“Dahlah naqib, bagi tazkirah tapi pakai jeans....”
“macam tu ker pakaian budak surau?”
Salah faham pakaian di atas skopnya masih memakai pakaian menutp aurat. kita mestilah memakai pakaian yang menutup aurat(tak telus, tidak ketat), niatnya memakainya juga bukanlah menunjuk-nunjuk dan kerana Allah.
Ya, pakaian melambangkan peribadi. Tapi selagi mana dia tidak bertentang dengan garis panduan pakaian Islam, tak salah. Dan dalam cerita tadi juga, jangan kita berburuk sangka, bukan semua yang tudung labuh macam tu, mungkin juga dia nak tunduk pandangan.
Pernah pada satu ketika saya berada di airport LCCT, hendak berlepas ke Kota Kinabalu. Satu keluarga pakaiannya memakai pakaian yang islamic, sejuk mata saya memandang, Cuma pakaian suami yang berkedut seribu dan hanya butang baju hanya beberapa saja berkancing, maka nampak badannya. Dan kurang manis lagi, keluarga ini memotong ‘queue’ pula. MashaAllah..
Sepatutnya kita orang Islam, lagi2 para da’ie hendaklah jaga ketrampilan pakaian (siabaka fatahhir)dan akhlak(adab sesama manusia). Menghormati yang lain(tidak kira Islam mahu pun bukan). Banyak kisah cerita Rasulullah s.a.w. dengan arab badwi mahupun orang yahudi, Rasulullah berbuat baik sehinggakan bukan Islam tertarik dngan akhlak baginda.
Tak semestinya semua bergelar da’ie mesti pakai jubah, berjangut, berserban, berjalan memegang tasbih. Yang penting adalah macam mana pendakwah TUNJUK CARA HIDUP ISLAM (SYUMULIAH). Nak ‘attract’ orang kembali pada Islam, nak tarik gi usrah ker (itu kena buka bab dakwah fardhiyah plak,nanti2lah).
Dan Allah tak memandang luaran, tapi dalaman(setinggi mana taqwa kita pada Allah Azza wa Jalla, faqih tentang ilmu agama, ilmu dan amalan kita). Dan dari dalaman lah yang akan bentuk yang luaran(percakapan, akhlak, pakaian, pergaulan,buat sesuatu kerana Allah).
No comments:
Post a Comment