02 July 2009

Cemburu....




Dialog 1: “awek dia cantik gila beb, klu awek aku macam tu punya cantik kan bagus!”ujar kawanku.

Dialog2 : “jeles betul aku tengok dia dah lah hensem, kaya plak tu”.

Dialog3 : “kan best kalau kita ada rumah besar, kereta sport………., cuba tengok abang ngah tu, apa2 yang dia nak, dia dapat”

Dialaog 4: “Nanti bila kita dah besar, kita nak jadi macam maya karin, fasha sandha, rozita wan chik……., nak jadi pelakon, dapat jadi model,nak jadi macam diorang jugak”.

Dialog 5: Bila jalan2 dan makan sorang2, tengok orang berpasangan(tak tahu dah berumah tangga atau takde tangg lagi), nak jugak ada orang kat sebelah kita kan(zaujah), jeles tengok orang lain. Eh, macam aku jer.hehe…aku pun gak masuk bab ni??

Dialog atau monolog2 ni biasa dalam kehidupan kita. Secara sedar atau tidak, timbul perasaaan cemburu dalam diri kat orang lain. Timbul rasa jeles/cemburu pada orang lain seterusnya kita jadikan itu ‘kiblat’, impian atau idola kita.


Maksud Firman Allah s.w.t. “Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan2, anak2, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat yang kembali” (Surah Ali-Imran:14)

Tak payah cakap orang lain, kehidupan kita sendiri dibayangi DUNIA adalah matlamat dan kita hidup untuk dunia pula. Padahal Allah telah berfirman yang bermaksud
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kapada-Ku”(Az Zariyat:56).



Banyak yang kita cemburu pada kecantikan, kekayaan, kebahagiaan, glamour, emas, harta benda yang mahal2 dan kesenangan seseorang. TAPI TAK RAMAI YANG CEMBURU PADA:

1. Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Talhah, Zubair bin Awwam, Said bin Abi Waqqas, Said bin Zaid, Abdul Rahman ‘Auf dan Abu Ubaidillah Al-Jarrah. Sahabat Nabi yang dijanji syurga.

2. Bilal bin Rabah, Sumayyah. Orang yang teguh akidahnya.

3. Muadz bin Jabal, Zaid bin Harithah, Abu Ubaidilah Ibn Jarrah. Pemuda2 yang ingin mati syahid semata2 untuk tegakkan agama Allah.

4. Mus’ab bin Umair. Pemuda yang kaya dan tampan tapi menghabiskan masa mudanya berdakwah di Yathrib sehinggakan bila Nabi sampai, at least dalam sebuah rumah ada sorang dua yang dah menganut agama Islam.

5. Usman b. Affan, Abdul Rahman bin ‘Auf. Orang Hartawan yang dermawan.

6. Siti Khadijah, A’isyah bin Abu Bakr, Asma’ bin Abu Bakr. Perempuan yang menjadi isteri solaheh, taat pada suami dan akhlak yang mulia.

7. Imam Hanafi, Imam Malik, Imam Syafie’, Imam Ahmad bin Hanbal. Pelopor mazhab yang gigih menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu. Malah ‘humble’ lagi.

8. Ibnu Sina, Al-kharizmi, Al-Kindi. …..Menguasai pelbagai cabang ilmu malah menjadi rujukan sampai sekarang.

9. Sultan Muhammad Al-Fateh, Salehudin Al-Ayubi. Panglima perang membebaskan negara Islam dan mengembankan Islam ke seluruh pelosok dunia.

10. Abu Ubaidah(Gabenor Syam), Umar Abdul Aziz, Sultan Murad 2. Pemimpin2 negara Islam yang hidup penuh kezuhudan dan adil.

Kenapa kita tak cemburu pada mereka2 ni???? ‘Even’ tak cemburu, kita tahu tak ada manusia yang macam ni begitu hebat kat dunia ni???

DUNIA sekarang begitu TANDUS orang2 macam ni. Bahkan ISLAM pun amat memerlukan orang2 macam ni, yang menegakkan syiar agama Allah. Bagi kader2 dakwah, ikhwah akhwat, da’ie, hendaklah kita melengkapkan diri kita dan mencontohi dan mengadun manusia agar kita semua mempunyai pakej yang baik untuk membentuk masyarakat Islam, Daulah dan Ustaziatul alam pada satu hari nanti InsyaAllah…
**Gambar adalah hiasan semata2, diambil daro Nur Kasih(tv3, cerita yang menarik dan baik tonton).

No comments: