Islam sedunia tidak melampau-lampau dalam pemakanan harian, minta jauh penyakit sebegini.

Belanja makan untuk dakwah fardiah masih lagi boleh berjalan, tapi beringatlah. Makan dengan penuh kesykuran, tiada gelojoh, tiada tamak, dan tidak pelahap tanda cinta pada Ilahi. Andai sebaliknya, tidak lain tidak bukan namanya cinta kolestrol.

Jadi, lepas ini restoran mana pula kita nak pergi?

2 comments:

Anonymous said...

hah, terasa..ok.. semua kurang makan. No more pizza, no more syawarma, no more chocolate, and cake from chocolatta, just to feed ur pastime habit.....

Unknown said...

bukan apa...tentang makan ni rakyat Malaysia juara,bila dah terlebih makan maka terbanyak penyakit.

mari selamatkan diri daripada penyakit yang kita boleh elak.