28 August 2009

BengKEL CuCi Dosa



Setiap perjalanan kita pasti ada perhentian. Tidak kira lah R&R mana kita nak singgah, lebih kurang sama saja. Sama ada kita nak pergi gerai makan, berhenti untuk buang air atau lebih bagus singgah untuk mengerjakan solat di surau yang disediakan atau sekadar nak melelapkan mata.

satu tempat, banyak kemudahan disediakan tapi yang paling ramai pengunjung pergi bilik air lah.hehe..tak ramai nak berhenti solat.

Begitu juga dengan puasa. Allah s.w.t. memfardhukan Ramadhan dengan berpuasa dan menyajikan macam-macam produk amalan yang boleh kita lakukan tapi tak ramai memanfaatkan bulan untuk menambahkan pendapatan yang kita nak bawa bekal.

Maksud hadis Rasulullah s.a.w.:

“Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan harapan, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni”(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Maksud “dengan penuh keimanan” adalah beriman kepada Allah. Dan “penuh pengharapan” pula adalah berharap memperoleh keredhaan Allah s.w.t. dan mendapatkan pahala dariNya.

Mengapa tidak kita gunakan RUANG dan PELUANG yang Allah bagi setahun sekali ini untuk cuci dosa2 kita pada Allah. Yang berhabuk dn kotor dan jarang2 sekarang kita hantar kat ‘car wash’ untuk bersihkan. Makin lama makin kotor, makin gelap, dan susah nak bersihkan. Silap2 kotoran dah jadi warna cat kereta. Ini lah kadang2 menjadi hijab kita pada Allah s.w.t. susah mendapat petunjuk, doa tak makbul dan hati selalu resah, muka takde nur langsung dan secara tak sedar kita makin jauh dari Allah, lari dari fitrah.

Imam Bukhari juga membuat satu bab khusus dengan tajuk “Puasa adalah penggugur Dosa”. Hadis riwayat dari Huzaifah, maksud sabda Rasulullah s.a.w. “Dosa seseorang terhadap keluarga, harta, dan jirannya dapat dihapus oleh ibadat solat, puasa dan sedekah”(Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Kesempatan yang sebulan ini, kita sungguh2 cuci dosa kita dengan memperbanyakkan amalan membaca Quran, sedekah, qiammullail dan lain2. Kerana perbuatan yang baik akan menghapuskan dosa, kita tebus reward Allah bagi dengan sepenuhnya, takkan kita nak pikul dosa yang beratnya entah berapa tan nak kita bawa menghadap Allah. Bulan inilah kita nak kurangkan beratnya sebab takut2 dosa lebih berat dari pahala....

No comments: